Archive for 'Tergempar'

Respon Khai Pada Dunia – Part 1

Respon-Aku-Pada-Dunia

Kan dah kata jangan sibuk-sibuk suruh selalu update blog. Sekarang dah selalu update siapa yang susah? Korang jugak yang susah nak kena baca. Lepas tu nak kena komen pulak tu. Padan Muke!! Hehehe.

Respon dan confuse’ku pada dunia. Apa perkara yang rajin buat Khai konpius? Ini adalah artikel spontan tanpa sebarang research. “Aku” digunakan instead of “Khai” atas sebab tertentu.

1. DVD Cetak Rompak
– Sesungguhnya aku konpius dengan sebuah pasar malam di Kampung Kerinchi yang berhampiran kawasan perumahan polis berpangkat Sarjan dan Inspektor ke atas. Bagaimana tempat yang dekat dengan rumah polis, boleh ada orang jual DVD cetak rompak secara terbuka dan macho sekali. Pernah aku ke sana dan kebanyakkan yang ke pasar malam tersebut adalah pak polis dan keluarga mereka juga. Adakah kerana itu bukan kawasan jagaan mereka dan mungkin bukan skop kerja mereka, ianya dibiarkan begitu sahaja? (more…)

Posted on 9 April '10 by , under Istimewa, Motivasi, Tergempar. 71 Comments.

Piala Malaysia: Kelantan 1 – 3 Negeri Sembilan

amukkan kelantan 1

Teringin nak tulis tentang apa yang dah jadi masa Piala Malaysia kat Bukit Jalil tadi. Khai nengok kat mamak je pun. Saja nak kasi meriah sikit dari nengok kat rumah. Ikutkan nak je tulis pasal kerusi yang terbakar, kepala orang yang berdarah, pemain Negeri Sembilan yang dibaling botol, Stadium terbakar dan macam-macam lagi.

Dan ini bukan kali pertama terjadi melibatkan Negeri Kelantan. Dulu ada juga artikel macam tu kat Justkhai ni dan mengundang perasaan marah pembaca dari Kelantan. So Khai taknak ulas lebih-lebih pasal ni. Itulah dia, patutnya pemain diserapkan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Bukan dengan ikut hati yang panas. Referee satu hal lagi dia punya berat sebelah, orang buta je yang tak nampak.

Beberapa sebab apa yang tidak kenanya pada bola sepak kita secara tak langsung: (more…)

Posted on 7 November '09 by , under Tergempar. No Comments.

Harga rokok RM6.20 minimum la pakcik! Bukan maksimum!

Rokok 1

Tersebutlah kisah di zaman Hang Tuah dulu, ada satu pakcik ni lepak sebelah meja Khai kat mamak. Pok pek pok pek dia berborak pasal rokok. Lepas tu dia pandang Khai dengan member, dia bebel cakap apejadah nye mamak ni jual rokok mahal lagi. Dunhill 20 patutnya dah RM6.20 dah kata dia. Apesal kat mamak still jual RM9 something lagi.

Dengan buat-buat macam tak tahu perkembangan semasa, Khai pun tanya pakcik tu mana dia tahu rokok Dunhill 20 harganya dah RM6.20?

Dengan buat-buat muka macam kacak, pakcik tu cakap dia nengok Buletin Utama tadi. Terang-terang dalam berita tu dah cakap rokok 20 batang harga maksimum RM6.20 bermula hari ni (28 oktober 09).

Khai pun dengan buat-buat muka lebih kacak dan teruja dari pakcik tu pun cakap, “Oh ye ke pakcik. Haah ek apelah mamak dengan 7E ni tak reti-reti nak turunkan harga lagi. Teruk betul”. Nak jaga hati orang tua-tua punya pasal.

Dengan muka bangga pakcik tu pun geleng-geleng. Mungkin dalam hati dia cakap teruk betul budak-budak zaman sekarang ni. Perkembangan semasa pun tak amik tahu. Sigh~

Ok tamat kisah dengan pakcik tu. (more…)

Posted on 28 October '09 by , under Motivasi, Tergempar. 98 Comments.

Ada Apa Dengan Michael Jackson?


R.I.P Michael Jackson. Dari kecil, aku tak pernah sukakan dia. Malah aku benci setiap kali mendengar namanya. Dari kecil aku dah dididik untuk membenci Michael Jackson. Masih lagi teringat ketika umur aku 5 tahun, keluar satu video klip persembahan Michael Jackson di televisyen. Terdengar suara ayah mengutuk dan mengeji Michael Jackson. Katanya menari entah apa-apa. Lagu pun entah apa-apa terkinja-kinja. So sejak dari itu, kepala aku memang dah set untuk membenci Michael Jackson tanpa memahami dan mengambil tahu siapa sebenarnya dia. Budak-budak biasalah.

Masuk alam persekolahan dan universiti, langsung tidak sesiapa atau apa yang mengubah tanggapan aku kepada Michael Jackson. Mungkin kerana nama Michael Jackson tidak sehebat zaman kegemilangannya seperti dulu (Tahun 2000 ke bawah). Aku semakin buta dengan lambakan artis-artis baru dengan lagu yang semakin hari semakin sedap dilayan. Jangan kata Wikipedia, Youtube dan Google pun tidak pernah sekali aku letakkan nama Michael Jackson untuk dicari.

Sehingga perjalanan hidup aku selama 21 tahun, aku tak pernah ambil tahu siapa Michael Jackson dan apa lagu nyanyiannya. Yang aku selalu dengar dari kecil hanya sekadar nama. Seorang Michael Jackson. Lagu dia yang aku tahu hanya satu, Beat It! Itu pun secara tidak sengaja terlihat di blog siapa suatu ketika dulu tapi fikiran aku masih terbelenggu untuk membenci dia tanpa sebab yang aku sendiri tahu. Mungkin kerana persekitara disekeliling semasa aku membesar dulu kan. Aku membesar boleh dikatakan tanpa lagu darinya oleh kerana tv dan radio di Malaysia rasanya tidak pernah lagi aku dengar mengeluarkan lagu-lagu dari Michael atau mungkin aku yang terlepas? Namanya hanya keluar di TV dan radio ketika kes-kes pencabulan yang pernah diletakkan ke’atas nya. Pastinya membuatkan aku bertambah meluat dengan insan bernama Michael Jackson.

Lebih berpuluh ribu lagu memenuhi hard disk laptop ini tapi tiada satu pun lagu dari Michael Jackson. Tetapi hari ini selepas lebih seminggu Michael Jackson pergi meninggalkan kita, baru aku tersentak dan terasa sebuah kehilangan yang besar dalam hidup. (more…)

Posted on 4 July '09 by , under Hidup Khai, Tergempar. 83 Comments.

Dunhill 14 Kini RM6.90


Belum pun reda ramai blogger yang memaki-hamun kempen kerajaan meletakkan gambar-gambar “membunuh” di kotak rokok, isu rokok nampak gayanya takkan sampai ke’sudah. Baru sebulan dua harga rokok naik, dan semalam (01 jun 2009) semua kedai termasuk mamak diseluruh Malaysia diberi notis notis kenaikkan harga rokok. Tak caya try la pergi mana-mana mamak. Rokok Naik lagi 10 sen yang membuatkan Dunhill 14 kini berharga RM6.70 sahaja. SAHAJA?!!

Pastinya kenaikkan ini tak lain tak bukan ingin menampung kos printing kepada gambar-gambar yang menggerunkan si perokok. Kaki busuk la, leher berlubang la, gambar paru-paru la, baby tak cukup umur la, Siti Nurhaliza la dan macam-macam lagi. Yang peliknya rokok SAAT ditampal dengan gambar pemandangan Putrajaya? What the fish?!! Mungkin kerana rokok SAAT tu murah dan tak sedap. Kalau letak gambar-gambar meloyakan tu, terus lingkup mungkin.

Menulis entri sebegini bukan bermakna Khai merokok. Atau mungkin merokok? Hurm, yes i am. Kadang-kadang adalah. Hurm jatuhlah saham. I’m What I Am!! Kata Deja Voodoo Spells. Frankly speaking, first time Khai menyentuh pembunuh dalam senyap ini, pada July 2006 dengan tujuan, mahu mencuba. Then Khai berhenti dengan mudah. Ini mungkin kata seorang yang pernah “mencuba” rokok dan bukan tergolong dalam kategori Perokok Tegar!

Do the math. Paling koman penghisap rokok pasti akan membeli sekotak rokok setiap hari. Kita anggap orang tu beli Dunhill 14 setiap hari yang harganya kini dah pun RM6.70.

6.70 x 30 = RM201

Ini bermakna setiap bulan akan berhabis RM201 untuk merosakkan badan sendiri. RM201 dah dapat apply pakej tertinggi P1 W1max atau paling tidak, Celcom Berukband. Dapat juga layan internet 3.6 mbps iye tak? Hurm, Why not beli racun serangga dan hisap guna straw? Kan lebih jimat? Tak pun jilat jalan Tar ke? Haha..

RM201 x 12 = RM2412

Ini bermakna, dalam setahun si perokok telah menghabiskan RM2412 dengan penuh lagak seperti orang kaya. Nak beli iPhone dah lepas dah tu apa lagi laptop Acer yang cikai (Vote for HP Compaq). Nak simpan seringgit dalam tabung tiap-tiap hari kemain susah pulak kan?

Sebagai insan yang pernah merokok, mari Khai cerita sedikit apa sebenarnya rokok tu pada pandangan seorang perokok. (more…)

Posted on 2 June '09 by , under Hidup Khai, Motivasi, Tergempar. 100 Comments.