Scukz Topsites – Register sekarang!!
ATTENTION: post ini sudah diedit. dulu yezza hotsite, kini dikenali sebagai Scukz Topsites
WEBLINK : http://topsites.scukz.com
Project terbaru.. Yezza Hotsites. Untuk sesiapa saja yang ade blog atau website, boleh la register yer.. dah register nanti, copy link code yang diberi kemudian paste kan kat mana mana bahagian dalam website/blog korang. Web Hotsites ini baru sahaja di-release-kan 10 minit sebelum post ini ditulis.
FAQ
Ape menda nye ni?
– Sistem hotsites ini akan menyimpan segala data-data hits dari website/blog anda. Pengunjung website/blog anda juga boleh mengundi anda dan memberikan rating dan review untuk website anda. Ianya akan menunjukkan unique hits dan visitor website anda setiap hari. Selain itu lengkap STATs untuk sebulan yang akan ditunjukkan. Nak lihat contoh, sila click sini.
Camana aku nak pasang?
– Anda akan diberikan code link selepas sahaja register dan code itu perlulah anda paste kan di website/blog anda. Kalau yang guna wordpress tu, paste je kat sidebar.php ataupon footer.php .. Ianya sama sahaja seperti topblog dan topsite yang lain.
Kenapa aku perlu register?
– Domain Yezza.org adalah menjadi rebutan ramai seluruh dunia. Hits untuk domain tersebut selalunya datang dari pengguna luar negara. So adalah lebih baik jika description mengenai website/blog korang tu ditulis dalam bahasa english. Alaa.. macam la korang tak biasa sebut… YEZZAAAAAAA!!
Adakah menda ni buat website/blog aku slow?
– Sudah tentu tidak kerana Yezza Hotsites di host dan dikawal oleh Virtual Private Server a.k.a VPS.
Berapa size banner yang dibenarkan di sana?
– Bebas!! tapi kalau taknak banner korang tu cacat, letak je size button 88 x 31 yang telah korang hostkan. Lebih dari tu, sistem akan automatik kecikkan jadi 88 x 31.
Sebarang pertanyaan, sila komen di sini yer.. tapi lama sket nak jawab sebab Khai esok dah balik KL .. ade hal family sket and nak gi lowyat betulkan fan notebook yang dah x berpusing.. hampeh!! patut la notebook aku ni panas je.. baru perasan.. nasib ade waranty lagik. so lama tak online.. korang SMS je la ok.
[update – 13 Dec 06]
menjawab pertanyaan seorang kaki komen yang nak penjelasan lebih detail camana nak pasang hotsite ni, so khai akan terangkan dengan lebih detail. sila klik link di bawah yer ntuk read more.
(more…)

















