Berakhirnya kehidupan seorang remaja.

Hehe, bukan berakhir sangat pun dunia remaja Khai. Rasanya tak pernah lagi Khai cerita pasal Internship (praktikal atau latihan industri) dalam blog ni. Bukan ape, rasanya setiap student mesti akan rasa bahangnya bila sampai masa nak praktikal. Bukan senang nak siapkan assignment final semester (gila babeng punye susah) dan dalam masa yang sama, nak kena cari company mana nak buat praktikal. Kalau dapat nak kene pergi Interview lagi. Nasib la kalau dekat. Kalau jauh sendiri mau ingat lew.


Untuk Khai, Alhamdulillah coz dah dapat tempat praktikal. Alhamdulillah, dengan satu Interview je dah terus dia call suruh praktikal situ. Actually apply kat Jobstreet je. Hehe. Tak payah susah-susah macam student lain gi merayau jauh-jauh cari company ala-ala manual. Ape punye bengong taknak guna kemudahan internet depan mata. Apply kat Jobstreet la thambey! Duduk atas kerusi je. Tapi tak susah pun kitorang nak cari sebab kalau sebut nama Limkokwing University je, kompem-kompem je diorang terus panggil Interview. Market gila siot nama university ni walhal pada hakikatnya, malas la nak tulis sini.

Khai dapat buat praktikal kat Asia Media Sdn. Bhd. Popular gak company ni (sebab tu Khai apply) dan Khai harap boleh dapat belajar sesuatu yang lebih dari sana. Bos dia cina tapi diorang memang sporting dan best. Adanya amoi-amoi dalam company tu, Khai harap dapatlah diorang tu memeriahkan mataku ini. Haha. Kalau korang tak tahu Asia Media ni company buat ape, apa kata korang cuba naik bas Rapid KL. Then kalau nampak TV dalam bas tu, itulah apa yang Asia Media buat. We’ll buat online advertising dalam bas Rapid KL. Hebat siot buat iklan dalam bas tapi guna internet. Ape teknologi diorang guna, usya website diorang 😛

Elaun yang mereka tawarkan RM1300. Tapi lepas tolak sewa hostel (dalam kawasan university) semua ada la tinggal RM500. Hostel kat dalam Limkokwing ni harga dia mmg murah. Satu bilik RM800. Terbaek kan?!! Alhamdulillah ada lagi RM500 kalau nak compare dengan ramai student kat Limkokwing ni yang dapat bawah RM400. Yang tak dapat langsung elaun pun ramai. Nak buat camana, dah memang kitorang tak berhak pun nak mintak elaun sebenarnya sebab praktikal ni dikira semester 6. Dah selesai praktikal, baru la boleh graduate.

Dari contract 4 bulan yang dah Khai sign, Khai bertanggungjawab dalam semua aspek yang melibatkan 2D & 3D design. Pergh, cam mencabar je. Selain tu Khai gak akan terlibat dengan interior LCD dalam bas Rapid KL tu. Camana nak kasi orang nengok LCD tu tanpa sesaat pun menjeling keluar tingkap. Fuh, jangan terkejut kalau korang nampak satu iklan dalam bas tu mempromo blog JustKhai ni. Tapi masa tu korang pun paham-paham sendiri la yang bontot Khai dah pun ditendang dari tingkat 2 office diorang. Hahahampes!

Lokasi untuk Khai, kat HQ diorang kat Pusat Bandar Puchong. Ala, sebelah dengan Tesco Puchong je. Jalan depan sikit plak, sampai kat IOI Mall. Hurm, Ingat nak cari rumah kat area sana, so kalau korang atau ada member yang nak sewa rumah atau bilik kat situ, tolong’lah hubungi Khai ye. Ingat nak sewa kat Desaria (Limkokwing Hostel) ni je, tapi on the way pergi balik tu sakit sikit la nanti. Bawak Yamaha 125zr plak tu. Errr, kalau motor 125zr ni boleh switch guna air atau petrol, kan ke bagus tu.

Itu tempat praktikal yang dah memang confirm hitam putih, satu lagi kat Limkokwing University. Praktikal kat Creation of Creative Content (CCC). Diorang ni yang bertanggungjawab membangunkan website Limkokwing University yang design smart giler tu dan macam-macam web yang melibatkan kreativiti kat Malaysia ni. Kalau kat situ pun kira OK jugak la. Dengan elaun RM700 dan paling penting, praktikal kat tempat yang dah memang kita familiar dan bukan calang-calang student dapat buat praktikal kat situ. Apepun, still tunggu confirmation dari lecturer Khai sebab dia ni yang bersungguh-sungguh cuba push Khai praktikal kat Limkokwing. Thanks a lot Sir. Tapi bila pikir balik, tak rasa dunia kerja la kalau buat praktikal kat tempat belajar.

Latihan Industri akan bermula 02 June nanti. So harap Khai akan dapat menyesuaikan diri kerana serious, ini pengalaman pertama Khai untuk bekerja. Even just praktikal, tapi kompem la rasa macam dah kerja nanti kan? datang dan balik ikut office hour. Huuu, tu la mak, dulu orang nak kerja cari pengalaman mak tak kasi skang anak mak ni la orang paling cuak taw! hehe. So abis praktikal October dan February 2009, dah graduate. Pergh, lajunya masa berlalu.

Ok korang, thanks coz baca entri ni dan tolong doakan Khai akan berjaya dengan penuh cemerlang. Jangan cakap entri ni langsung takde information Ok? skurang2nye korang dah tahu kan sekarang siapa itu Asia Media Sdn. Bhd dan apa itu Jobstreet? Betul tak?

Pssttt: Thanks a lot kepada semua yang dah menyenangkan interview Khai secara langsung atau tidak langsung. Cgyhost & Syia (coz sponsored semua web-web), Arman dan Aidil. Errr, actually post ni Khai dah tulis 3 hari lepas tapi disebabkan ISP Mykris Asia kat Desaria ni ‘laju’ macam cipan, terpaksa la Khai hold. InsyaAllah, masuk je praktikal nanti, akan ku rembat Maxis Broadband. Mamak, Maxis Broadband satu!! hahaha.

Updated: 12 April 2008 7:20am
Khamis baru-baru ni, Khai pergi interview kat Limkokwing University plak. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Khai diterima internetship this June. Fuh, hampir 2 jam interview tu berlangsung. Abis segala jenis web, coding, web 2.0, dan macam-macam lagi la dia suruh tunjuk kat satu computer. Nampaknya Khai sorang je la melayu yang kerja dalam CCC tu nanti. Semuanya cina maaa tapi diorang best. Friendly abis. Apa yang jadi masalah sekarang, kat Asia Media Khai dah sign contract! What should i do? Uwaa.. Khai lebih prefer untuk bekerja di Limkokwing University dari Asia Media atas bermacam-macam sebab seperti tak jumpa rumah nak sewa kat Pusat Bandar Puchong dan Area Puchong yang ternyata berbahaya kepada 125zr ku.

Ditulis pada 5:11 AM 8 April '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 662 views | Dalam kategori: Daily Craps, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

36 Comments »

Comment by Wizurai
2008-04-08 10:06:22

aku rasa kan… kalau nak bagi org selalu tengok LCD tu, buat iklan yg banyak adegan ‘boom’ atau terkejut ni…
kat bank mana ntah aku pergi aritu, ada gak iklan kat LCD (yg tertera no giliran tu)… memula mls tengok tapi kartun² tu asyik ‘terkejut²’kan kitorang, jadi terpandang jugak LCD tu…

..
Comment by Khai
2008-04-08 12:33:09

wahahaha.. kang ade plak orang yang mati terkejut.. hehehe.. hurm, rasanya ok gak.. tapi ade satu idea yang macam best.. ape kata kita letak tint hitam kat sekeliling bus tu.. biar orang x nampak luar… hehehehhe…

hurm, nengok la nanti.. kalau nak mintak idea pasal bus rapid tu, khai kasitahu kat blog ni.. ok….

..
 
 
Comment by zool
2008-04-08 11:00:46

Selamat berpraktikal.. Semoga berjaya menempuh pengalaman kerja yang mencabar…

..
Comment by Khai
2008-04-08 12:34:11

thanks bro!

..
 
 
Comment by Ashrufzz
2008-04-08 11:08:41

All the best dude!!

..
 
Comment by sallikin@nikillas
2008-04-08 13:04:10

haha… dah praktikal dah engko eh khai…
aku tahun depan baru nak mempraktikalkan diri..
eniway good luck… pasneh bz la engko eh..
ada masa ke nak upd8 blog neh..?? huhu…

..
 
Comment by mr.eims
2008-04-08 15:32:12

Ek..dah prac tu kira dah abes zaman remaja ke?
heheh..nway.. gudlak tu u lah..

..
Comment by khai
2008-04-09 15:47:24

ala bro.. bukan abis ape zaman remaja… cuma bila dah kerja, nak hidup macam kita hidup zaman belum kerja tu, x sama la cam remaja lain.. kira orang cakap, tak remaja la beb.. mana ade masa nak rempit n lepak2 mamak dah.. hahahahaha

..
 
 
Comment by erna
2008-04-08 16:01:32

wei, ko praktikal sem depan ke?? same mcm aku…aku nk ucap gudluck kt diri sendiri cz rmi sngt wish kt ko..ahahhahaha…

ps: tau r Limkokwing , mentang2 aku upm jek..kecik ati den berkata begitu…hoho

..
 
Comment by fiqa
2008-04-08 22:05:20

ade gambar arwah hazwan x?

..
 
Comment by Hamdi
2008-04-08 23:12:27

good luck khai…
bila kita nak minum sesama kat Plaza LUCT??
hehe….

..
 
Comment by nabila
2008-04-08 23:32:01

hallu khai..ahakz..da nak prkatikal da.selamat menjalani praktikal..samelah kite praktikal but start bulan 5…lumayan gak elaun eh..neway gudluck utk kamoo dan juga diri sendiri..daaa…

..
 
Comment by titan
2008-04-09 02:17:10

tahniah. teringat masa aku praktikal kat lombong emas dulu. best woo praktikal ni. macam-macam ada..:)

..
 
Comment by alang khai
2008-04-09 02:30:34

huhuh.. best best.. dapat la merasa air suam kosong ko nnti, bila dh dapat elaun.. hahahha…

Gurau je.. kat mana ko rasa bestt.. gua suppport je dehhhhhh!
Taknk dok umah k cik ke?? huhuhu
**apsal dh lama tak YM? pe pe sms me.. jgn memalu.. sila sila kan laaaa.. heheheeh

..
 
Comment by deennasour
2008-04-09 02:43:31

owh khai, nanti bila dah keje kat asia media tu, tolong kasi buang sikit end tittle iklan filem negara yang ada tulis ‘ihsan RTM’ menci tol..tu pun nak tulis gak ke…

..
 
Comment by zuriaf
2008-04-09 03:55:04

aku memang syorkan kau amek maxis broadband tu sebab skang ni dah stabil sket line dia berbanding dulu…tapi celcom pun still ok gak…

..
 
Comment by eqa & EMI
2008-04-09 06:07:40

WOI JGN LA TOKOK TAMBAH CITA NI CIAN KT ORANG
YANG MENCIPTA LAGU NI …BANYAK SANGAT CITA PASAL LAGU CINTA TIGA SEGI .CITA NI BYAK SANGT LA
X TAU MANA YANG BETUL
SO KEPADA PELIRIK LAGU SEBENA RELAX N SABA YE
CUMA AWAK JE TAU CITA SEBENA K
PISSSSSSS

ATIE_ALANG@YAHOO.COM

..
Comment by hafreze
2008-04-10 01:24:01

ape kes ko lari tajuk nie..sepak laju2 kang..haha..weyh khai..praktikal tue..ehem.ehem..blanje laa aku beb..btw, aku pn dh dpt praktikal kat klcc, petronas..tingkat 22..hehehe..sng2 dtg ler..

..
Comment by Khai
2008-04-12 09:06:58

haha.. dia salah tempat komen tu.. takpe2, dimaafkan..

wah, ko kat KLCC ek.. cari la akak aku.. dia kerja kat situ gak.. kenal akak aku kan? usya top friend kat myspes…

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by asdar_saifullah
2008-04-09 13:21:22

slamat berpraktikal bro…………….hope you’re enjoy your 6 month time!!!

p/s: jgn lpe lak update blog n scukz!!!

..
 
Comment by hafifi
2008-04-09 14:25:27

dah bley kawin la tu..

..
 
Comment by nazreen
2008-04-09 23:07:58

slmt berpraktikal..
sib baik dpt elaun ye khai..kalo x, masak nk ulang alik
iklan kat train by khai..tunggu je la ek

..
 
Comment by nazri
2008-04-10 05:38:54

tahniah khai sbb dah praktikel kat compeni yang
bagus… duduk mne pucong ke?

aku pn duduk pucong gk, kat putra perdana.

elaun rm700 banyak tu… huhhu aku dulu elaun rm300 je tu pun kat area wangsa maju. selamat berpraktikel dan selamat menghabiskan praktikel… :p

tq…

..
Comment by Khai
2008-04-12 09:14:45

hahaha, Putra Perdana? Khai selalu gi sana basuh motor then makan kat Mamak asrin tuh.. hihihi..

ala bro, takkan tak tahu Desaria Villa COndominium kot? kat pulau meranti.. khai stay situ la skang…

nanti praktikal ingat nak stay desaria jugak sbb cari rumah kat area bandar puchong pun tak jumpe.. hampeh!…

sesenang meh le lepak kat mamak amin maju.. hehehe..

..
 
 
Comment by azmie
2008-04-10 08:06:07

dah praktikal yer…good luck ler kat tempat keje tu…harap2 lepas ni dpt kerja permanent kat situ la yer…:P

ps: dah start meningkat dewasa bila melangkah ker “U”. remaja ni tang sekolah ajer…hehe

..
 
Comment by khairilz
2008-04-10 23:42:08

khai,
aku amik link mp3 di blog emp3 tu and letak kat blog aku..
harap ko benarkan..kalau tak bagi, aku akan remove..

..
 
Comment by gie
2008-04-11 02:03:08

good luck khai….cepatnyer ko dah nak grad….

..
 
Comment by starwalker
2008-04-11 11:19:36

all the best khai !

..
 
Comment by aidil
2008-04-11 13:48:21

samat bejaye 😀
aku doakan semua kejayaan kwn2 aku.
anyway feel free to lepak-ing at mamak/mek.
akhir kata…kau ade rm2000?
jom masuk luxor!hahhahaaha

..
 
Comment by ecahkoop
2008-04-11 15:55:16

slmt berpraktikal…
naik bas rapid…de gak tgok lcd tu
x abis2 muke karen kong..huhu!!

“hello kitty tlg aku”

kwang3x!!

..
 
Comment by maeng129
2008-04-12 04:41:14

huhu.. khai maxis broadband laju ke??

..
 
Comment by Khai
2008-04-12 11:41:00

Updated: 12 April 2008 7:20am
Khamis baru-baru ni, Khai pergi interview kat Limkokwing University plak. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Khai diterima internetship this June. Fuh, hampir 2 jam interview tu berlangsung. Abis segala jenis web, coding, web 2.0, dan macam-macam lagi la dia suruh tunjuk kat satu computer. Nampaknya Khai sorang je la melayu yang kerja dalam CCC tu nanti. Semuanya cina maaa tapi diorang best. Friendly abis. Apa yang jadi masalah sekarang, kat Asia Media Khai dah sign contract! What should i do? Uwaa.. Khai lebih prefer untuk bekerja di Limkokwing University dari Asia Media atas bermacam-macam sebab seperti tak jumpa rumah nak sewa kat Pusat Bandar Puchong dan Area Puchong yang ternyata berbahaya kepada 125zr ku.

..
Comment by deennasour
2008-04-14 18:25:24

kat puchong…..
deen mcm ada jerk kwn dok situ…sat g respon~

..
 
 
Comment by aj
2008-04-12 15:44:06

Congratulation.

..
 
Comment by azleah
2008-04-12 22:10:58

wooooo best tu nak grad dah
aku ni ada lg 1 sem nak masuk degree huhu
lmbt siot cam kura2

..
 
Comment by flip2darkslide
2008-04-16 16:41:23

congrats la dpt praktikal.huhu.duluw aku praktikal kat area2 tu jugak..selangkah ke alam baru.congrats bro..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post