(Pengotor!) Kempen BOIKOT Roti Hi-5

Rasanya sesiapa yang mempunyai kad pengenalan jenis MyKad, pasti kenal sangat dengan jenama ini, Hi-5. Satu jenama terkenal di Malaysia yang menghidangkan kepada kita pelbagai jenis dan rupa bentuk roti dan tak syak lagi, korang boleh jumpa roti berjenama Hi-5 di mana-mana kedai atau pasaraya yang korang pergi. Itulah dia, pihak kuasa kat Malaysia ni memang suka biar kita makan sampai kenyang dan jadi darah daging anak-beranak, baru nak siasat sana sini.

Dan jika anda sedang mengamati kelazatan roti Hi-5 ketika membaca entri ini, sila termuntah!


(more…)

Posted on 23 March '09 by , under Tergempar. 122 Comments.

Rantai Salib Berdindingkan nama Allah


Entri kali ni ringkas sahaja dan selalu’nya diletakkan di Oh! Tidak, tapi hari ini nak juga tahu apa kata reader Justkhai. Gambar di atas ni, dari maklumat yang diterima, lelaki tersebut adalah seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Hurm, pada Khai kalau difikirkan secara positif, mungkin kawan kita ni non-muslim dan snap gambar di rumah member yang beragama Islam. Tapi kalau difikirkan sekali lalu pula, tak bagus la macam tu kawan. Rantai lambang salib. Kat dinding, ada frame macam tu pulak. Atau memang saja nak buat macam tu? Nak sakitkan hati atau nak popular cepat tanpa perlu masuk Akademi Fantasia atau One in a Million? Jangan cakap tak sengaja, sebab orang bodoh je upload gambar tanpa usya gambar apa yang patut di’upload.

Macam-macam dunia sekarang. Ape kata anda?

Posted on 15 March '09 by , under Tergempar. 94 Comments.

Terima Kasih Buat Pembaca Justkhai.Com


Blog ini terlalu besar maknanya buat Khai. Ini bukanlah blog pertama Khai. Rasanya ini blog yang ke-5 dalam hidup Khai sebelum kenal apa itu maknanya menjadi seorang blogger. Banyak dah blog ni punya domain. Dari scukz.blogspot.com (2 tahun lepas), terus jadi scukz.com/khai .. dan setahun yang lepas, baru lahirnya domain khas ini, Justkhai.Com .. Dari mana idea Justkhai itu, Khai pon dah tak ingat. Well, ianya cukup menjelaskan yang ini adalah blog kepada lelaki bernama Khai dan ianya Just Khai. Hanya Khai.. mean segala yang ada di sini, bulat-bulat dan petak-petak adalah dari jari, mata, hati, dan pemikiran insan yang bukan perfect bernama Khai.

Khai tak pernah ada dan tak mungkin akan ada personal diary dalam hidup. Orang kata, mereka yang suka baca dan tulis diari, orang tu jenis yang suka pandang ke belakang. Betul ke macam tu ye? Apa pon dalam sedar dan tidak, blog ini lah diari buat diri Khai. Diari yang boleh dibaca semua orang. Kerna tu adanya entri-entri yang agak personal di sini. Share pengalaman boleh kan?

Dan selepas terlalu banyak menerima kritikan dari mereka yang selalunya tak ingin nak mendedahkan identiti, Khai sedar mulai hari ini Khai tidak lagi perlu melayan apa-apa kritikan melainkan benar-benar perlu. Kadang-kala kritikan tu terlalu (more…)

Posted on 11 December '08 by , under Acara, Hidup Khai. 34 Comments.