Selamat Pengantin Baru, Riena

Ah, Khai tak boleh biarkan blog ni berhabuk semata-mata nak tunggu Yamaha 125zr tu sampai. Apa punya bengong kedai motor tu kasi JPJ nombor siri enjin yang salah. Dia boleh terletak huruf O jadi nombor 0. Khai pun tak boleh nak salahkan mereka sebab perkara macam tu memang selalu terjadi. Kenapalah nombor 0 tu bulat ye? buat la petak ke, segi tiga ke, so takde la nak keliru dengan huruf O. Jadi takpe la, ade motor tu nanti, ade la entri pasal motor idaman Khai tu.

Hari ni dah hari Khamis. Lagi 2 hari Akak ke-3 Khai, Riena nak mengakhiri zaman bujang (02 Februari 08). Ketika ni, Khai masih lagi di Limkokwing hostel. Di Cyberjaya bandar yang mati. Ini kali pertama Khai langsung tak dapat nak tolong ma dan abah kat rumah. Before, masa abang dan dua akak Khai khawin, Khai still di zaman persekolahan. So memang sentiasa ada rumah untuk tolong apa yang patut. Tapi sekarang, jauh dari mereka. Anak-anak yang lain pun sibuk bekerja dan dapat balik sehari sebelum kenduri. Kesian Abah dengan kudrat yang masih ada, lakukan semuanya demi seorang yang dipanggil, ANAK. Khai hanya dapat balik pagi sabtu nanti itu pun kalau dah dapat 125zr tu. Kalau takde motor, entahla. Naik bus la kot.

Kalaulah Advertlets dah hantar cek untuk bulan November, pasti Khai akan sewa helikopter. Come on la Advertlets, dah nak masuk February maa.. Hurm, Khai tak dapat balik awal sebab kelas last hari Jumaat. Habis pukul 5 petang plak tu. Ikutkan hati nak saje Khai ponteng. Bukan kedatangan yang Khai risaukan, tapi ianya subjek sukar iaitu 3D Animation yang menggunakan persian Autodesk 3D Max sepenuhnya. Satu software yang amat jarang Khai gunakan. Bak kata lecturer, sekali kamu tak datang, jangan harap kamu nak faham. huhu.. Tapi sangat seronok rasanya meluahkan imiginasi dalam bentuk 3D menggunakan 3D Max.

khai_myspace_family.jpg

So kepada Kak Riena, selamat pengantin baru adik ucapkan. Semoga berkekalan sampai ke akhir hayat. Dapat abang ipar pun satu kepala. Nice nice.. Memang abang ipar dan bakal abang iparku semua satu kepala. Suke suke.. Pandai sister-sister ku mencari. Kak Riena ada menjemput semua rakan-rakan Khai tak kira di University ni atau di internet, tapi saje Khai malas nak jemput sebab taknak susahkan korang. Hahaha.

Update: Sedikit gambar perkahwinan

Ditulis pada 4:57 AM 31 January '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,528 views | Dalam kategori: Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

20 Comments »

Comment by syia
2008-01-31 14:40:21

tapikan kalau kat komputer nak bezakan 0 dgn o kene tengok ketingginye nombor dan huruf tu ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by gurl life
2008-01-31 17:13:08

selamat pengantin baru to kak riena….besh nye dah nk kawin pon kak riena….tp syg nieza xdpt g kenduri akak nnt….xper…nieza just mnumpang gembira dri jauh jer….wlaupon nieza xpernah merasa mcm ner keadaan seorang kakak akan bkahwin..huhu…kakak nieza mane ha…mm

..
 
Comment by khaiphotography
2008-01-31 19:36:28

x dew ape aku nak ckp ..

aku ckp selamat pengantin baru je kat kak riena. hehehhe … ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by musnaz
2008-02-01 08:11:49

khai, selamat pengantin baru (in future, he he)…. nak sponsor apa khai? he ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by syia
2008-02-01 10:48:50

perr serius slow gile syia nak bukak blog khai ni.. samada internet syia cam siput atau site ni berat?

..
 
Comment by Wizurai
2008-02-01 19:52:57

streamyx down je 2-3 arini… maybe sebab hujan… huhu…
tunggu email aku ok…

..
 
Comment by deennasour
2008-02-01 20:40:24

Alo khai~
wah nmpk nya makin bertambah abg khai,
abg ipar ler,
moto tu, adey,
jeles, deen tak dpt moto lagi,
tgh pujuk2 mak kat umah nun jauh disana,
penat ah jln kaki and naik bas, wee~

erm,erm,
sorry ek lama tak komen khai.
deen sibuk~

..
Comment by syia
2008-02-02 07:25:47

deen..apsal mintak kat mak ayah.. deen la beli motor sendiri terus hehe.. mai2 kite buat tabung sponsor deen beli motor ๐Ÿ˜‰ sorang blogger bagi RM1 hehe (bile nak habis eh)

..
Comment by deennasour
2008-02-03 01:54:28

sbb deen tak ada duit nak beli motor~
khai pun parent sponser kan?
deen pun nak gak,,
hehehe,,

ye ye jerk syia buat tabung,,wakaka ๐Ÿ˜›

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Fahmishah
2008-02-04 11:27:46

tahniah utk akak ko and ko ….

..
 
Comment by IcedNyior
2008-02-04 15:28:00

Ooo…3ds Max. Best tu. tul kata lecturer, kalo dah miss satu class mmg susah nak catch up. tp mmg fun ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by gie
2008-02-06 13:57:12

khai..aku dah boleh masuk blog ko tanpa proxy server..tapi,load dia mmg lambat gila laa..aku dah siap komen 3 blog lain,blog ko baru abis load..hope,akan laju lagi pasni…nway,congrat kat akak ko…hurm..lewatnyer check bulan november..dah masuk bulan 2 tahun lain ni…

pst: khai..nanti wat la tutorial 3dmax plak…basic2 pun takde laa…

..
 
Comment by Truckster
2008-02-06 21:58:35

Apakes CGYHost???……..kalo xde prob. pon lembab loading???….aku dah lame xlepak scukz, coz lembab semacam jeerrr, time2 down sakit ati jerrr…aku cakap direct kat ko niii…….Khai

..
 
Comment by Khai
2008-02-08 18:54:38

ok all, thanks for feedback.. now, new domain and hosting.. under Exabytes.. thanks for Syia (sponsor..)

..
 
Comment by d|n
2009-08-07 01:16:50

alhamdulillah..
da dpt ank da pun..comel lak 2..
macam khai ke mcm mak dy??hehe.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by shera
2010-06-15 12:51:43

cmner nk menjana pendaptan melalui blog?

..
 
Comment by shera
2010-06-15 12:52:34

tlg ajar ckit… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by shera
2010-06-15 13:01:05

t kalo leh tlg reply at my blog tau khai leh usha my blog n bg pendapat leh?byk btol commet yg ku kaci..huhu..

..
 
Comment by ALAM
2010-07-29 22:04:33

bagai pinang dibelah dua

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • Myspace » Selamat Pengantin Baru, Riena