Di atas permintaan pembaca blog ni, so Khai keluarkanlah sedikit review tentang iPhone 4S. Khai gunakan phone ini so kalau ada yang cakap kenapa review pasal iPhone je, jawapan dia kerana saya akan review apa yang saya gunakan. Itu sahaja. Hehe. Dari mana datangnya iPhone 4S ni, boleh baca artikel sebelum ini.
Mengenai design iPhone 4S ni, sekali imbas memang tak nampak langsung sebarang perbezaan berbanding iPhone 4. Buktinya casing iPhone 4 juga boleh digunakan untuk iPhone 4S. Apapun berlaku sedikit perubahan pada butang volume di iPhone 4S. So kalau casing iPhone 4 yang dah siapkan lubang dibahagian tepi, memang dah tak muat.
— casing atas tak boleh, casing bawah boleh.
Review ni mungkin ringkas sahaja. Khai taknak cerita pasal processor segala tu since korang pun tahu yang iPhone 4S ni menggunakan processor yang sama seperti di dalam iPad2. Kalau nak bezakan antara iPhone 4 dengan 4S ni, memang akan terasa peningkatan kelajuan dia berbanding iPhone 4. Terasa sangat-sangat ringan. Bayangkanlah iPhone 4 dah cukup ok, apa lagi iPhone 4S ni iye tak? Info lanjut sila ke laman web rasmi, Apple.
Jadi untuk review di Justkhai ni, Khai akan ceritakan tentang tiga perkara yang paling banyak ditanya oleh followers blog ni dan Oh! Media iaitu SIRI, gambar dan video yang dihasilkan oleh iPhone 4S.
SIRI
Apapun kita sentuh dulu mengenai SIRI kerana ini faktor utama kenapa ramai yang nak dapatkan iPhone 4S ini. Gambar-gambar berikut mungkin dah cukup menjelaskan bagaimana SIRI ini sangat memudahkan hidup tuannya. (more…)
Tengahari 4 Disember 2011 lalu, Khai ke Balakong untuk majlis perkahwinan anak saudara seorang kawan bersama 3 yang lain. Dipendekkan cerita, iPhone Khai hilang dan baru perasan masa dalam kereta on the way nak balik rumah. Raba-raba poket, alamak!! Mana iPhone aku? *pengsan*
Nak taknak pusing balik dan cari merata tempat, memang dah takde lagi. Ramai yang tanya di Twitter, tak try find iPhone tu guna Find my iPhone ke untuk cari balik phone tu. Jadi ini kisahnya. Disebabkan masa tu memang susah nak dapat internet (selalu online kat iPhone je bila di luar), terus suruh member try find iPhone tu ada kat mana. Dengan menggunakan app “Find my iPhone”, katanya yang iPhone tu sedang bergerak, which mean memang sah la dah ada kat tangan orang lain. Dari Balakong, terus pencuri tu ke Shah Alam. Berhenti di perhentian bus dan teksi seksyen 17 dan akhirnya tiba ke rumahnya di disebuah kawasan perumahan pangsa sekaligus membuatkan iPhone tu memang takde harapan nak dapat balik. Kalau rumah dia jenis teres ke, memang boleh tahu rumah dia kat mana. Tapi disebabkan dia duduk kat kawasan flat bertingkat, memang susah nak tahu mana lokasi sebenar iPhone tu.
Call banyak kali dia tak angkat. SMS pun taknak balas. So memang confirm’lah dia nak ambil terus phone tu. Bukan senang orang nak pulangkan kalau dah jumpa iPhone ye tak? Haha. Mula-mula member Khai dah lock phone tu so orang yang ambil tu memang tak boleh nak off phone tersebut. Bila dah rasa takde harapan nak dapat balik, sempatlah Khai wipe terus iPhone tu. So semua data-data yang ada dalam iPhone tu, sempat dipadam bersih tanpa meninggalkan sebarang kesan lagi. Nak find pun dah tak boleh lagi sebab Apple ID pun dia delete terus dari phone tu. (more…)
Dah lebih setahun saya menggunakan iPhone 4 sebagai phone utama saya dan dia (iPhone 4) mungkin boleh dikatakan sebagai satu device yang sangat penting untuk saya. Bukan sahaja untuk call, sms, ambil gambar dengan mudah, surfing, Facebook dan banyak lagi perkara asas untuk sebuah smartphone, ianya juga sangat banyak menyimpan data yang amat penting untuk saya. Termasuklah data-data ramai gadis skandal. Haha. Gurau je 😛
Terlebih dahulu, saya mohon maaf awal-awal jika ada pembaca blog ini yang tidak selesa jika saya bercerita tentang produk Apple. Kalau dah memang saya sedang memakai iPhone pada ketika ini, mana mungkin dapat saya bercerita tentang Nokia, Sony Ericsson atau apa sahaja jenis smartphones yang lain kan? Kalau saya pakai boleh lah saya berkongsi kepada pembaca blog ini. Jadi sila menjadi lebih open minded ketika membaca blog peribadi saya ini. Please?
Untuk artikel ini saya ingin kongsikan gambar-gambar dan cerita mengenai kelebihan dan kekurangan sejenis aksesori khas yang menarik pada saya khas untuk pengguna iPhone 4 mahupun iPhone 4S yang diberinama BookBook. Sebuah produk dari Twelve South. Stok terbaru untuk BookBook baru sahaja sampai ke Malaysia dan baru sahaja diumumkan oleh Machines dua hari lalu melalui Facebook mereka. Lihat sahaja update mereka, terus saya ke Machines, KLCC untuk mendapatkannya sebelum kehabisan. Jadi orang pertama pula tu kata seorang pekerja di Machines. Haha. Menurut mereka, BookBook ni memang macam goreng pisang panas. Sekejap sahaja licin dah. (more…)
Pagi ni update blog dari Mamak RNK Bistro, Pandan Mewah. Dah nak pukul 6 pagi ni, saja online temankan member yang mata dah berakar katanya. Sakit mata lah tu. Tadi masa on the way ke sini, terfikir tentang teknologi. Makin hari teknologi makin canggih sampai tak terkejar. Kalau langsung tak kejar, pasti akan tertinggal. Kenapa Khai kata macam tu?
Ok, kita ambil laptop sebagai contoh. Makin hari makin canggih laptop di jual kat pasaran. Orang kata, laptop ni akan expired dalam masa 2 tahun. Maksud dia tu bukan laptop tu akan confirm jahanam dalam masa 2 tahun, tapi dalam masa dua tahun pastinya laptop tersebut akan dikategorikan sebagai laptop yang ketinggalan zaman. Kenapa?
Hari demi hari, pelbagai software yang dikeluarkan. Dan rata-ratanya menerima sentuhan terbaru dan canggih untuk setiap keluaran. Kita ambil contoh Adobe Photoshop. Kalau laptop kita 2 tahun lalu boleh run Photoshop CS2 dengan bergaya, hari ini laptop yang sama kalau nak run Photoshop CS5 pastinya akan mengalami masalah lagging dan sebagainya. Cara developer nak paksa orang ikut perkembangan ni, sebab tu CS5 punya file tak boleh buka kat CS2 dan sebagainya. (more…)
Khai tak berapa ingat, maybe dalam 3 minggu yang lepas macam tu, Khai ada buat pembelian satu aksesori untuk Macbook ni. Aksesori ni taklah seberapa pun tapi memang menarik kerana ianya akan menutup sedikit logo Apple yang berlampu tu hingga nampak macam kepala orang dengan penuh kretif sekali. Macbook ni memang jenis laptop yang tak sesuai untuk ditampal apa-apa sticker sebenarnya kerana mencacatkan ke’seksi‘an yang ada pada Macbook tersebut. Tapi untuk sticker kali ini, ianya langsung tidak menjejaskan penampilan seksi untuk sesebuah Macbook.
Khai dapat tahu ni dari Faizah Chokilala. Dia yang beli sticker ni dulu. Tak tahu la dia tahu dari mana. Then Khai tanya beli kat mana, dia pun kasi website sticker ni, www.stickwithmebaby.com. Selepas menjelajahi beberapa minit web tersebut, terus tertarik untuk cuba beli satu. Banyak design untuk dipilih mengikut kesesuaian dan keperibadian tuan Macbook. Pembayaran dilakukan melalui Paypal atau kad kredit.
Penghantaran mengambil masa hampir 2 minggu lebih untuk sampai ke rumah Khai disebabkan penjual sticker tersebut beroperasi di Barcelona, Spain. Cakap banyak pun tak guna, gambar berikut mungkin menjelaskan semuanya. (more…)