All about Myspace

Cakap tentang Myspace, semua orang pon tahu kan ape kemenda nye tu.. Myspace ni adalah komuniti yang paling popular masa kini. Menerusinya, user boleh memasukkan foto, blog, profail peribadi, group, sistem email peribadi dan seterusnya membuat rangkaian kumpulan yang membolehkan perkongsian diwujuadkan berdasarkan minat serta kecenderungan yang sama. Majoriti adalah dari golongan remaja seluruh dunia. Myspace pada ketika ini dah berjaya menarik seramai 60 juta orang dan menjadi antara lima laman web paling popular di dunia.
Myspace diketuai oleh Tom Anderson, diikuti oleh Chris DeWolfe dengan dibantu oleh beberapa pengatucara pada tahun 2003. Korang tahu tak Myspace ni sebenarnye dibangunkan untuk ape? Ia sebenarnye diwujudkan sebagai tempat pengkongsian file. sama la macam rapidshare, turboupload dan yang sebagainya. Memandangkan ruang yang semakin besar diperlukan, diorang ni pon tukar jadi portal komuniti maya macam yang ada sekarang nih..
Antara syarikat terkemuka yang sudah lama mengintai populariti Myspace ialah News Corporation yang merupakan satu nama besar dalam rangkaian penyiaran antarabangsa. News Corporation telah membeli Myspace daripada Intermix Media dengan harga USD 580 juta pada tahun 2005.
Ape yang menarik tentang Myspace?
1. Berdasarkan analisis oleh Alexa Ratings, Myspace menjadi rangkaian komuniti paling berpengaruh meninggalkan rangkaian lain seperti Friendster, LiveJournal, Facebook, Bebo dan Yahoo 360.
2. Myspace secara keseluruhannya didominasi oleh remaja untuk menyuarakan pendapat, berkongsi minat yang sama dan mencari kenalan tanpa mengira sempadan.
3. Menjadi platform utama kumpulan muzik atau pemuzik bebas bagi mengetengahkan hasil karya diorang. Maklumla free ye tak.. kira macam promosi percuma je kat seluruh dunia.. korang pon boleh gak promo suara korang kalau sedap.. huhu
4. Walaupon Myspace didominasi remaja, namun penggunanya turut meliputi ahli bisnes yang ingin mengembangkan rangkaian dan juga ahli keluarga yang nak buat gathering dalam satu komuniti.
Add la khai kat myspace yer : http://myspace.com/khai_luct
Modified Profail Myspace Cara Senang : CLICK HERE

















