Bukan mudah menjadi seorang Blogger

Tik Tok Tik Tok Tik Tok…. masa terus berjalan..

Dengan hensemnya masa terus meninggalkan kenangan yang lalu. Sekaligus tanpa disedari, meng’iktiraf Khai sebagai seorang blogger Malaysia sejati. Blogger yang tidak kenal penat menulis sesuatu buat sesuatu. Menulis dan terus menulis selagi kedua belah tangan kurniaan ilahi ini masih terus berfungsi dengan baik. Alhamdulillah.


Dan ini entri blog Justkhai yang ke-400. Melalui stat dashboard di atas, boleh dikatakan blog ini berfungsi dengan sangat baik. Register user terkumpul sebanyak 986 orang dan menerima kunjungan lebih dari 4000 manusia seluruh dunia setiap hari. Saat ini blog ini beraksi di tangga 179,473 website paling popular di dunia. Note, Ini blog berbahasa Melayu dan bukannya blog artis seperti Oh! Artis yang kini berada di tangga 99,365 menurut Alexa.

Blog dan Khai boleh diibaratkan bagai nyawa dengan badan. Tanpa blog, malam menemaniku. Sepi memelukku. Malam jangan biar siang. Biar alam ini kelam. Biar ia sepi, sepertiku! Hahaha! Apejadah masuk puisi sepi pulak ni.

Kawan-kawan, akak-akak, abang-abang dan sahabat-sahabat’ku. Semua orang mampu menyebut “blog” dengan mudah. Semua orang juga mampu membina blog dengan mudah melalui Blogspot. Tapi bukan mudah menjadi seorang blogger sejati. Tahukah anda, beribu-ribu rakyat Malaysia diluar sana setiap hari mendengar perkataan blog. Setiap hari mereka membaca blog dan setiap saat mereka berfikir tentang blog. Malangnya, mereka tidak tahu dari mana patut bermula. Jika anda telah mempunyai blog biarpun hanya seorang dua yang baca, berikan tepuk’kan untuk diri sendiri. Anda berada di dalam golongan elit yang amat low profile. Fikir-fikirkan mengapa.

Bagi Khai sendiri, menjadikan blog sebagai hobi. Dari hobi berkembang sebagai pendapatan tambahan. Kehidupan Khai adalah tidak normal berbanding remaja lain. Menghabiskan 3 ke 4 jam untuk tidur dan selebihnya berdepan dengan kehidupan yang penuh pancaroba setiap hari. Lebih 90% dari masa berjaga dihabiskan di internet. Masa tidur bagi manusia tidak normal sepertiku, hanya mengantuk selepas 6 pagi ketika ramai dari rakyat Malaysia bergerak ketempat kerja masing-masing atau mungkin sedang berdengkur di katil yang empuk penuh air liur basi.

Khai bukan sapa-sapa dan janganlah ada antara korang yang menjadikan Khai idola kerana bukan mudah menjadi manusia yang cara hidupnya tidak normal sepertiku.

Sedikit tips untuk menjadi seorang blogger sejati:

1. Jadikan diri sendiri pembaca di blog sendiri. Jika anda pandai komen dalam hati mengenai blog orang lain yang tidak kena ini dan itu, cuba jadi pelawat dan pembaca blog sendiri. Pasti banyak yang harus ditukar. Ini tersangat lah penting.

2. Apa yang terlintas di fikiran, jadikannya sebuah entri. Rajin-rajin amik tahu isu terbaru. Rajin-rajin juga mambaca blog orang lain dan tinggalkan komen. So diorang mesti akan datang ke blog korang. Jangan syok sendiri dan mengharap beribu orang akan datang ke blog korang melalui Google Search. Oh ya, Jangan sesekali copy paste artikel dari blog lain kerana anda adalah blogger bangang jika melakukan perbuatan terkutuk itu. Masih ingat disekolah cikgu pernah ajar bagaimana nak buat karangan kan? So kat mana lagi korang nak apply kalau bukan di blog? Dari point yang sikit, google di internet dan jadikannya sebuah entri yang superb. Tapi ingat, jangan la buat entri skema sangat bila ber’blog. Ramai yang lebih selesa bila baca blog yang sempoi. Blog korang bukanlah akhbar online.

3. Perenggan, perenggan dan perenggan. Orang putih panggil paragraph. Kat sekolah dulu pun cikgu bising kalau buat karangan takde perenggan. Ini penting untuk tidak menyakitkan mata manusia yang masuk ke blog korang. Jangan ego seperti Zed Zaidi yang tidak menerima teguran pembaca dengan alasan, ini blog aku, aku punya pasal’lah nak tulis macam mana pun!!. Nasihat buat Zed Zaidi, kalau macam tu nasihat ikhlas aku, tulis saja artikel di notepad dan baca sendiri!!

4. Selitkan entri dengan satu dua gambar yang berkenaan. Kalau tak berkenaan pun, tampal tulisan yang membuatkan gambar tersebut berkenaan dengan entri. Ini masanya Photoshop jadi penyelamat. Bermainlah dengan Photoshop kerana Photoshop boleh dikatakan sebagai salah satu miracle yang pernah wujud di atas muka bumi ini. Amalkan gambar yang bersaiz mengikut kelebaran content. Kalau gambar tu terlebih besar atau terkecil sikit, gunakan width=”100%” di sebelah src code html gambar tersebut. Kan lebih kemas?

5. Rujuk semula point No 1 dalam artikel ni. Jika korang faham point tersebut, pasti korang akan mengelakkan artikel yang tulisannya bewarna-warni. Korang rasa menarik dan comel tapi bagi majoriti yang membaca, seakan-akan bullshit! Ditambah pula dengan video atau audio yang autoplay. Come on, semua orang ada lagu kegemaran dalam PC masing-masing. Dan bukannya semua lagu kegemaran kita, sama dengan kegemaran mereka. So jangan syok sendiri. Biarkan diorang play sendiri kalau diorang nak. Point di sini, jangan paksa pembaca.

6. Entah, cukuplah lima. Jam dah menunjukkan 6:05 pagi. Bermakna masa tidur Khai dah pun sampai. Memang betul-betul spoil entri ni. Baru nak list’kan sampai 10 tadi. Hahahaha!!

So kawan-kawan semua, ayuh hangat’kan dunia blog di Malaysia. Tanpa korang semua siapalah Malaysia ni. Tak semestinya korang perlu memanjat Gunung Everest, mengelilingi dunia dengan kapal layar, merentas kutub utara mahupun pergi ke Bulan untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Dengan blog juga, akan memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Dengan blog dunia akan nampak kita celik IT. Ya hanya kerana blog.

Errr, entri di blog korang dah berapa pulak? Hehehe.

p/s: Ha, kat atas ni satu lagi point. So kita letak No 7. Akhiri entri korang dengan pertanyaan. So pembaca akan cuba menjawab soalan korang tu dibahagian komen. Ini membuatkan blog korang lebih happening. Korang ada rasa tak macam nak letak komen kat entri ni? Haa, kan dah cakap.

Note: Screenshot, web ranking dan sesetengah maklumat di atas hanya setakat hari ini (2009/05/31) dan ianya akan meningkat dan terus meningkat dari masa ke semasa.

Ditulis pada 6:15 AM 31 May '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,174 views | Dalam kategori: Blog, Tutorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

112 Comments »

Comment by pear
2009-05-31 06:38:08

bagus tips ni, tanks for sharing..aku rasa ko leh dapat award best blogger of the year huhuhu..(best gak buat idea nie) aku ada soalan skit..masa skool dulu ko nie memang minat menulis ke?Cikgu ko mesti bangga…huhuhu 8) 8)

..
Comment by Khai
2009-05-31 06:41:55

Siapa yang blog untuk award & pujian, macam bukan blogger sejati je.. hahaa.. award2 ni dapat dilihat menjadi kegilaan blogger di blogspot. Main passing-passing award.. which is so sweet but.. nothing at the same way..

p/s: aku A1 BM bro time SPM 2005.. Hahaha!! Tapi sekarang boleh diketegorikan sebagai insan yg memasarkan bahasa.. lol :bloody:

Ko bayangkan semua blog kat Malaysia ni bila dibaca dah macam baca surat khabar daa.. bosan nye lah! :((

..
Comment by ketuk_angel
2009-06-01 00:38:51

hehe… bukan surat khabar bro… tp buku text skola rendah… ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by akmal
2010-03-07 17:07:11

ak bru start berblogging..ak de gak cdang nk pkai blogspot,tp dah ko lak ckp JGN!..hehe..so , ak try wordpress.. tp lom wat domain sndri lg r.. 8)

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by PEMBEBEL SEKSI
2009-05-31 13:27:23

satu tips yang bagus 8) 8)

..
 
 
Comment by Khai
2009-05-31 06:38:55

Oh ye lupa.. bila dah ada blog, rajin2lah update.. baru orang selalu masuk.. Masuk sekali takde update.. masuk dua kali takde update gak.. masuk yg tiga kali, tu la kali terakhir orang masuk blog korang..

Apa yang lebih sejati, research baik2 before sebarkan maklumat.. Kalau2 salah, takde ke minta penampar tu. Di justkhai ni, sebarang artikel bermaklumat (yg bukan personal) selalu saja didahulukan dengan google dan wikipedia, baru artikel ditulis..

Kalau ada satu dua yang salah tu, normal lah. Ada maklumat yang akan berubah mengikut peredaran waktu.. contoh kalau ada blog yang cakap harga gula RM1 sekilo, seminggu dua lepas tu, mungkin akan naik RM1.20 sekilo.. dan artikel di blog tersebut akan sentiasa RM1 sampai bila-bila.. ๐Ÿ˜€

..
Comment by ketuk_angel
2009-06-01 00:54:37

psssst bro… bleh x ko bagi aku plugin tu?hehehe kalau lah ia sejenis plugin..

..
 
Comment by Kill-Vearn
2009-06-02 07:38:54

khai tak masok blog aku.. isk3… =(

..
 
Comment by Zaiton
2010-03-09 01:06:51

Saya cukup rasa bertuah dapat jumpa blog ini. Saya baru je start create blog sendiri tp bukan guna wordpress, sekdar guna blogpsot, harap satu hari dapat tukar. Blogspot saya ni belum dilawati oleh sesapa dan blog saya mmglah nampak kelakar. Main taram je. Info yang diberikan oleh khai amatlah berguna untuk org baru mcm saya.

..
 
 
Comment by Hamdi
2009-05-31 07:17:03

hahaha
khai khai
5 je ke?
bagi la extra skit
hehehe ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-05-31 20:44:20

sah la ko kene masuk skolah blajar mengira balik la hamdi.. hehehe..

lingkopwang sihat? :((

..
 
 
Comment by sir_aniep
2009-05-31 07:23:29

Bukan semua suka blog khai … ngko tau kan kes aku ! nasib baik tak kena ban ! hahaha betullah cakap pepatah … tulisan tu lebih tajam daripada pedang.

Apa pun aku berblog dengan nawaitu yang baik bantu mereka mengenali IT … cikgu sekolahlah terutamanya.

Aku terkejut budak tahun 3 tanya wife aku … cikgu kenal tak twitter, tag, facebook, friendster, YM huh nasib baik my wife rajin jugak dok tengok aku buat apa … (takut aku buka cawangan ler tu hehehe) ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-05-31 20:45:49

Tahu… hurm, entahlah.. selalu niat kita baik, mmg banyak yg menghalang bro.. semacam karma je dah.. so byk2 la bersabar.. anggap je la hidup ni macam aye on malaysia. hehehe..

p/s: anak saudara aku 5 tahun dah main facebook ๐Ÿ˜Ž

..
 
 
Comment by hazwan
2009-05-31 08:54:33

tq khai..
tips yg bagus..

..
 
Comment by KhairiL's
2009-05-31 09:02:19

akan ku amal kan tips2 ni
tp yg no. 4 tu lemah skit
hohoho ๐Ÿ˜‰

khai, bila nk bt part 2 plk ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-05-31 20:47:09

jgn lemah2.. try dulu.. part 2 dalam entri akan datang kot.. maybe la.. ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by Akmal Hisyam
2009-05-31 09:23:51

pergh..
bagus r tips2 ni..
kena amalkan nih..
bkn slalu blogger otai bg tips.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by najwa
2009-05-31 09:25:53

wow
tips yang bagos..
patotla blog ni pemes eh?
aa..yg part jgn gune bahasa skema tu maybe aku x brape stuju. bagi aku la…
sbb aku mengikuti sekelompok manusia yang memartabatkan penggunaan bahasa baku dalam blog.hehe. ni sume pengaruh fynn jamal ngan zahiril adzim.
tp kadang2 aku cmpur ngan english. so maybe tade la bosan sgt kot.
but anyway ur blog is kool ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-05-31 21:10:50

Hi Najwa…

yup.. terpulang pada pendirian masing2 sebenarnya.. Tak guna bahasa baku untuk blog, tak bermakna tak cintakan bangsa dan bahasa.. ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by Afiq Danial
2009-05-31 09:35:01

aku pun pernah keluarkan entri mcm ni gak. ‘Blogger, kerja gila?’ Sebab ramai sgt yg tanya kenapa aku suka mem Blog, mengadap laptop berjam2. Ada yg cakap nak cari publisiti murahan, shiok sendiri dan mcm2 lg lah tomahan dari kawan2. Tp aku tetap memBlog kerana aku yakin satu hari nanti aku akan jadi mcm kau gak khai! Blogger malaysia terkenal. Ape2 pun, untuk kau Khai, Tahniah..

entri aku ckp td http://permata-merah.blogspot.com/2009/05/blogger-kerja-gila.html

so Khai, teruskan usaha anda memblog. Walau pun sampai kau berAnak 3 nanti.

..
Comment by Khai
2009-05-31 21:13:36

Ko cakap ngan diorang.. ok lagi la berblog berjam2… dari macam diorang duk melayan myspace, facebook, frenster, tagged dan macam2 yg lain lagi nyata tak memberi apa2 pulangan.. hehee ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by ubey
2009-05-31 09:46:37

huhu. lagi satu rajin buat backup. tgk cm aku. skrg kosong tiada apa2. kosong. sedeyy

..
Comment by ain
2009-05-31 19:16:47

agreed!! penah terpikir gak kalo ape2 jadi kat server blog tu ke.
tak ke haru kalo tak wat back-up en ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Khai
2009-05-31 21:14:40

Kelebihan wordpress, ada plugin auto backup.. nak sehari 2 kali pon boleh.. direct hantar ke email.. so in case, takde yg menangis.. hehee

Ini satu lagi jgn terlepas pandang.. backup backup backup!! hehehe :8

..
 
 
Comment by lazaac
2009-05-31 10:01:45

6.05 pagi…? bermaksud sudah tiba waktu khai solat subuh tu… hikhikhik…. :choler:

..
 
Comment by pjan
2009-05-31 10:23:17

hehehe weii khai ko tido kul 6.05 pagi..ko x subuh ke..hahaha..
apapun bagus sebab ko selalu syer info dengan kengkawan lain..

..
Comment by Khai
2009-05-31 21:16:02

masa entri tu habis kul 6:05.. then reply komen-komen yg terawal kat atas tu, 6:30… then pepaham la..

Tido kul 7. :8

..
Comment by pjan
2009-06-04 11:33:14

hahaha…mcm2 la ko khai ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Eriyza
2009-05-31 10:24:26

Wah, Khai peturunkan ilmu.
Thanx Khai. :8

ps : Dah lama gak berblog sampai
slalu pk nak tutup jer blog. Herm! :choler:

..
Comment by Khai
2009-05-31 21:18:26

Tutup blog adalah bukan satu pilihan yang baik.. ramai blogger yg tutup blog dan terus hilangkan blog2 yang dah terisi dengan macam2 ilmu..

Nak berhenti blog boleh..tapi why note biarkan je entri2 yang dah sedia ada tu.. Mesti ramai yg dapat manfaat’nye..

Tak gitu kak Eriyza? hehehe :[

..
 
 
Comment by Anarm
2009-05-31 11:10:58

ilmu yang sgt mahal nih.. thanks bro khai.. :8

..
Comment by Khai
2009-05-31 21:18:47

Ilmu Allah bro… kahkah! :o:

..
Comment by ketuk_angel
2009-11-06 19:31:50

Ilmu allah nih kalau dikongsi makin bertambah… tp kalo kedekut bukan sahaja bekurang malah sesak dan semak dalam kepala nihhh huhu =(

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Azah
2009-05-31 11:14:19

bangganya jd khai…

๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Fatin Pauzi
2009-05-31 13:25:38

Ko seorang blogger yang tegar Khai. ๐Ÿ˜Ž

..
 
Comment by oDiN
2009-05-31 13:41:13

jgn blog utk jadi feymes atau giler glemer
huhu

aku masih blog utk buat catatan hidup .
dah terbayang nanti time aku tua .. aku bace sumer archive blog aku .. habislah cucu2x aku kutuk aku sebab tau sumer sejarah atok diorang .. ahahhaa

..
Comment by Khai
2009-05-31 21:19:38

Blogging dengan ikhlas.. populariti tu akan datang sendiri… percayalah.. :8

..
Comment by Taufik SM
2009-06-01 15:44:35

betul3 … ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by akuazwan
2009-05-31 14:14:22

ilmu yang baik untuk diamalkan oleh aku ni, bagus la khai. keep it up with good artikel macam ni. boleh aku curik ilmu ko sikit2
bila ko turunkan ilmu macam ni, sikit ko dapat pahala tau. sbb perkongsian ilmu adalah baik kerana dapat menjadikan orang lain baik

..
Comment by Khai
2009-05-31 21:20:50

Ala bro.. aku pon study dari pengalaman.. takde sapa pon ajar.. Orang kata, nak buat something kene ikhlas.. dengan ikhlas tu, aku rasa macam best je.. dan ini satu lagi entri ikhlas dari aku.. :p

..
 
 
Comment by Roslan
2009-05-31 17:30:31

nice tips khai..seronok jugak baca..em khai ni mmg inspirasi aku la dalam blog ni..n thnx khai sbb kasi diskaun di fivio..tanpa khai aku takkan berblogger..sape nak kutuk khai kutuk la..tp korang tgk diri korang dulu sblm kutuk org ye..keep it up bro..aku jugak dah byk promote kat member2 aku pasal blog ko dan diorang pun suke. ๐Ÿ™‚

p/s=khai ada soklan..yg tag dan blog2 award..auto play sound aku mmg x suke la..awal2 macam suka..tp rase cam bkn blog la wat camtu kan? bek men tom tom bak je kalo camtu..apa pendapat khai pasal tag?? :((

..
Comment by Khai
2009-05-31 21:24:58

Untuk yang tak tahu, berikan nama coupon “justkhai” di fivio.com dan korang akan dapat diskaun 30% mana2 hosting..

Begitu juga dengan coupon “ohmedia10” di serverfreak.com, korang akan dapat diskaun 10% mana2 hosting..

Terbaik dari ladang! hahaha..

Roslan, bukan x boleh buat semua tu.. macam autoplay tu, kalau x buat autoplay, blog tetap blog.. biar orang play sendiri..

Bayangkan bila ko ngah layan lagu feeling paling best dalam laptop, then masuk blog orang lain, keluar tiba2 lagu yang entah dari mana.. ko pon pening mana nak cari.. last2 ko close je blog tersebut.. nyata, merugikan blog tu sendiri..

yang tag semua tu, Khai tak cakap pun tak boleh.. x sentuh langsung pon.. tag tu mmg bagus.. tapi jgn buat selalu kot.. skali skala boleh kalau betul2 kering idea nak berblog..

..
 
 
Comment by acadterror
2009-05-31 17:30:37

thanks khai, aku seorang newbiw. moge2 bermanfaat ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Apisz
2009-05-31 18:10:14

Khai, nak tambah sikit.

-TuLiS enTRI dENGan TulISan MaCAm Ni TaK cOOL bETul kaN?.

-Lepas tu, tulis kejap besar kejap kecik(font size)

Dan kalau boleh kawan-kawan, tulislah dengan perkataan yang penuh.

Tk yah la nk sgktkan prkataan jd cmni. Hal ini untuk kebaikan blog korang jugak kan?

Sebagai contoh :

Orang akan google dengan menaip ‘tips-tips kuruskan lemak badan’ – bukannya ‘tips2 krskan lmk bdn’.

Ye tak? ๐Ÿ˜‰

..
Comment by Khai
2009-05-31 21:27:36

point yg best.. hehe. betul tu…. pelik ada gak manusia yg rajin tulis kejap kecik kejap besar.. contoh terbaik azwan ali..

pasal singkatan tu, lagi la pelik.. nak tekan keyboard pon malas.. mesti taip lembap tu.. hehe.. kalau blogging guna handphone, takpe lah jugak..

..
 
 
Comment by ain
2009-05-31 19:14:03

lol
tros google blog Zed Zaidi tadi.
ade gak la improvement part perenggan tu.
been wondering how come some people forgot bout ‘user-friendly aspect’ ..
hehe

*just my 2 cents ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-05-31 21:28:41

yup.. dia dah tersedar kot.. ada hantu2 datang dalam mimpi dia suruh jugak buat perenggan.. hehehe..

berkata mengenai user friendly, macam yg dikatakan dalam point no 1.. jadikan diri sendiri sebagai pembaca di blog sendiri.. sure nampak mana part yg tak kena..

..
 
 
Comment by zelo55
2009-05-31 19:52:49

satu tips yg ak reka sendiri..

jangan letak iklan yang ntah sane sini dengan floating box n subscribe box yang bersepah n mnyusahkan orang nk close…
ditambah pulak dengan kne tekan “skip this add”…
ak dah jumpe satu blog hiburan cmni..
dan jujurnnya…
ak lagi rela baca ohbulan n ohartis…

terima kasih…

..
Comment by Khai
2009-05-31 23:21:48

aku pon termasuk web hiburan yg ko maksudkan.. keluar je “skip this add” tu, aku terus tekan.. tapi bukan tekan “skip this add”, tapi aku tekan butang close kat tab firefox…

..
Comment by zelo55
2009-06-01 03:42:10

agak kejam ko ni khai…
ak skurangnye bace la jugk…
waahhahahaha…
tp tekan gk butang pangkah last2…

wahahahhaaa…

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by spatt
2009-06-10 22:33:45

ehehe…

aku tau blog tuh.memang tersangat semak sangat untuk visitor browsing lama2..

nak tanye sket bro,ohbulan sape punye ye?Mael ke?

..
Comment by Khai
2009-06-10 22:44:30

Oh! Bulan dulu mmg mael punya.. tapi sekarang bukan sbb dah diserahkan pada orang lain. Mael kan busy… dan orang tu adalah Hafreze.. ehehehe

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by samanosuke_04
2009-05-31 21:26:54

hihi, bestnyerrr bleh tido 4 jam jer sari, huhu, aku nak jadikan ko idola aku laa khai, bleh??!!

..
Comment by Khai
2009-05-31 21:29:28

boleh.. boleh blah! hahaha

p/s: tido lama2 buang masa woo.. kalau kehidupan ni takde tido dan manusia takkan penat, mesti meriah dunia ni.. hahaha

..
 
 
Comment by Akuro san
2009-05-31 22:31:29

Salam…
Wah! tips yang ke-2 tu mcm terkena jer kat batang hidung aku…haha…
tak per la, aku akan cuba perbaiki apa yang boleh nanti…

*silent reader telah bersuara… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by misa
2009-05-31 22:32:28

salam bro khai…

nsib baik la misa dah hbis spm bru trjmpa blog jk ni..
klau b4 spm..sure trikut2 ayat dlm jk ni..ahakz..

apa2 pun tahniah bro mampu mnghsilkan blog yg bgus camni n bnyak ilmu…

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan…

btul x??

..
Comment by Khai
2009-05-31 22:55:29

wah pandainye adik misa ni… ni yang sayang lebeh neh.. hahaha…

bila nak masuk minang i? hehehe :8

..
 
 
Comment by zool
2009-05-31 23:17:55

Entah berapa entri blog aku,..
tak semak.. tapi masing2 ada cara sendiri..
walaupun blog aku visitor hanya setakat 4-5 ratus je tapi janji rasa SELESA..

..
 
Comment by rizzar
2009-06-01 00:07:20

semakin suka membaca blog khai yg penuh informasi dan berciri maju lah blog untuk negara sendiri.. teruskan menjadi blogger yg kreatif supaya readers kat malaysia ni menjadi semakin cerdik

..
 
Comment by ejardkethot
2009-06-01 00:16:42

heh…khai…kau tetap idola ku larh..walaupon kau insan biasa ๐Ÿ™‚
bgus tips ni..hehehe…tp ntah la..bila nk jadi blogger sejati.. ๐Ÿ˜
stakat fotopages je ..yg ku mampu.. :((

..
 
Comment by ketuk_angel
2009-06-01 00:41:05

huhu… tips nih mmg bagus.. tp kalo x praktik kan bebetul jd copy n paste je la jawabnyer…

p/s ni gara2 da terbiasa copy n paste masa anto assignment kat pensyarah… nyosal den!! :bloody:

..
 
Comment by hudaLuna
2009-06-01 03:26:50

salam..

khai lagi 1..

bila comment tu ade captcha..

tensen nak type..

..
 
Comment by Jam Ban Ho
2009-06-01 11:40:13

Oii kau tak sembahyang suboh ke dulu sebelum nak tido.

..
Comment by Khai
2009-06-01 22:03:09

sembahyang pon nak kene heboh dalam blog ke… pas ni tiap kali solat, nak create entri la.. sehari at least ada 5 entri terbaru ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by H.R PuTeRa YuSoFF
2009-06-01 12:07:28

entri blog aku bru 78… mcm mner 2

..
 
Comment by Dakjaat
2009-06-01 15:25:18

hoh khai ni .. buat2 lupe kat aku .. takpe2.. :p

..
 
Comment by Taufik SM
2009-06-01 15:42:29

dan satu lagi , blogger sejati kena jujur … kan ….. ye x ,khai ?? ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2009-06-01 22:04:30

betul.. tapi jujur pun biar di perspektif yg baik.. kalau kita jahat, takkan nak sebarkan kejahatan di blog.. dah ngajar orang lain jahat dah tu..

hehehe ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by Aby RAd
2009-06-01 19:15:00

waahhh..entry aku dah capai 656.
aku dah dpt rasa camne sakit ati kalo entry kita org copy pastu dgn selambernya letak kat web dia tnpa sikit pun bg kredit.

mula2 aku konfius gi web sorg minah ni. ni page aku ke..page dia? sbb smua content yg aku post..smua ada dlm web dia!! Dia siap cut lg watermark aku. ape la salahnya buat mcm oh tidak. bgtau mana sumber yg dia ‘curi’. smpi skrg tnpa segan silu dia masih lg curi2 gmbr2 dlm blog aku. wlupun aku terang2 perli dia. muka tembok btul.harap muka je lawa

..
Comment by Khai
2009-06-01 22:05:03

haha! web sapa la tu..

Oh! Tidak bukan curi.. tapi ko sendiri yg hantar kat email.. hehehe..

..
Comment by Aby RAd
2009-06-01 23:05:22

bkn ko la khai..yg ‘curi’ tu khas utk web 1 lg tu. sbb aku xpenah bg kat dia. n dia xpenah sikit pun mintak kbenaran or bg kredit

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Kill-Vearn
2009-06-02 07:53:02

Aku melaporkan bahawa baru sahaja 89 entri yang telah diposkan ke dalam blog setelah beberapa bulan berblog… dan draft pula adalah kosong, bermakna aku tiada idea lagi nak update dalam blog… isk3 =( kepada yg penuh idea di dada harap dapat memenuhi segenap ruangan minda aku untuk menghasilkan satu entri yang berkualiti…

JK leh aku tanya tak plugin ape ko pakai untuk auto preview komen kat bawah tempat tulis komen ni (sebelum komen di pos)… :8 aku tgk dashboard ko tak pakai widget kan? mcm best aje.. ko edit template eh?

Tata!! ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-06-04 19:19:20

comment preview plugin tu leh dapatkan dari link berikut:
http://wordpress.org/extend/plugins/live-comment-preview/

Yup.. pe barang guna widget.. cam budak tadika jerk.. ekekeke… gurau je.. terpulang la mana yang selesa..

..
 
 
Comment by catzer
2009-06-02 09:56:29

Heheheheh..apapun blogging ni mmg best pada aku..especially bile time gile2 update blog hari2.. 8)

..
 
Comment by iz6
2009-06-02 23:32:50

thanks for the info khai

..
 
Comment by aullea
2009-06-03 12:47:55

nice info.
baru nk blaja berblog.
cmne nk exchange link ek

..
 
Comment by iena
2009-06-03 14:46:23

khai, cemana nak activatekan plugin akismet tuh?
masalahnya mana nak dapat WordPress.Com API key?

isk x faham la…
adess :bloody:

..
 
Comment by kerink
2009-06-03 17:58:54

salam bro khai. thanks for the advise! ;]

..
 
Comment by Sham Hardy
2009-06-04 12:06:27

mak aihh.. 17000++ comments.. well done! :8

..
 
Comment by johnjimat
2009-06-04 19:03:21

peh khai A1 tu.. akunyer B3 jek.. teror2.. english lak khai dpt pe lak?

..
Comment by Khai
2009-06-04 19:29:22

English B3.. EST pun B3.. sayang tul sbb EST target A… menda dah lepas.. lantok! haha

..
 
 
Comment by eyeman
2009-06-06 10:20:35

ada banyak dah blog. tak kira sangat dahh.. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Reds
2009-06-07 23:06:47

sy baru setahun jagung dlm dunia blog ni tp melihat blog adalah satu perkara yang sangat berguna dlm hidup. Teruskan khai!

..
 
Comment by zulfitry.com
2009-06-19 02:09:53

bro..ko tau tak plugin untuk blogroll…yang akan display blog siapa yang dah update ke tak..mcm dalam blogspot tu?

aku..puas cari dah..x tahu..nak guna. :beurk:

..
 
Comment by Siti R
2009-06-20 12:32:14

errr…betulla kata en. Khai..mmg gatal tangan ni nak mengomen ๐Ÿ˜€

trima kasih atas tip2 ni…amat berguna utk ‘novice’ spt sy

idup justkhai.com! (bodek ni)

..
 
Comment by connie
2009-06-22 02:33:35

cayalah bro ni. u got style!

..
 
Comment by raimi
2009-10-23 17:14:22

ak ske blog ko.. menarik.. bagoss..

..
 
Comment by al-Wann
2009-11-07 19:42:19

wah tips yg sgt2 bguna bro..bsmgt aku nak bloggng blik..

..
 
Comment by Badri
2009-12-13 14:40:12

mm, menarik tips2 ni…huhu…
rasa macam banyak lagi benda nak kna tengok2..

..
 
Comment by pawaka19
2010-01-05 11:39:29

entri ni sgt bgus.thanks bro bg tips for newbie cam aku

..
 
Comment by Jerinho
2010-02-08 17:44:41

salam khaiโ€ฆ

tumpang tanya khaiโ€ฆ lau aku start blogging secara konsisten… staun leh dpt bape org reader tetap agak2

msti ko pnah wat freelancing… leh bg tunjuk ajaq sket?

..
 
Comment by aka
2010-07-14 15:17:24

apabila kita bergerak pada landasan kejujuran…
tak kisah lah nak buat blog ke ape bende..
hasilnya pasti akan dtng kemudian… :p

..
 
Comment by Emma
2010-07-22 18:13:11

tQ for sharing! <3 ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by maharam
2010-09-17 04:39:35

Salam,
Saya jadikan enteri sdr berkaitan plagiat sebagai contoh melalui link dalam tulisan saya yang akan publish di http://www.100penulis.com pada jumaat 24 sept 2010 dengan tajuk “Entri diplagiat”.

Harap maklum.

..
 
Comment by deennasour
2010-10-04 15:31:51

wahaha. khai fofular!!!!!

aku nak start blogging balik. lol

..
 
Comment by Ayeem Ayam
2010-10-04 15:32:19

Haha yes, tips yang kau bagi khai untuk jadi professional blogger. Tapi kebanyakan blogger pilih untuk jadi amatuer je. Widget berlambak, tulisan taknak kaler pelangi pulak. Aku nak jadi cam kau khai! Dapat buat company ah!media hahaha.

..
 
Comment by nickhanif
2010-10-04 16:30:01

bnyk ilmu yang diperolehi dari blog khai ni..
bukan senagn nak jd bloger tp senag je nak bt blog ni

..
 
Comment by azleah
2010-10-04 17:53:00

congrats khai

..
 
Comment by Pelawat
2010-10-04 18:00:40

alexa bukan bole caye 100% pon

..
 
Comment by nabel
2010-10-05 16:30:19

terima kasih khai, banyak info boleh guna kat sini. ko amek jurusan apa waktu blaja ?

..
 
Comment by fiD
2010-10-05 21:21:18

khai, semoga terus berjaye….

aku nak bagi cadangan ni, pe kata ko tubuhkan syrikat majalah… aku rase sesuai sangat ngan ko khai. suka penulisan kan. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2010-10-06 01:27:09

Woot! InsyaAllah.. Akan cuba diperkembangkan sejauh mana yang boleh. Sekarang tengah memerhati sesiapa yang boleh diserap menjadi krew berbayar..

..
 
 
Comment by aried
2010-10-09 09:19:00

assalamualaikum khai…
wah.. wlaupun ni entri lame, tp mmg berbaloi baca… tapi kan khai, antara perkara yg tak bley tahan sekali ialah bila terima kritikan atau komen yg mnyakitkan hati… think positive, tu yg aried try wat.. tpi bile depa dah guna ayat kurang ajar duk maki2, mana tahan kan.. so, pe yg khai akan wat?? approve komen dan jawab atau delete jerk komen tu????

mntx sediit nashat dari khai..hehehe ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by fikri haris
2011-05-03 00:04:05

mmg terbaek la bro khai,tips yg sgt buna ntok sy yg bru na bjinak dlm blogging nie . . :8

..
 
Comment by asheequin
2011-05-26 09:02:34

Salam,

Entri yang bagus Khai, walaupun dah lama masih berharga.

Macam harta karun lah kan. Memula kena carik dulu maklumlah barang lama bila dah jumpa berbaloi-baloi.

๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mrbruce
2011-05-31 20:58:41

terbaik la

..
 
Comment by sukacuka
2011-08-06 18:51:16

wa..400 post pada 2009…man nak juga buat post sebanyak begitu tapi ada pengisian dalam setiap post..betul tak khai.? ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by boy
2011-12-08 04:44:09

tq bro..tips yang sangat berguna. semakin bersemangat nak membina blog. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by LilyNrman
2012-04-18 15:56:34

Banyak sungguh nasihat dan tips berguna yang aku perolehi melalui pembacaan blog ini. Terima kasih. Harap jangan putus berkongsi! More sharing!

..
 
Comment by akem
2013-03-28 10:58:28

Thanks abg khai! lawat la blog saya! hehe

..
 
Comment by onlywa
2013-04-12 19:23:01

Info yg sgt bgus..thaks bro, respects

..
 
Comment by onlywa
2013-04-12 19:27:01

Info yg sgt bgus bro, thanks.. ๐Ÿ™‚

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post