Limkokwing University

limkokwing

Pejam celik, pejam celik, dah hampir 6 bulan rupanya Khai dinobatkan (cewah) sebagai mahasiswa dari Limkokwing University of Creative Technology (LUCT). Dari sekolah lagi tak pernah pon mengimpikan untuk study kat sini. Dari form 1 lagi, menyimpan cita-cita nak study kat Multimedia University (MMU). Tapi apakan daya, lain course yang dimintak, lain plak yang dapat.. merajuk aku ngan MMU ni.. huhu.. Tapi takpe la.. dah masuk LUCT dah pon.. orang kata LUCT ni lagi grand dari MMU.. bebudak MMU, jangan maraaa ๐Ÿ˜›

Warna hitam dan putih ala ala tahi cicak bendera pahang menjadi kebanggaan University College ini. Mengimbas kata-kata lecturer Khai, Mr. Pujahaas, dia cakap Tan Sri Dato’ Professor Dr. Lim Kok Wing (Founder of LUCT) sengaja je pilih warna hitam sebagai main colour ntuk LUCT. Korang rasa kenapa? sebabnye masyarakat cina ni menganggap hitam ni sebagai bad luck. Tapi Tan Sri ni dia tak percaya segala kepercayaan turun-temurun yang karut tu. So dia saja je guna warna hitam. Menurut lecturer khai lagi, Tan Sri sedaya upaya cuba menyatukan rakyat majmuk di Malaysia ni. Betul la tu sebab kitorang study pon ade melayu, india, dan cina. Tu belum campur student dari bosnia, pakistan dan macam2 negara lagi. Lecturer pon ade melayu, cina dan india. Lecturer Khai, Ms Yun Lin dan Ms Aberami Jaishana tu walaupon seorang cina dan seorang lagi india, diorang ni punye la kamceng, berkepit ke mana aja. Hehe..

LUCT Cyberjaya (Main Campus) LUCT Kuching LUCT London luct mayang lkw_kl_centre

Limkokwing buat masa ini ada tiga. Kat Cyberjaya (main campus), Kuching dan London. Untuk foundation (sem 1) aritu, Khai study kat Limkokwing Mayang, Petaling Jaya. Kat PJ ni sementara je sementara nak dipindahkan awal tahun depan ke Cyberjaya sebab dah siap sepenuhnya. Menyentuh plak tentang sistem pembelajaran diorang, Khai tak tahu la sangat sebab baru je abis Sem 1. Tapi untuk foundation aritu, memang respek la!! Sistem yang ada memang otai!! Bayangkanlah budak yang masuk tak tahu ape pasal computer, then boleh jadi otai dalam masa 3 bulan. Untuk Sem 2 nanti terus dia amik Creative Multimedia.. Huhu.. Khai amik Diploma in Digital & Interactive Art. Ingat nak amik business management, tapi sebelum menyesal, baik amik benda yang kita minat kan. My parent pon dah setuju.

Ntuk korang yang belum pernah visit LUCT ni, leh la usya pic pic kat bawah ni.. LUCT ni takde la cantik sangat :-”

Hostel
” hostel ”

Lib
” library ”

Computer Lab
” computer lab ”

Fito Gym
” Fitofly Gym ”

ten10 shop
” 10-Ten Shop ”

Saloon
” Saloon ”

Snooker
” Snook ”

Wings Coffee
” Wings Coffee ”

Awesome right? Limkokwing Offical Website : http://www.limkokwing.edu.my

pssttt : 2007 LUCT akan dinaik taraf menjadi University sahaja. No more University College. Congrate ~

Ditulis pada 28 November '06 oleh | 689 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 46 Respon