Google Earth

Kadang kadang kesian plak nengok ade juga yang masih tertanye tanye ape itu Google Earth. Google Earth ni adalah satu software yang bagi khai sangat unik dan sangat berguna untuk semua. Google Earth terhasil dari teknologi eropah yang makin canggih. Google Earth membolehkan korang view rumah korang dari atas (setelite image). Bukan setakat rumah korang aje, tapi korang boleh melancong satu dunia dengan Google Earth ni. Tapi image setelit ni diambil maybe dalam 2 tahun lepas. Sebab ape yang khai perasan, KL Convention Centre pon masih lagi dalam pembinaan. Then kat tepi umah akak khai, masih lagi hutan tempat kuda makan padahal skang ni dah terpacak tinggi High Class Condominium.

CLICK PIC FOR LARGE VIEW

” Zoom in my sis home.”

Google Earth ni banyak gunanya. Selain korang boleh melancong kat mana mana negara yang korang suka, benda ni gak boleh dijadikan panduan kalau korang tersesat. Tak kira la kat mana pon. Macam khai, sempat la berjalan gi New York.. nengok bekas runtuhan WTC 11 Sept. Nampak la banyak lori lori tengah bersihkan kawasan tu.. Then khai berjalan pergi Bermuda Triangle. Bukan senang nak gi sana kan. Silap silap leh kene telan kat laut. Tapi ngan Google Earth ni, sempoi aje.. Hehe .. then sempat gak jalan jalan gi kutub utara & selatan.. Selesa abis.. tak sampai 1 minit dah sampai. tak payah nak susah payah macam Datin Paduka Sharifah Zarina tu.. hahahhaa..

[PIC BROKEN… UPDATE SOON]
” Zoom out rumah sis khai.. ”

So korang leh download software ni kat google atau masuk je section Software download kat atas tu.. Khai masih lagi berusaha cari kampung khai kat Gemas dan Hostel khai kat Damansara Damai tu.. sasahnye la plak.. tak jumpe jumpe. Limkokwing Cyber pon tak jumpe lagi.. tapi Limkokwing Petaling dah jumpee… tu pon khai usya Purtra LRT nye rail sampai la Stesen Kelana jaya.. Haha.. Tapi cuba korang usya Putrajaya, Sepang Circuit ngan KLIA .. cantik bangat sih!!

Renungan : ape guna forums kalau semua benda nak cari pakai google? memang betul senang guna google, tapi forums tu kan community.. Ape guna menyemak join forums kalau semua benda leh search kat google? Sedarkah yang maklumat yang diterima dari google tu pon datangnye dari website dan forums.. Takde website dan forums, ape yang ko dapat search kat Google tu?

Ditulis pada 1 November '06 oleh | 463 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 47 Respon