(Respon Pembaca) Bagaimana JustKhai dikenali?

Jam menunjukkan pukul 7:31 pagi. Hari Ahad iaitu hari untuk korang membuta sampai ke malam. Jangan sampai tak bangun-bangun terus sudah. Haru lagi-lagi kalau korang jenis orang yang tak reti-reti nak bayar hutang. Berhutang manis mulut nak membayar kelu seribu bahasa. Betul-betul hidup segan mati tak mahu betul’lah. Wohha!

Satu jam tadi, baru sampai rumah betul-betul time azan subuh. Khai pergi karaoke dengan member-member. Melalak 28 buah lagu. Mesti korang cakap ala macam suara sedap sangat nak karaoke sampai 28 lagu. Ek’eleh poyo betul. Hehe. Dulu cikgu Kimia Khai masa form 4 pernah cakap. Kalau nak tunggu suara korang sedap baru nak karaoke, sampai mati pun tak merasa la jawabnya. So, belajar terima kenyataan dan renung-renungkan lah kata Puan Kamariah tu ye. Pergi Karaoke saja-saja menghiburkan diri dengan karaoke nak masuk Akademi Fantasia mana sama.

Ok mukadimah macam apa punya panjang. Khai sebenarnya… (more…)

Posted on 10 January '10 by , under Blog, Hidup Khai, Istimewa. 279 Comments.

Bila Atuk Khai nak Sambung Degree


Hahaha! Hahahaha!! Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa nak gelak. Dah bengong kot kepala otak ni. Haish!! Entahlah. Kadang-kadang tu saja gelakkan diri sendiri bila rasa malas ya rabbi yang tak pernah dirasai selama ini. Hidup pulak rasa macam kosong je. Lately, segalanya macam ada yang tak kena je. Rasa macam bodoh je nak teruskan hidup. Kadang-kadang mula la fikir bukan-bukan. Dalam hati tertanya, ada orang bomoh aku ke? Duh!!

Kalau nak tahu la kan, family Khai dari dulu sampai sekarang memang terkenal dengan mangsa bomoh dan sihir jahat orang ni. Ada je orang dengki itu dan ini. Lepas berubat, dia tambah power lagi. Kadang-kadang sebab daun pokok angin tiup masuk area rumah sebelah pun, sanggup orang sebelah tu buat kerja terlaknat. Macam tak masuk dek akal. Dunia memang pelik bila kita sentiasa cuba nak baik dengan orang, tapi orang sentiasa tak pernah nak menghargai.

Khai sekarang ada kat Pantai Dalam dalam proses untuk buat Degree. Khai taknak la lambat-lambat sambung study ni kan sebab ramai member dah mula nak sambung. Paling taknak kalau Khai dah mula kerja sekarang, nanti diorang sure buat muka kerek dengan ayat yang ala-ala bunyinya macam ni. “Ala.. Kau kerja setakat Diploma je apa barang. Gua ada Degree dowh! Peduli apa gaji ko byk mana pun. Tapi mana nak setanding aku yang dah Degree ni!”.

Heh! Itu baru diorang dapat Degree. Belum Master atau PhD. Mahu bernanah telinga ni menahan kata-kata manusia sindrom Azwan Ali ni kan. Tapi ok juga Khai ber’imiginasi macam ni at least dari takde rasa nak sambung belajar, terus rasa nak sambung belajar. Kira semua ni ibarat cemburu yang bertempat la kan. Pihak University dah call untuk confirm’kan kemasukkan. Isnin ni busy sikit sebab nak uruskan soal pinjaman yang sure 70% dari pinjaman tu akan lebih kepada enjoy. Ala student biasa la tu. Ada member Khai dulu, kecoh handphone dia sorang je la yang canggih-manggih dulu. Lepas tu ada member sorang lagi kantoikan yang dia beli guna duit PTPTN. Hah! Merah padam muka. Siap pesan lagi jangan kasitahu mak dia. Biar pecah di bontot, jangan pecah di mulut katanya. Ah sudaa! Gay upanya.. hehehe. Fuh, rasa nak lempang live je kat situ kan. Nasib anak orang. Kalau anak orang-orang, dah lama dah. lol! (more…)

Posted on 13 June '09 by , under Hidup Khai. 70 Comments.