Kenangan orang yang tak puasa


Rasanya baru semalam je kita berpuasa. Tiba-tiba dah nak masuk bulan puasa tahun yang baru pulak. Gila laju masa berjalan kan? Kirim salam la masa nak tunggu kita. Hehehe. Kenangan bulan puasa tahun lepas masih segar dalam ingatan. Kenangan terakhir berpuasa kali ke-3 di University.

Sebelum Khai nak story kenangan-kenangan Khai TAK puasa, Khai ambil kesempatan ni nak wish Selamat Menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak buat korang semua, pembaca blog ni, buat keluarga Khai dan juga buat dia yang tersayang. Dah besar panjang tu, rajin-rajin la ye puasa. Hehehe.

Tahun lepas, hanya sehari dua je sempat puasa kat kampung. Yang lainnya semua puasa kat universiti. Masa tu Khai tengah praktikal semester 6. Masa tu tugas Khai dan 3 orang designer sedia ada yang lain adalah membangunkan web Limkokwing University yang baru. Hasil’nya dah pun dapat dilihat satu dunia di www.limkokwing.net. 3 orang designer yang lain tu semua bangsa cina. Tapi diorang ni memang baik sangat-sangat. Thanks a lot Peter, Kevin dan Dennis sebab banyak ajar Khai. Bangsa Cina ni tak kedekut ilmu kalau kita rajin bertanya kat diorang. Kalau buat bodoh sombong tu, diorang lagi la bolayan.

Ada satu hari tu Khai demam. Tapi kena pergi kerja jugak. Student praktikal mana boleh banyak songeh. Selagi larat jalan pergi je la kerja. Nanti bad record pulak dalam report. Bos yang bernama Mr Pan Sin ni perangai macam haram sikit. Time mood dia ok, memanglah baik boleh cerita macam-macam. Kalau mood tak baik (baru lepas kena marah dengan Tan Sri Lim Kok Wing), habis satu office rasa nak lempang je muka dia.

Dalam pukul 4 petang macam tu, Khai dah tak larat dah. Dah ler tak bangun sahur pagi tadi. Then turun bawah pergi 10-Ten (nama kedai kat LUCT). Beli air mineral, Panadol, Mentos dengan Coklat Bytes. Akak kaunter tu tanya – “banyak membeli belah. Tak puasa la tu?“. Khai jawab – “Tolong sket! Ni untuk berbuka la kak!“. =.=’

Masuk office balik rasa nak belasah je apa yang Khai beli tadi. Tapi still rasa segan dengan cina-cina yang ada dalam tu padahal tak tahu yang patutnya lebih segan apa yang ada kat atas tu 24 jam melihat kita. Lepas tu Khai fikir ala diorang tak kisah kot aku makan. Aku sorang je pun Melayu dalam office ni. Lepas tu Khai pun belasah la semua tu dengan panadol activefast sekali.

Tiba-tiba.. terdengar suara misteri entah dari mana.. (more…)

Posted on 19 August '09 by , under Hidup Khai. 78 Comments.

Berakhirnya kehidupan seorang remaja.

Hehe, bukan berakhir sangat pun dunia remaja Khai. Rasanya tak pernah lagi Khai cerita pasal Internship (praktikal atau latihan industri) dalam blog ni. Bukan ape, rasanya setiap student mesti akan rasa bahangnya bila sampai masa nak praktikal. Bukan senang nak siapkan assignment final semester (gila babeng punye susah) dan dalam masa yang sama, nak kena cari company mana nak buat praktikal. Kalau dapat nak kene pergi Interview lagi. Nasib la kalau dekat. Kalau jauh sendiri mau ingat lew.


Untuk Khai, Alhamdulillah coz dah dapat tempat praktikal. Alhamdulillah, dengan satu Interview je dah terus dia call suruh praktikal situ. Actually apply kat Jobstreet je. Hehe. Tak payah susah-susah macam student lain gi merayau jauh-jauh cari company ala-ala manual. Ape punye bengong taknak guna kemudahan internet depan mata. Apply kat Jobstreet la thambey! Duduk atas kerusi je. Tapi tak susah pun kitorang nak cari sebab kalau sebut nama Limkokwing University je, kompem-kompem je diorang terus panggil Interview. Market gila siot nama university ni walhal pada hakikatnya, malas la nak tulis sini.

Khai dapat buat praktikal kat Asia Media Sdn. Bhd. Popular gak company ni (sebab tu Khai apply) dan Khai harap boleh dapat belajar sesuatu yang lebih dari sana. Bos dia cina tapi diorang memang sporting dan best. Adanya amoi-amoi dalam company tu, Khai harap dapatlah diorang tu memeriahkan mataku ini. Haha. Kalau korang tak tahu Asia Media ni company buat ape, apa kata korang cuba naik bas Rapid KL. Then kalau nampak TV dalam bas tu, itulah apa yang Asia Media buat. We’ll buat online advertising dalam bas Rapid KL. Hebat siot buat iklan dalam bas tapi guna internet. Ape teknologi diorang guna, usya website diorang 😛

Elaun yang mereka tawarkan RM1300. Tapi lepas tolak sewa hostel (dalam kawasan university) semua ada la tinggal RM500. Hostel kat dalam Limkokwing ni harga dia mmg murah. Satu bilik RM800. Terbaek kan?!! Alhamdulillah ada lagi RM500 kalau nak compare dengan ramai student kat Limkokwing ni yang dapat bawah RM400. Yang tak dapat langsung elaun pun ramai. Nak buat camana, dah memang kitorang tak berhak pun nak mintak elaun sebenarnya sebab praktikal ni dikira semester 6. Dah selesai praktikal, baru la boleh graduate.

Dari contract 4 bulan yang dah Khai sign, Khai bertanggungjawab dalam semua aspek yang melibatkan 2D & 3D design. Pergh, cam mencabar je. Selain tu Khai gak akan terlibat dengan interior LCD dalam bas Rapid KL tu. Camana nak kasi orang nengok LCD tu tanpa sesaat pun menjeling keluar tingkap. Fuh, jangan terkejut kalau korang nampak satu iklan dalam bas tu mempromo blog JustKhai ni. Tapi masa tu korang pun paham-paham sendiri la yang bontot Khai dah pun ditendang dari tingkat 2 office diorang. Hahahampes!

Lokasi untuk Khai, kat HQ diorang kat Pusat Bandar Puchong. Ala, sebelah dengan Tesco Puchong je. Jalan depan sikit plak, sampai kat IOI Mall. Hurm, Ingat nak cari rumah kat area sana, so kalau korang atau ada member yang nak sewa rumah atau bilik kat situ, tolong’lah hubungi Khai ye. Ingat nak sewa kat Desaria (Limkokwing Hostel) ni je, tapi on the way pergi balik tu sakit sikit la nanti. Bawak Yamaha 125zr plak tu. Errr, kalau motor 125zr ni boleh switch guna air atau petrol, kan ke bagus tu.

Itu tempat praktikal yang dah memang confirm hitam putih, satu lagi kat Limkokwing University. Praktikal kat Creation of Creative Content (CCC). Diorang ni yang bertanggungjawab membangunkan website Limkokwing University yang design smart giler tu dan macam-macam web yang melibatkan kreativiti kat Malaysia ni. Kalau kat situ pun kira OK jugak la. Dengan elaun RM700 dan paling penting, praktikal kat tempat yang dah memang kita familiar dan bukan calang-calang student dapat buat praktikal kat situ. Apepun, still tunggu confirmation dari lecturer Khai sebab dia ni yang bersungguh-sungguh cuba push Khai praktikal kat Limkokwing. Thanks a lot Sir. Tapi bila pikir balik, tak rasa dunia kerja la kalau buat praktikal kat tempat belajar.

Latihan Industri akan bermula 02 June nanti. So harap Khai akan dapat menyesuaikan diri kerana serious, ini pengalaman pertama Khai untuk bekerja. Even just praktikal, tapi kompem la rasa macam dah kerja nanti kan? datang dan balik ikut office hour. Huuu, tu la mak, dulu orang nak kerja cari pengalaman mak tak kasi skang anak mak ni la orang paling cuak taw! hehe. So abis praktikal October dan February 2009, dah graduate. Pergh, lajunya masa berlalu.

Ok korang, thanks coz baca entri ni dan tolong doakan Khai akan berjaya dengan penuh cemerlang. Jangan cakap entri ni langsung takde information Ok? skurang2nye korang dah tahu kan sekarang siapa itu Asia Media Sdn. Bhd dan apa itu Jobstreet? Betul tak?

Pssttt: Thanks a lot kepada semua yang dah menyenangkan interview Khai secara langsung atau tidak langsung. Cgyhost & Syia (coz sponsored semua web-web), Arman dan Aidil. Errr, actually post ni Khai dah tulis 3 hari lepas tapi disebabkan ISP Mykris Asia kat Desaria ni ‘laju’ macam cipan, terpaksa la Khai hold. InsyaAllah, masuk je praktikal nanti, akan ku rembat Maxis Broadband. Mamak, Maxis Broadband satu!! hahaha.

Updated: 12 April 2008 7:20am
Khamis baru-baru ni, Khai pergi interview kat Limkokwing University plak. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Khai diterima internetship this June. Fuh, hampir 2 jam interview tu berlangsung. Abis segala jenis web, coding, web 2.0, dan macam-macam lagi la dia suruh tunjuk kat satu computer. Nampaknya Khai sorang je la melayu yang kerja dalam CCC tu nanti. Semuanya cina maaa tapi diorang best. Friendly abis. Apa yang jadi masalah sekarang, kat Asia Media Khai dah sign contract! What should i do? Uwaa.. Khai lebih prefer untuk bekerja di Limkokwing University dari Asia Media atas bermacam-macam sebab seperti tak jumpa rumah nak sewa kat Pusat Bandar Puchong dan Area Puchong yang ternyata berbahaya kepada 125zr ku.

Posted on 8 April '08 by , under Daily Craps, Istimewa. 36 Comments.