No update but this is still update.
Aku tak larat gila nak update. Tapi aku nak update juga. Kau tahu kenapa aku tak larat? oh! kau akan tahu jika kau seorang student yang tinggal di Desaria. Ini kali ke-2 kejadian ni berlaku. Kejadian bekalan elektrik sengaja diputuskan oleh pihak sekuriti. Kejadian pertama haritu disebabkan pelajar-pelajar negro Botswana ni yang buat hal kat pool. Bila dah ramai yang buat bising kat balkoni dari tingkat 1 sampai 11, mulalah bekalan elektrik diputuskan dan akibatnya keadaan menjadi semakin kecoh dan buat pertama kalinya aku dapat melihat dengan mata aku sendiri, pak guard kejar student dengan batang kayu yang panjang. Berterabur lari mereka semua tu. Dan baru sahaja tadi, kejadian yang sama berlaku untuk kali ke-2. Kali ini lebih teruk. Tanpa sebarang masalah yang timbul, tiba-tiba bekalan elektrik diputuskan dikala aku sedang duduk penuh sopan depan komputer. Kali ini bekalan terputus lebih lama, hampir 1 jam. Hasil dari perbuatan tak bermoral pak guard Nepal ni, siapa yang jadi mangsa? Tukang sapu jugalah yang nak bersihkan semua sampah sarap kat dataran di bawah tu akibat tunjuk perasaan dari semua penghuni kondominium ini. Sampah sarap, botol kaca, kerusi, meja dan kalau boleh dengan katil-katil mereka ingin humbankan ke bawah. Untuk yang masih samar-samar bagaimana keadaan hostel aku ini, aku sertakan gambar di bawah.

Aku dah tak larat nak buat ape pon dah ni. Apa yang terbayang di mata aku ini, hanya katil dan bantal aku yang empuk lagi menyelesakan. So jawabnya, aku tidur dulu. Esok aku akan update apa yang patut untuk blog ini. Tak larat lagi. Byee

Akak angkat aku nak kasi N73. Alhamdulillah. Merasa guna handphone mahal sket. Ada hikmah rupanya kehilangan Ngage aku tu. Terima kasih kak Lea!!
0308AM

















