Bila Atuk Khai nak Sambung Degree


Hahaha! Hahahaha!! Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa nak gelak. Dah bengong kot kepala otak ni. Haish!! Entahlah. Kadang-kadang tu saja gelakkan diri sendiri bila rasa malas ya rabbi yang tak pernah dirasai selama ini. Hidup pulak rasa macam kosong je. Lately, segalanya macam ada yang tak kena je. Rasa macam bodoh je nak teruskan hidup. Kadang-kadang mula la fikir bukan-bukan. Dalam hati tertanya, ada orang bomoh aku ke? Duh!!

Kalau nak tahu la kan, family Khai dari dulu sampai sekarang memang terkenal dengan mangsa bomoh dan sihir jahat orang ni. Ada je orang dengki itu dan ini. Lepas berubat, dia tambah power lagi. Kadang-kadang sebab daun pokok angin tiup masuk area rumah sebelah pun, sanggup orang sebelah tu buat kerja terlaknat. Macam tak masuk dek akal. Dunia memang pelik bila kita sentiasa cuba nak baik dengan orang, tapi orang sentiasa tak pernah nak menghargai.

Khai sekarang ada kat Pantai Dalam dalam proses untuk buat Degree. Khai taknak la lambat-lambat sambung study ni kan sebab ramai member dah mula nak sambung. Paling taknak kalau Khai dah mula kerja sekarang, nanti diorang sure buat muka kerek dengan ayat yang ala-ala bunyinya macam ni. “Ala.. Kau kerja setakat Diploma je apa barang. Gua ada Degree dowh! Peduli apa gaji ko byk mana pun. Tapi mana nak setanding aku yang dah Degree ni!”.

Heh! Itu baru diorang dapat Degree. Belum Master atau PhD. Mahu bernanah telinga ni menahan kata-kata manusia sindrom Azwan Ali ni kan. Tapi ok juga Khai ber’imiginasi macam ni at least dari takde rasa nak sambung belajar, terus rasa nak sambung belajar. Kira semua ni ibarat cemburu yang bertempat la kan. Pihak University dah call untuk confirm’kan kemasukkan. Isnin ni busy sikit sebab nak uruskan soal pinjaman yang sure 70% dari pinjaman tu akan lebih kepada enjoy. Ala student biasa la tu. Ada member Khai dulu, kecoh handphone dia sorang je la yang canggih-manggih dulu. Lepas tu ada member sorang lagi kantoikan yang dia beli guna duit PTPTN. Hah! Merah padam muka. Siap pesan lagi jangan kasitahu mak dia. Biar pecah di bontot, jangan pecah di mulut katanya. Ah sudaa! Gay upanya.. hehehe. Fuh, rasa nak lempang live je kat situ kan. Nasib anak orang. Kalau anak orang-orang, dah lama dah. lol!

Dalam kesibukkan ni, nak update blog pun susah. Bila dah panas punggung dekat Pantai Dalam ni, nak jumpa mamak yang ada WiFi, kirim salam je la nak jumpa. Sekarang ni pun online guna Celcom Berukband member. Nasib area Pantai Dalam ni status dia kalau bukan HSDPA, mesti UMTS. Tapi memang patut pun sebab Menara TM berapa jengkal pulak dari area rumah Khai ni. Kalau teruk juga, kejap lagi ada juga berita Menara TM runtuh kene bom. Siapa yang bom? Shhh, rahsia kita taw!

Kepada cucu-cucu Atok yang mana la tahu terbaca entri atuk ni di masa depan, tak tahu la time korang baca ni hidup lagi ke tidak atuk ni, inilah artikel bila atuk nak sambung Degree. Hari atuk menulis ni tahun 2009 ni taw. Time atuk kecik dulu nama bas kat KL semua Bas Mini. Tapi 2009 ni semua dah jadi RapidKL pun. Time ni Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Internet kat Malaysia masih lagi menyundal tapi mahal. Tun Mahathir yang korang baca dalam buku sejarah tu masih hidup. Artis veteren kita, Fasha Sandha tu pulak masih muda dan dara. Lisa Surihani masih cantik dan mungkin dah berkedut di zaman kamu. Mesti kamu bosan dengar cerita atuk kan? Ye la zaman korang dah moden. Masa tahun 1960-an dulu, P Ramlee pun rasa tak logik je ada TV yang bewarna. Apa lagi akan wujud handphone. Ye la suara boleh terbang-terbang plak kan? Tapi semua tu dah wujud di zaman atuk. Macam sekarang atuk rasa macam tak logik je akan wujud kereta yang boleh bergerak dengan air paip. Apa lagi dengan adanya Time Machine tu. Mesti korang boleh datang ke zaman atuk sekarang kan? Fuh rugi betul atuk tak dapat hidup di zaman kamu.

Tahun berapa pulak korang baca entri ni ye? Agaknya Alien dah jadi kawan baik korang ke belum ye? Bisik kat nisan atuk ye di’kubur nanti. Time atuk tulis ni, atuk tak kenal lagi nenek kamu tu. Cantik tak agaknya nenek kamu tu sekarang? comel tak dia? baik tak? kuat membebel tak dia? pisau cukur tak dia? ego tak dia? Hurm, jaga mak kamu (anak-anak atuk) tu baik-baik ye.

Kalau kamu cucu-cucu atuk melihat perangai mak kamu tu macam syial, mungkin perangai atuk dulu pun macam tu. Kalau kamu nengok perangai mereka macam best pulak, mean atuk korang ni memang macam best la kot? Hahaha! Korang nilaikan’lah sendiri ya. Tapi kalau korang sendiri yang perangai macam syial dan mak kamu baik, sah la mak kamu dah nikah dengan lelaki yang atuk tak berkenan!

Hahaha, guys.. sorry eh saja tinggalkan pesanan kat cucu-cucu Khai nanti. Mana la tahu kot-kot betul blog ni wujud sampai diorang dah pandai membaca dan berfikir. Sure dia akan tahu betapa gigih’nya atuk diorang ketika ini sedang membawa diri untuk terus hidup biarpun tanpa sebarang dorongan dan harapan dari sesiapa biarpun dari keluarga sendiri. Apa dah jadi dengan family aku. Seperti yang ada dirangkap satu ayat terakhir entri ini, mungkin betul ada sesuatu yang tidak kena kerana dulunya tidak begini. Seriously, hati aku mati. Sedih sangat. Wallahualam.

P/s: Sekadar personal entri renungan masa akan datang. Terima kasih kalau korang terasa still nak baca entri blog ni dari awal sampai akhir. Sumpah, blog ni je yang tinggal untuk sumber inspirasi Khai. Dari respon korang sebelum ini, Allah je Maha Mengetahui betapa semua itu memberi satu IMPAK yang sangat besar dalam kehidupan 21 tahun sebagai seorang Khai.

Eh korang dah setting URL untuk Facebook ke belum?

Ditulis pada 3:14 PM 13 June '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,008 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

70 Comments »

Comment by miazawa
2009-06-13 15:35:23

suka ngn entry ni..best..rase cm nk gelak pun ade..
ape2 pun..gud luck nanti..doa bnyk2..Allah masih ade..sentiasa ade ngn kita..:)

..
Comment by PEMBEBEL SEKSI
2009-06-13 22:27:59

spm lagi la? πŸ˜†

..
 
Comment by sir_aniep
2009-06-14 11:39:22

kira time capsul lah nie … tapi pastikan hosting ada lagi time tu

..
 
 
Comment by munira
2009-06-13 15:36:50

heee first!
bukan slalu ni.
,asal celcom berukband?

..
 
Comment by eno shinoda
2009-06-13 15:39:29

knapa nie Khai?..sumthing wrong jer…jgn sedey2

Aja aja fighting! πŸ˜€

saya tetap sokong Khai….Go Khai! Go! Yeahhhhhh! πŸ˜‰

..
 
Comment by qiela
2009-06-13 15:41:09

haa..cepat2 la sambung belajar ea.. heee.. btol gak, bukan guys kalau dah pgg duit takoot taknk smbg belajar je..so sementara ngh ade mood ni, gi la smbg belajar lu.. πŸ™‚

hee~ all the best khai! πŸ™‚

..
 
Comment by Roslan Nazri
2009-06-13 15:44:22

kelakar pun ade ngn khai ni..merewang je merapik je khai dalam entri ni..kalo web ni berkekalan smpi 50 tahun lagi memang bleh la..utk cucu2 πŸ™‚

..
Comment by Kreuger
2009-06-13 19:54:51

muhahaha… betoi beb… macam nak pengsan aku
habiskan si khai punye wasiat nih.. hadoi ai..
gurau tu gurau jugak… keselamatan diri tuh kene
jaga… nanti tak sempat nko nak bercucu…

ni pesanan penaja… same-same jaga diri woraite…
kalau hang tadek besok lusa disebabkan kecuaian diri..
maka aku rase.. tak berapa nak relevan la wasiat ni.

ehehehe.. jangan marah ar… bukan nak takut-takutkan
cume aku seronok bace citer futureristik dari nko nih!
~debukkkkk~ :aie:

..
 
 
Comment by atokk
2009-06-13 15:44:38

jauh betul imaginasi tu pergi..haha

..
 
Comment by loq
2009-06-13 15:45:48

aku boleh agak sape yang suke bom mengebom ni..haha

..
 
Comment by cayataro
2009-06-13 15:50:10

atok khai πŸ™‚

..
 
Comment by Dwi_Chenta
2009-06-13 15:54:56

laa…ad prob ngn famili plak..
tak pe la dugaan…
org pun bru je pas gado ngn parents..
al maklum ar… famili besar..
la tue parents tak fhm ank2, ungkit2 (ni yg org tak tahan skt gler ht time diorg ungkt2 pengorbnan diorg), then da membebel tak brenti2 myktkan ht and telinga, then sk menangkan adik bradik len yg wat slh..mane nye tak mkn ht kan..then pgorbanan kte tak pandang pun..bek mse2 kck2 diorg bg je org kat org len..tak ar skt ht org…tension gler!!!! :oups:

..
Comment by alaaaaaang-khai
2009-06-14 23:53:08

no worries.. K.A.M.I sayang khai.. hehehe.. πŸ˜€
peace peace ! πŸ™‚ πŸ™‚

..
 
 
Comment by are-pa
2009-06-13 15:57:32

baguslah dah sambung blajaq…
amik cource ape??

..
 
Comment by Akuro San
2009-06-13 16:00:32

walaupun kamu ada 2 ke 3 blog lain, tapi saya cuma suka baca blog kamu yang ini saja…
JustKhai… tak tahu lah kenapa…
huhu…
tgh sedih nya, hmm… kalau ada masa, bacalah entry tazkirah kat blog saya… mudah-mudahan dapat mengubat kesedihan yang dialami…

..
 
Comment by Ozzie
2009-06-13 16:24:50

Boleh tahan jugak Khai ni bila merepek..Nanti dah tua, penat la cucu2 Khai kena beletiaq….ekeke.. :p

..
 
Comment by hanc
2009-06-13 16:39:07

salam.. bersabar la khai k.. jadikan cabaran.. bukan begitu?? πŸ™‚
senyum sokmo deh…. ingatla.. mungkin ada orang lain yang lebih teruk dari ape yang kite lalui..
“Allah maha mengetahui segalanye..”

..
 
Comment by ejardkethot
2009-06-13 16:53:10

πŸ™‚ entry ni bagi aku tersenyum sorang2 dpn laptop
huhuhu…nasib akak aku x tgk aku!!~
yeah…atok khai …slamat sambung stdy :aie:

..
 
Comment by Hamdi
2009-06-13 16:58:51

bro
nak sambung study kat mana?

..
 
Comment by beliamuda
2009-06-13 17:43:11

menarik la entri kali ni.. nak tergelak pun ada.. terutama time baca part pesanan untuk cucu2 tuh.. hehe~~ 8)

..
 
Comment by Zik
2009-06-13 17:44:11

all the best atok khai! good luck with ur degree ye. dugaan tu satu pengorbanan. let benda yg jadi tu terjadi & blajar la dari situ ye.

nanti dah degree mesti ada bunga sangkut punya! tak pun ada la kumbang sekor (khxx) tu dok landing kat bunga ke? majlis nanti jgn lupe jemput mihahahha..

p/s : atok khai takkan nk biar cucu tgk blog ni colour pink nanti? πŸ˜›

..
 
Comment by ashy
2009-06-13 17:45:46

ish2….mmg jauh tol imaginasi..smpai ke tahap alien eh??haha……hmm…tng2 kan lah jiwa tu…suma tu bisikan syaitan..bnykkan istigfar yea khai….bknnyer ape, kalu khait tak temang, pastu tak leyh update blog lagi…pastu kami readers2 justkhai pown jadi tak tng sbb tak leyh bc blog ngetop dari khai neyh…haha…(statement pnting diri ke neyh???haha)…
pape pown, hrap khai dpt tngkn aty k?????ingt ramai lagi yang syg khai…..suma readers justkhai syg khai tau….jgn wat2 tak tau….haha…..gla nya da melalut….papai…keep it up khai….=)

..
 
Comment by otomen
2009-06-13 17:58:02

tu dia atuk da bgi pesanan kt cucu dia…ahHahA
psl probs tu,anggap jek salah 1 dugaan dariNYA…
sambung deg mana khai?
ol da best kt hg la.. 8)

..
 
Comment by lilacfla
2009-06-13 18:16:12

ingatkan salah masuk blog td ni.

sabarla khai… idop mang camni. kalau nak enjoy tunggu di syurga nanti yek!

buat amal banyak-banyak, biaq sampai tak terasa azab-Nya di kubur dan akhirat. amin

..
 
Comment by azizwan(dot)com
2009-06-13 18:38:48

tahniah la sbb ko dah nk sambung degree.. jeles aku dowh sbb ko terlebih dahulu ambil degree walaupun aku ambil spm lebih awal dr ko. sob2..

aku ni, tak tahu la ada rezeki lg ke tak nk ambil degree ni. dah tua bangka kata org walaupun aku ngan ko 1 umur je pun. hahaha..

malas la aku nk tulis pjg2 sbb rasa nk hempuk je kepala ni kat laptop ‘kai-cai’ aku ni. yo la, tetiba teringat masa lalu.. tu la, dulu 1 langkah je lg confirm2 masuk u smbung degree.. tp berkeras juga nk enjoy dulu. skrng ni.. ah, damn!

..
 
Comment by Nurul
2009-06-13 18:50:09

cumel je khai ni..hmm..semoga berjaya la ye.. :8

..
 
Comment by Melayu Boleh
2009-06-13 18:50:16

hehe..ni yg cam nak tiru idea nih. hehe.. :p

..
 
Comment by Rjuna
2009-06-13 19:08:43

Hai Atuk Khai,

haah betulkan.. mana tau cucu-cicit kita nak tau pasal Atuk diorang, nenek diorg akan bagi url blog ni

“kalau kamu nak kenal atuk kamu..gi surf blog ni”

selamat sambung study khai πŸ™‚

..
 
Comment by shar
2009-06-13 19:16:34

kalau dpt atuk mcm khai… mcm besh je.. hahaha :love:

..
 
Comment by Eriyza
2009-06-13 19:24:11

Adoi, nostalgia tul topik camnih.
Kalo betul blog ni betahan lg 50 thn,
mesti sayu anak cucu Khai baca. 😎

..
 
Comment by Mr Fathi
2009-06-13 20:02:37

Hidup lagi ke kita 50thn lg???kiamat hampir dekat… =(

..
 
Comment by Asyraf Abdul Rahim
2009-06-13 20:22:43

haha. dah macam surat wasiat dah Khai.
cuma ko x tinggalkn harta untuk diorang je..

Khai. wasiatkan harta untuk aku best gak. hehe., πŸ™‚

..
 
Comment by Adney
2009-06-13 21:53:50

da tua rupenye khai ni ek… :oups:

..
 
Comment by YaNa
2009-06-13 22:24:56

khai sambung study mana

..
 
Comment by fifie ierina
2009-06-13 22:26:59

hye atuk khai.. πŸ™‚

rmai da komen kt cni.. psl nenek pd cucu2 awak 2, insyaallah die seorg yg cntk, baik budi pekerti, x ego dan bkn pisau cukur.. dgn syarat, awak msti pilih btul2 k? anggap yg da berlaku sbg pngajaran yg sgt berharga.. naluri hati pmpn sy berkata, awak akan dbahagiakan dan mbahagiakan org yg dtakdirkan jd suri hidup awak….amin… :love:

selamat sambung degree.. mudah2n ilmu yg ddapati akan
watkn awak lbh cekal dlm khdpn.. family matters 2, tabahkan hati k? sume org ad mslh, hye berbeza pd cara mreka mghadapinye.. yg plg pntg, mtk ktngn hati dan kemudahan pd Tuhan, DIA bg dugaan krn sygkn kte hambaNya πŸ™‚

p/s klu cucu2 atuk khai smpt bce ni, atuk korg best.. rmai blog reader ni sygkn die… gud job khai, selalu publish entry yg mnarik! :love: πŸ˜€

..
 
Comment by paiQute
2009-06-13 23:01:26

ehehe….comel πŸ™‚

..
 
Comment by kaela
2009-06-13 23:05:48

entri kali ni kte ske bc. all d best 2 u khai :).. kte xpena trfkr psl anak cucu cicit ni. hehehe. now u make me 2 think about it..-lol- 😎

..
 
Comment by pear
2009-06-13 23:35:20

entry pesanan yang paling best huhuhuh…..to khai duk pantai dalam yer…dokat lo nak jumpa tok khai….

..
 
Comment by Kuwe
2009-06-13 23:43:34

atok2..cucu tiba2 terjumpa blog atok ni time search porno kat google ni (shh rahsia kita taw~)

atuk smbung degree? wah terer atuk sbb cucu amek spm pun smpai 3kali πŸ™‚

RapidKL tu?dah lama jd besi buruk,skang pergi pasar mid valley dr damansara pun naik MiG tau. πŸ˜€

Najib ngan Mahathir? ye2 mama slalu baca cerita tu time cucu nk tido.Internet? Zaman ni semua freee~ berukbang ngan strimix pun dah lama x wujud.

wahh nenek fasha tu? cucu suka lakonan dia dlm puteri gunung ledang versi 15, dia sgt comel jd nenek kebayan.:love:

nenek?laa atok mesti nyanyok awal kan, baham la lagi dunhill tu, kan nenek da pergi dulu masa ngandongkan anak atok yg ke7! 😐

..
 
Comment by Sis Mieya
2009-06-13 23:43:46

Haiyakk..ciannye ngan adikku sowang ni..ape suda jadi? xmo blur2..masalah yg takde kene mengena dgn hidup kita tgglkan je..buang masa kan..
Well khai xde masalh ngan family pun korunk..but cam de something wrong yg buatkan kami semua tak seceria dulu..tu jea..x tau napa..rmi sgt org yg iri ht dengan kebahagiaan & kesenangan org lain..haih susah kalau nak difikirkan..
apepun kami sentiasa terus berdoa agar semuanya kembali ok..
Wat khai..we’r loving you..just skrg ni kan masing2 dah ada tgg jawab sendiri kan..da de family sendri..so masa utk khai maybe agak kureng sket..apepun takpela..i know u can do it..
take care…

..
 
Comment by wana
2009-06-14 00:14:45

nak jadik cucu atuk khai la ble?

..
 
Comment by akmal
2009-06-14 00:25:15

perh untuk cicit kut kut takde hehehehehe πŸ™‚

..
 
Comment by casper
2009-06-14 00:31:23

Salam khai…
Tetiba ari nie tergerak utk kongsi ngan khai 1 benda…
sbnarnye dulu sy pun penah rasa hidup nie macam kosong sgt2…bgn tdo pagi2 xrasa pape pun yg bleh btkan sy smangat…n utk pengetahun khai time tue sy dh 6 bulan (lebih kurang laa) clash ngan ex bf sy…tp xtau la nape lepas 6 bulan br saya rasa sepi yg amat sgt…
Mungkin sbb sy cemburu dgn kwn2 yg smuanya berteman, or mungkin sy teringatkan ‘teman’ yg dulu…or mungkin juga sy perlukan seseorang utk dijadikan teman…sy xpasti…sbb time tue prasaan sy bercampur baur….
Tp sy xpernah cari penyebabnye…n sy just teruskan hidup seolah2 xde pape yg jadi…tp dlm hati siapa yg tau…huhuu
Sy juga xpenah berusaha mencari seseorang utk bersama sy…or dgn bahasa yg lebih mudah…utk dijadikan bf sy…kira x desperate sgt la…konon2nye la… πŸ˜‰
Hingga la Allah temukan sy dgn bf sy skrang…Alhamdulillah syukur sgt2…walaupun hakikatnye awal2 sy sgt xsukakan bf sy tue…tp xkenal maka xcinta kan… πŸ˜€
N skarang…nikmat n smnagat utk teruskan hidup tue tumbuh semula…rasa hidup nie sgt bermakna…mungkin ini la anugerah cinta yg dpt sy rasakan di dunia…sbelum berkahwin…kih3…lepas kahwin insyaAllah lagi bertambah2… πŸ™‚

So,moral of the story is…Khai jangan la mudah rasa sepi, at least khai still ade blog nie utk luah2 prasaan…n masih ramai yg syg khai…termasuk la sy…sy syg khai taw… :8

Sabda Rasulullah saw – “Jangan lah kita membenci seseorang itu sgt2 sesungguhnya die mungkin menjadi org yg kita syg suatu masa nnti dan jangan lah kita menyayangi sgt2 seseorang itu sesungguhnya die mungkin menjadi org yg kita benci suatu masa nnti”…wallahualam…

..
 
Comment by boyah89
2009-06-14 04:20:31

uhuk2
ko ni 21 ke khai,tua setaun rupenye
baru smbut bufday smlm(13)..
dah masuk 20 aku ni..
aargh,rindunye zaman skola… :o:

..
 
Comment by zelo55
2009-06-14 04:45:55

huhuk…
atok pon pndai blogging ka?
gig ade lagi tak tok?
wakakakaka…

..
 
Comment by pening
2009-06-14 10:07:51

Tul tu..kalau nk menuntut ilmu tu..biarlah mse mude2 ni…. otak tgh fresh lg..sok kalau da tue..bnyk lak cabangnye otak tu nnt…anyway, all the best 2 u Khai.. :love:

..
 
Comment by acadterror
2009-06-14 10:35:13

– untuk pengetahuan khai, nilai degree skrg amat rendah skali. org ada degree pun kdg2 keje mkan gaji ,gajinya 2500 sbulan .bole ke hidup dgn gaji cam2 .kalo ckup2 mkn bole kot.tolak hutang sane sini.tggal berape ratus je sbulan.ni telah tejadi kat adik beradk ak.aku skrg stil tetonggeng nak abiskan degree aku.tp aku sdar bnde tuh akan belaku dan aku dah stat bisnes sndiri kecik2 n harap dpt besarkan satu hari nnti. just nak tegaskan kat sini, degree tu kdg2 tak menjanji kan apa2, sbb ade seorg bdk poli boleh jd kaya hanya buat bisnes berdasarkan apa yg die blaja. eh pnjg plak komen aku kikiki

-sob2 terigt aku kat mati biler ko sbut psl cucu-cucu tuh =(

..
Comment by fifie ierina
2009-06-14 13:27:50

maaf nk komen ckit kt cni… in one way,
it does makes sense that degree does not
promise u anything, especially in current
economic situation… =(

tp kn…saudara acadterror, ambil peluang
utk smbung belajar adalah lbh pd kpuasan
dan menambah ilmu sbnya.. bkn hye pd
duit sy rse.. yes, rmai je org kaya krn bisnes
wpn xde qualification.. tp omputih pye
culture, tua2 pn msh nk amek degree…
npe ye? krn mreka value education sgt
tinggi, jd kte kne amek yg baik dr mreka
nie.. yg xbaik jgn ikut.. rasulullah pn
pesan pd kte supaya tuntut ilmu hingga
ke negara China.. menunjukkan betapa
ilmu sgt penting… wallahualam

p/s admin, komen ckit? best plak konsep
chat room ni, ske3… πŸ™‚ πŸ™‚

..
 
Comment by Zik
2009-06-14 15:34:01

huh, ilmu tu lebih penting dari benda lain. tanpa ilmu apa yg kita dpt? jgn kita kejar kemewahan ia takkan memberi erti kemudian hari.

mmg buat bisnes tu bgs. tp nk tempuh semua tu kena ada ilmu. jgn sebab degree tk menjanjikn apa2 kita ke arah lain yg tk tahu lg betul ke tidak..

kalau ada usaha dgn berkat segulung degree pasti lebih bermakna. aku tk sangkal habis2san. sbb bgs kalau student dlm masa u blajar buat bisnes. pengalaman di timba lebih. semua ilmu. letak ilmu di atas benda2 lain.

..
 
 
Comment by miss madiey
2009-06-14 11:19:08

huhu.. lme x komen kt cnih…

sje jdik silent reader ntok sketike..

rse kelakar pown ade entri nih..

suke gle comparison ntok ape yunk ade skarunk ngan yunk akn dtang..

bus mini n rapidkl… πŸ™‚ πŸ™‚ kelakar lak ble ingat2 blek..

..
 
Comment by Aby RAd
2009-06-14 12:11:03

wahhh..tak terpk aku nak tulis entry untuk bakal cucu cicit. aku tingin nak tgk cucu cicit aku. tp sempat ke?? umo dah 24, pakwe pun tenggelam timbul je. dah la manusia akhir zaman ni umo singkat.huhu~

– pjgkan la umo aku..kurg2nya sempat gak nak tgk anak sulung aku kawin.ape aku merepek ni daaa…

..
 
Comment by kejuterbang
2009-06-14 14:04:59

asalamualaikum..
watikah yg baek utk cucu khai..
ehehe…
n truskan usaha khai utk dptkn degree..
insyallah…akn berjaya..
marilah kite sme2 doakn kjyaan ‘atok’ khai nie..
amin

..
 
Comment by misa
2009-06-14 14:09:55

hahaha khai, lwak gila entry ni…
gelak guling2 den bca… πŸ™‚
atokk khai~..huhu best dpat atok cam khai ni…
aiyark! ketidakstabilan otak dah jdi eh khai?
g implan otak baru…~ :aie:

selamat maju jaya ya…ganbatte! πŸ˜‰

..
 
Comment by Fatin Pauzi
2009-06-14 14:32:29

Sweet je wasiat tu. keke

..
 
Comment by nero
2009-06-14 14:56:24

semoga hidup penuh dgn hikmat πŸ™‚

..
 
Comment by Sy8
2009-06-14 16:32:58

huh! letih bace…mmang advance ko khai.. πŸ˜‰

..
 
Comment by KNizam
2009-06-14 21:59:44

bagus2 doc khai. kena belaajr sampai phd neh ok. hehe πŸ™‚

..
 
Comment by tehsafiah
2009-06-14 22:08:12

salam…haha..haha…kreatif betul la khai ni…boleh lak dia berpesan2 utk cucu2 dia..
neway..congrats coz berpeluang utk wat degree..

*berpesan2 lah dengan kebenaran dan berpesan2 lah dengan kesabaran..

..
 
Comment by alaaaaaang-khai
2009-06-14 23:54:39

ni nenek lak kat sini.. nenek ni alang khai.. nk kasi pesan je la.. kot baca entry ni doakan ye la Al-Fatihah ye.. kt Atok khai..
woho!

..
 
Comment by alaaaaaang-khai
2009-06-14 23:55:48

no worrrrries .. K.A.M.I sayang giler kt “adik” bongsu kitowg ni.. lap lap lap u.. hehehe

..
 
Comment by Hanis
2009-06-15 01:04:21

aiseh..
maju sungguh kamu..
otak kreatif kot utk membayangkan future nanti.

..
 
Comment by Blurrypinky
2009-06-15 08:14:29

still blurr..memula cam dah senyum2 dah baca..tapi bile ending tu cam sedey jer…hmmm….**rase cam ade sumthing kat sane yang x stabil…**

..
 
Comment by lyly
2009-06-15 08:38:13

hehehe..lucu lah part khai pesan utk cucu2….. πŸ™‚
ingatkan pasal atuk khai..
dah entri tu ckp pasal atuk..
duhal pasal khai..

..
 
Comment by hytiq
2009-06-15 10:52:36

hmmmm..r u okay??
o..t’tnye soklan bodo plak..
klw ok,xt’kluar kot wasiat ni..
pape po,gd luck!!

..
 
Comment by fishballisme
2009-06-15 20:09:20

β€œAla.. Kau kerja setakat Diploma je apa barang. Gua ada Degree dowh! Peduli apa gaji ko byk mana pun. Tapi mana nak setanding aku yang dah Degree ni!”.

Pergh.. kalau ada kawan aku yang cakap camni kat aku, memang aku luku dahi dia.

Maaf! aku emo giler kalau orang kekwat cani! :choler:

..
 
Comment by Kuriee
2009-06-18 01:26:42

khai..kalau ko nak blog ni bertahan sampaia anak cucu, ko kenalah bayar hosting 100 tahun siap2….. hahaah

..
 
Comment by ::lil duck::
2009-06-18 19:39:47

sy nk jadi nenek!! :[ huhu

..
 
2009-06-19 10:29:56

Bagus la 2….pelajara 2 penting…walaupun malas tahap gila….aku pn mals juagk nk belajar tp disebabkan keadaan dunia sekarang yang memerlukan pelajaran kita lawan ala…kalau korang nak tau nk jd CLEANeR pun ada dipoma sekarang…huhuhuhu

..
 
Comment by connie
2009-06-22 03:10:49

πŸ™‚ sokong khai smbung blja! chaiyok2!

..
 
Comment by wany
2009-06-23 18:07:32

gud luck khai…..tp khai smbung degree kt u mane yeh?

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post