Remp-It

” … enjin motor ni takkan mati selagi aku tak mati sekali – madi “

Korang dah nengok Remp-it?? sure dah nengok kan? maybe ade lagi yang baru nengok.. macam khai la.. baru je berkesempatan nengok semalam.. before ni kan bz gile study.. tak berkesempatan langsung nak nengok cerita ni. So dah nengok, dan inilah pendapat khai.

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Adegan menarik penonton datang nengok.. huhu.. ”

Cerita ni bagi khai ntah ape ape.. diorang tarik penonton pon dengan aksi aksi mat rempit. Jalan cerita pon agak kalut dan biasa aje. Mat rempit racing then gaduh gaduh.. akhirnye mati.. Lol .. Bijak juga bagi pengarah cerita ni, Ahmad Idham sebab buat cerita ni dikala isu mat rempit memang ngah panas. Tak hairanlah cerita ni dapat kutipan lebih RM3 million coz mat rempit aje yang turun padang kan?

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” 125z in action.. best gileee ”

Bila reporter tanye, kenapa Ahmad Idham buat cerita ni. Dia jawab cerita ni ade menyelitkan pengajaran kepada Mat Rempit. Bagi khai ni semua alasan aje.. sebenarnye cerita tu langsung tak menyelitkan pengajaran. Selain jalan cerita yang berkhilafkan ” sepet ” dan ” gubra “, penuh dengan adengan sexual, tiada apa lagi pengajaran yang boleh kita amik dari cerita ni. Aksi separa seks dalam cerita ni bagi khai langsung tak mencerminkan rakyat Malaysia yang sebenar. Memang ade dikalangan orang kita yang macam tu, tapi perlu ke nak buat pendedahan dalam cerita plak? Dia buat cerita camtu bagaikan semua mat rempit ni jahat, kaki bohsia, seks rambang dan gaduh.

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” RXZ plak in action.. ”

Klimaks cerita ni pon macam kim*k.. patut la member-member khai yang dah nengok tak puas hati.. rupernye memang patut pon. Dah la hero mampos, then yang watak antagonis tu plak, blah macam tu aje. Then cerita pon abis. Dengan poyonye tulis mamat jahat tu diberkas polis dan dipenjarakan di penjara kajang!! huh!! kalau aku la yang buat filem tu, kalau hero mati, buat la mamat jahat tu pon mati.. Mati kene langgar lori ke.. asalkan mampos jugak!!

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Aksi hebat Farid Kamil stuntman!! ”

Tapi ape pon tahniah kepada Ahmad Idham kerana berani buat cerita macam ni. Semoga Ahmad Idham dapat menerbitkan cerita yang lebih berkualiti di masa hadapan. Cerita macam ” tipah tetipu ” tu x payah masuk panggung pon takpe. Standard CD jer!!

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Aksi Zul Huzaimy Stuntman with TZM. Dashat!! ”

Director : Ahmad Idham
Theme : Action Movie
Actor/actress : Farid Kamil | Julia Hana | Zul Huzaimy | Cat Farish | Aqasha
Merit : Membawa Mat Rempit ke panggung.. bukan senang!!
Demerit : Terlalu banyak budaya kuning yang diselitkan.. We’re ISLAMIC country!!

Ditulis pada 30 October '06 oleh | 593 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 21 Respon