Cerita Dubai: Kenapa aku nak sangat ke Dubai
Dulu Dubai orang pandang sebelah mata je. Sekarang, mahu terbeliak mata dibuatnya.Kalau korang pembaca baru di Justkhai, korang mesti belum pernah baca entri Khai yang dulu mengenai Dubai. Well, lihat je perkembangan drastik diorang lakukan hingga 2005.
Drastik sangat kan? Hurm, ni ada beberapa gambar yang Khai ambil dari Forums Scukz. Korang pasti tepersona dengan keindahan Dubai Hospital dan juga Dubai Mall. Simply Amazing.
Dubai Hospital
Ni hospital ke hotel daa? Ramai la yang saje nak buat-buat sakit lepas ni. Dapat duduk hospital setaraf hotel 7 bintang. Hehehe. Jangan tak tahu kat Dubai je ada hotel 7 Bintang. Ni ha..
The Dubai Mall
Rupanya kat sana pun saling tak tumpah macam di Malaysia. Ada juga yang tak bertudung ye kat sana? Malaysia still boleh diterima la sebab kita hidup dalam negara berbilang bangsa kan? I mean, senang nampak perempuan tak bertudung macam amoi, nyonya dan minachi ramai kat sini. Yang Muslim tak bertudung tu no komen. Untuk berfikiran positif, anggap sahaja mereka yang ada di Dubai tu adalah pelancong. Tapi ada satu yang susah nak nampak kat Malaysia. Tahu ape? Tu pakcik-pakcik pakai serban masuk shoping mall. Muahaha!
Burj Dubai
Masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada sepenuhnya pada Septermber 2009. Tapi pada 26 September 2008 lepas, ketinggian Burj Dubai dah mencapai 707 Meter terus meninggalkan kesemua senarai bangunan tertinggi di dunia. Setakat KLCC (452 Meter) tu, diorang pandang sebelah mata jer. Silap-silap takde mata langsung. Cis! Ada lagi hampir setahun masa diorang nak siapkan. Tunggu dan lihat je lah setinggi mana nanti. Jangan leh buat jambatan nak pergi Bulan sudah ๐
Ini gambar terkini Burj Dubai: klik sini sayang (sape jantan takyah klik. Haha)
Palm Island
Khai pernah menulis mengenai ni suatu ketika dulu dengan title, Dubai, UAE. Ianya dijangka siap pada Disember 2008. Mean dah siap la pun ye tak sekarang ni. Salah satu pulau yang wajib pergi kalau ke Dubai. Mungkin Khai perlu tanya Encik Ispandi yang ke Dubai baru-baru ni. Cik Ispandi tu, ex lecturer Khai masa di Limkokwing dulu. Dia skang dah kat Kolej Lagenda kot. President dengar cerita. Kool. Hehehe.
Khai tertanya-tanya, dalam usaha mereka ni menambahkan lagi tanda-tanda akan tibanya hari kiamat, sedarkah mereka yang berapa banyak lagi negara Islam memerlukan bantuan. Atau diorang ni dah khayal hidup dalam dunia mereka sendiri yang ternyata, siapa mereka hari ni adalah datang dari hasil bumi Tuhan.
Psstt: Oh! Tidak buat masa ni diupdate hari-hari dalam kitaran jam 12 malam hingga 1 pagi. Oh! Cun pula sampai skang masih tak release-release. Khai kekeringan idea sebenarnya bahkan mungkin juga tak cukup tangan. Tapi insyaAllah akan release dalam masa terdekat. Oh! Artis pula sampai hari ni masih aktif walau agak lama Khai tak update. Siapa yang berminat nak jadi writer atau admin kat Oh! Artis, sila YM Khai. Bila korang dah jadi admin kat situ, its all yours!! Nak letak ads korang pun, letak lah.. Aiman tak kesah!
Dekat arab memang camtu dude, cuma negara2 seperti Iran, Iraq, Yemen je semua penduduk perempuan pakai tudung purdah semua, Kat lain2 yg dah maju kalah kita beb ๐
haha.. kat arab memang lorh org pakai serban.. hehe.. aku pna skali je nampak org pakai jubah ngan serban kat petrosains dlu.. haha..
kire menara diorg dua kali ganda kitanye menara r?
dubai nya development mmg xbole blah…depa dah tau yang minyak depa akan kering one day…so backup plan depa bnda2 ni semua r…luxury tourism…skali melancong mau berjuta2 habih!!!btw,yang pasal burj dubai tu…ad gambar yg dicapture dari puncak…siap bole nampak yang bumi tu bulat…gayat siot!!!…**my 1st comment here
wow!! serious? pergh!!!
kalo nak bunuh diri terjun dr puncak tu..smpi bawah mesti tulang pun dah tgl serpih2 jer..xpun hilg terus
betapa kayap nye goverment dubai ni..
tapi Malaysia tetap best..
dubai palm island tuh dh lama siap rasanya…yg diorang tgh siapkan skang ni dubai palm island 2..lg besar dr yg asal n the world..ko leh view kat google map….lg satu…beckham pon ada beli umah kt palm island tuh…hehe
thanks bro.. dah usya ikut Google Earth.. memang betul daa.. diorang buat satu lagi yang besar skit dari yg lama..
Dua2 nama lebih kurang sama.. so terkeliru.. neway thanks coz alert Khai..
Psstt: Beckham? sape tu? hahaha. sian mamat ni.. dah habes saham..
Mewah dude, tapi saudara kat Palestin tak tahu mereka ni ingat ke tak
ingat kot… harap diorang tu tak la leka dalam dunia kemewahan mereka sendiri…
dubai memang gempak giler…sampai aku tak sanggup tengok projek2 diorang yang bakal siap nanti.
Nampaknye semua orang bercita2 nak pegi sane =)
lepas ni semua serbu Dubai ntuk honeymoon.. hehehe
bersykurlah seadanya.. hu hu
kalau ko tgk the world tuh lg mantap..diorang nak wat macam bumi…tp ada pulau2….kalau ko tgk dari google maps..memang sebijik nampak cam dalam atlas..so diorang jual ikut pulau…bukan ikut lot kat palm island..kalau ko tgk dokumentari pasal pembinaan palm island tuh..mmg respect la…smp pasir pon diorang sanggup import jejauh padahal dubai tuh cam takde pasir jer..hehe
aku pun nak gi sana gak la. hehe ๐
kumpul duit g haji lagi best kehkehkeh.. jom g haji!!
hello khai .. lama tak jumpe .. huhuhuhuhuuhh! bila nak outin sama2 nie??? heheheheh!
ermmm…dari mana depa dapat duit erk…
gila kentang!
mak! saya nak gi dubai!
wow!
terpesona dan terpegun.
eyh,jom ah.
kita g dubai.
cepat g packing brg.
haha!
wowowow..gilos..
ade member redpeanut kompang satu jb kate nk g dubai tp hampehh..
kompang jek lebey.. bile mintak bukti..jgn kate gambo…
tiket pun tarak… akuq menci org camtuh… haikk tuiihh $%#@#$
mimpi nak gi dubai ker khai..? hoho
Tunggu Airasia-X buat tambang murah ke DUbai…
wow, beshnye…
nnti da kaye, nk pi dubai la.. huhuhu….
for long term purpose, i think they know how to make money.
ada sebab diorang wat macam tu. Tapi itu hak diorang la..apapun, dubai salah satu tempat yg aku nak pegi bila aku start travel aku nanti. Salah satu cita-cita to be aku..
aku kurang berkenan ngn Dubai ni
bkn apa, mmg ekonomi dorang bagus
tapi tgk la..
berjiran dengan negara Islam lain yang ditindas barat, apa salahnya gunakan kewangan dorang tu untuk tolong sesama Islam..
Jiran menderita sementara kita dalam kemewahan
lawa2… tapi masih takde lagi negara boleh lawan Menara BERKEMBAR Petronas kita..
Dorg buat 1 menara je, kite 2 menara skali.. ๐
Menara Berkembar Tertinggi DiDunia
kalo gabungkan dua2 menara kita
sure kita plg tggi kan? hehehe
assalamualaikum..bro khai
Khai macam mane aku nak apply jadi writer untuk oh artis..?
MASIH TERBUKA LAGI KER?
Dubai boleh tahan la..but i suggest you look up for Abu Dhabi, the capital city of UAE. Lagi cantik and organized dari Dubai. Kat Dubai / Abu Dhabi lebih ramai expats dari local, tu yang ramai tak pakai tudung. Kat Dubai ramai mat2 dari India and Pakistan.. silap silap Khai tak tau pun you are kat tanah arab. Another suggestion – do look up for Global Village. Happening jugak tu, open only one month in a year – normally December. Another place is Ibn Batutta Mall. tak happening sangat but the structure is good and interesting. This year, Global Village bukak until February dengarnya..
gila bapak la spital dia..hahhaa..kalah umah pak menteri dowh..ekekekekeke
khai xnak wat rombongan gi dubai ke
moh la kita ramai2 gi sana ๐
Eh abg2 sekalian…
perasan x ada bentuk salib di depan bangunan al-burj tu…
yang restoran terapung tu melintang pastu bgunan tu tegak la…
betul ka apa yang aku tgk ni?
perghhh…nk p sanaaa 8)
OMG!!!!!!!!
Aku nak keje kat saner!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Aku nk gi dubai.. tp bile dgr ayat last sekali tu aku jd terpikir.. ye x ye jgk kan..dubai ni da giler agaknye.. tp aku pernah dgr temu bual salah seorang menteri disana..x silap aku menteri hasil minyak kot..die ckp mcm ni.. “Kami rancak menggandekan usaha pembangunan ketahap maksimum kerane kami sudah memikirkan bahawe ini adalah langkah bijak sebelum kami kehabisan minyak krn Mnyak adalah pendapatan utama kami.. jike pembangunan ini di percepatkan..sektor perlancungan akan membantu ekonomi negare ketike minyak benar2 hbis kelak”.. lebih kurang mcm tu ayat die.. aku ingat2 lupe..
Dubai memang best….
Fuhhh! mmg gempak la Dubai ni…tgk hospital dia..aku kalau x sakit pun, sengaja nk cr sakitla camni…tang the palm Island tu..aku terfikir gak..kalau tsunami dtg, cmne agaknye….tu lah..kalau duit da bnyk..mcm2 bende pelik nk d watnye… :oups:
salama’alaik.
nak tanya, entry2 about Dubai ni, Khai ada post kat mana? I mean, ada x bahagian khas untuk topik Dubai ni ja? Menarik la..
[Faham x?]
hi filzah. u boleh search “dubai” kat ruangan search justkhai ni..
dubai mmg best.klu x caya korang gi skali,pasti nak gi lg.aku pernah keje kat sana selama 6 bln wat prjk dubai mall tahun 2005.wlupun kejap tp byk kenangan yg menarik.antara tmpt menarik yg aku lawati spt ibnu batuta mall, heritage village, hotel burj dubai, pantai jumeirah & tg paling best bg aku ialah desert tour dimana kita akan dibawa merentasi padang pasir yg berbukit-bukit ala-ala rally la.naik bukit turun bukit…gayat gak aa..,naik bot sepanjang sungai (lupa nama) kat tgh2 bandar dubai.
cuma makan je problem skit.ye la mana nak jumpa yg cam m’sia te tak.bleh kata hari2 kari,beriyani & roti porata(cam roti canai le).sbb kebykan restoran dimiliki oleh org India & Pakistan.ada 1 restoran m’sia tp harganya almaklum mahalnya.bayangakan la semangkuk tomyam hargamya dhm 25.00(rm25).
eemm klu nak cite psl Dubai 7 hari 7 mlm x abis.aku teringin nak gi sana lg.dpt tawaran keje kat sana tp terpaksa tolak coz dah kahwin & anak masih kecil.
owh.abu dhabi n dubai lain ek?huhu..ingat same..
nak search la pahni..
hotel nie gler dasyat….hotel BURJ AL ARAB..kat restorant dia mcm2 jns masakan ada..tp yg uniknya klu kita nak sesuatu yg xdak kat ctu depa blh tlg crkan..tp kena sediakan duit la..cthnya klu kita nak rendang tok..depa cari smpai jmpa..ada satu story nie..sorang mamat saleh nie tgh mkn..mkn apa xtau la..lupa dah..cthnya chicken chop..tp sosnya dia xmau sos kat ctu..dia nak soso buatan ayah dia..so pihak hotel tu call lah tmpt tggl ayah mamat tu..pastu depa pi ambk ngan helikopter…gler stai..hrp2 dpt krj kat restorant tu..warghh..berangan gtu..hu3… :aie: