Archive for 'Daily Craps'

Konklusi si Desperados of The Year!

Salam guys. Menulis di dalam keadaan internet yang sekadar ada je di kampung. Sekadar nak memberi konklusi pada dua artikel di blog ini yang berkaitan dengan membusukkan nama orang kononnya. Pada hakikatnya kedua-dua insan tersebut tidak Khai kenali, bagaimana ingin membusukkan nama mereka? Kalau ada yang rasa dua artikel sebelum ini agak kasar dan nak lihat perangai dan sifat sebenar Khai melalui entri dan tidak berinteraksi secara terus melalui blog pada mereka yang sengaja mencari masalah, sila ambil entri ini.

Prinsip hidup Khai senang. Orang tak kacau hidup Khai, Khai jangan kata nak kacau hidup orang, geli-geli pun tak pernah. Orang berbudi kita berbahasa. Dan sebagai manusia yang serba kekurangan, bila kita tak kacau hidup orang tapi tiba-tiba orang kacau hidup kita tanpa sebab, bacul kita kalau buat tak tahu sahaja.

Setiap artikel di blog ini yang menghentam secara keras mana-mana pihak atau blog, bukanlah dikeluarkan atas tujuan membabi buta tanpa sebarang sebab. Ianya dilahirkan secara spontan secara direct pada si pembuat masalah. Mungkin ada antara anda yang tak dapat menerima artikel tersebut, kerana anda tidak rasa apa yang Khai rasa atau anda bukanlah berperangai seperti mereka yang sengaja mencari masalah tersebut. Sebarang artikel yang lahir menghentam mereka yang berbuat salah, totally adalah direct kepada keadaan psyschology mereka di mana selama ini tidak pernah gagal hanya melalui kerasnya teguran yang diberikan. Apa yang terjadi disebalik tabir, Khai simpan dalam-dalam dan hanya dikeluarkan jika ada kes yang ingin di bawa ke hadapan.

Melalui kes pertama dan tiba-tiba, (more…)

Posted on 12 March '10 by , under Blog, Daily Craps. 68 Comments.

Awal tahun 2010 yang macam-macam hal

Hi guys. Maaf kalau tertunggu-tunggu update terbaru. Ramai sangat yang suruh tebas lalang kat blog ni. Memang jarang-jarang Khai tak update Justkhai dalam tempoh masa yang agak panjang. Sebenarnya, banyak benda yang jadi seminggu dua ni. Kepala serabut. Kalau kasi alasan sibuk boleh tak? Yup, Khai sangat sibuk kecuali malam je lah masa nak berekreasi dengan member-member. Pergi karaoke ke apa memecahkan suara yang masih dara ini. Hakhak! Jam yang lainnya, hantuk kepala ke dinding sambil menonggeng layan lagu New Boyz. Hidup Tomok! Wohha! Sekarang ni sibuk dengan tender pulak beb! Proposal bagai. Masa, tolong jangan mencemburui diriku. Sigh~

Mengenai contest kerjasama bersama korang yang Khai tulis pada artikel sebelum ini, nama tiga orang pemenangnya tu Khai akan beritahu pada artikel akan datang. Maaf sangat-sangat sebab Khai belum sempat pun nak baca semua komen-komen korang dalam entri tu. Reply komen korang lagi la tak dapat. Neway, diulangi kalau korang ada apa-apa pun soalan yang nak ditanya Khai, boleh terus email Khai atau hantar message kat Facebook terus. Jangan tanya di Shoutbox, Facebook Chat atau YM, sebab Khai “susah” nak layan. Hehee.

Jadi untuk update kali ni, Khai akan cuba membebel tentang beberapa perkara yang dah terjadi baru-baru ini (selama blog ini ditumbuhi lalang). Tolong buangkan sedikit masa korang ya sebab entri ni ada kemungkinan akan panjang. Atau mungkin tidak.. (more…)

Posted on 27 January '10 by , under Blog, Daily Craps, Hidup Khai, Motivasi. 48 Comments.

Nak KFC.. Nak KFC.. Nak KFC..


Hah Update! Korang memang saje je kan? Blog ni sunyi sepi tanpa komen bila takde entri baru. Ok takpe, kita buat entri baru.

Sebenarnya, Khai demam. Dah 3 hari macam tu. Hingus tak henti-henti keluar. Benci syial! Annoying gila. Dah la hari-hari tidur bape jam je, tambah plak dengan selsema babi ni, lagi la tak boleh tidur. Sebab tak boleh bernafas. Koyok semalam beli 1 kotak terus. Penuh satu kepala dengan Koyok. Dua kat bahagian leher, Dua kat tepi kepala, satu kat batang idong dan satu lagi kat belakang badan. Nengok dalam cermin, macam dah tak lama je ko ni Khai? hahaha.

Nak dijadikan cerita, dah seminggu mengidam nak makan KFC. Dari sebelum demam lagi. Hari tu masa kat Ampang tak selera pulak nak beli walau dah terpandang dah pun. Maklumlah, baru lepas memboroikan diri kat kedai mamak sambil online. Mana nak selera dah nak makan kan? So petang tadi, dalam demam-demam pun, rempit terus satu Bangsar cari KFC. Malas nak pergi jauh-jauh almaklumlah orang demam. Tapi apa nak buat, dari pagi tak makan sebab tak larat nak keluar, nak taknak kene juga la keluar makan. Ye la orang dah takde awek kan, takde siapa nak amik berat lagi. Fuuuu~

Lepas puas merayap satu Bangsar, menyumpah-nyumpah sebab tak jumpa KFC. McDonald’s Duck ada la kot. Berhenti jap kat Petronas beli Air Cap Badak dengan Panadol Soluble 2 bijik. Akak Khai cakap kalau demam, dia minum Air Cap Badak dengan Panadol 2 bijik, kompem okey. Masa nak bayar tu tanya la awek cashier yang comel ni kan, mana nak cari KFC. (more…)

Posted on 30 June '09 by , under Daily Craps, Hidup Khai. 146 Comments.