Begitu mudah orang membusukkan nama anda

Bila orang sakit hati dengan kita, macam-macam orang ni cuba buat kan? Satu kerja jahat tak menjadi, dia cuba cara jahat yang lain pulak. Pendek kata orang macam ni hati dia dah hitam dah. Tak senang nengok orang lain senang. 24 jam panas je bontot nengok orang lain hidup senang hati. Ada kemungkinan, dia hidup dalam tekanan, so dia nak orang lain pun turut rasa apa yang dia rasa. Orang macam ni memang sampai bila-bila pun takkan maju. Lagi teruk perangai, lagi tinggi hukum karma yang diterima.

Petang tadi tengah online-online di Old Town, dapat email dari seorang perempuan ni. Marah-marah dia cakap Khai ni kurang ajar sangat. Khai pelik tiba-tiba dapat email yang macam tu. “Aik, ape salah aku tiba-tiba kena marah ni?”, bisik Khai dalam hati. Nak kata masuk blog orang tinggalkan komen kat shoutbox, rasanya Khai takkan buat kot. Khai kalau masuk blog orang, memang jadi pembaca je. Kalau suka dengan entri tu, Khai akan tinggalkan komen. If tak suke dengan enri tu, Khai keluar dan baca blog lain pulak. (more…)

Posted on 9 October '10 by , under Hidup Khai, Tergempar. 102 Comments.

Tips untuk yang susah nak lelap

Korang nak tahu tak? Selama ni Khai ingat Khai ada masalah susah nak tidur. Maksud’nya kalau selama ni Khai cakap “nak tidur lah“, dan terus baring atas katil, confirm memang takkan dapat lelap! Tension gile kot?!! Orang kata, nak lelap kiralah kambing. Then Khai pun try. Kiralah kambing ke, cipanzi ke, tenuk ke, memang takkan dapat lelap mata jugak. Memang sakit hati bila otak dan badan betul-betul perlukan rehat.

Khai memang tak perlukan tempoh tidur yang lama mungkin kerana Khai tak perlukan tidur yang lama untuk dapatkan kembali tenaga tapi tetap perlu tidur untuk merehatkan otak. Sebab tu dalam sehari, dapat tidur 3 ke 4 jam dah sangat-sangat memadai. Kerja Khai duduk atas kerusi mengadap laptop tiap-tiap hari sampai kadang-kadang lupa nak nengok matahari. So memang badan tak penat la kot sebab tenaga tak keluar tapi otak memang sakit lah kan.

Then masalah susah nak lelap ni dapat Khai atasi dengan melakukan something sambil berbaring. Dua perkara yang Khai buat bila dah baring atas katil adalah dengan surf internet dengan Merlot Jr dan satu lagi main game bola (PES 2010) di PS3.

Tapi penyelesaian ni still lambat sebab Khai terpaksa tunggu sampai “tertido”. Kadang-kadang sampai main game/surf sampai 3 jam atas katil baru terlelap. Sedar-sedar lappy atau joystick dah ada bawah badan. Nasib tak jatuh dari katil je. (more…)

Posted on 1 October '10 by , under Hidup Khai. 49 Comments.

ScreenR – Perakam Skrin Komputer Online

Disebabkan tangan ni gatal-gatal nak menaip untuk Justkhai, here we go. Semalam, Khai borak-borak dengan besday boy sorang ni masa kitorang “breakfast” pukul 4 petang (LOL) kat Bangsar. Entah camana cerita itu dan ini, akhirnya boleh masuk part main rakam-rakam skrin pulak kan? Then dia cakap ada jumpa website yang boleh rekod online skrin komputer sendiri. So tak payah nak guna apa-apa software lagi dah sebab memang selama ni agak menyusahkan lah. Ada software tu yang sampai kena bayar semua semata-mata nak merakam video kat komputer korang. Tak berbaloi melainkan tiada pilihan lain.

So, rupanya dah wujud web macam ScreenR ni ye? Tak kisahlah dah lama or baru atau korang dah lama tahu (who cares?), yang penting benda ni Khai baru tahu dan nampaknya ianya memudahkan kita kalau kita mampu berimiginasi apa hasil yang mampu dibuat dengan kemudahan yang diorang dah sediakan. Mengenai ScreenR, bila Khai dah cuba sendiri memang boleh dikatakan tak pernah lagi guna mana-mana software merakam skrin yang semudah ini. Memang salute tahap tertinggi untuk creator dia.

Teruskan bacaan untuk contoh video yang dah Khai buat.. Hehe.. (more…)

Posted on 23 July '10 by , under Review, Tutorial. 43 Comments.