
Orang kata:
– Polis skang dah pakai Mitsubihi plak da.. makin banyak la yang nak kene keluar duit poket lepas ni (bayar rasuah).. Maklumla kereta tu maintenance tinggi. Tak pun makin ramai la yang kena saman.
Khai kata:
– Wah leser betul. Ada yang kene ganyang ngan polis mulut korang ni nanti. Tapi ada betulnya jugak tu. EH! tak tak.. ampun ampun.. Polis cepat, mesra dan betul lah. Itukan slogan diorang. Hurm, kalau korang kena saman, dah itu memang salah korang. Bayar aje la!
Orang kata:
– Sakit la mat rempit lepas ni nak lari dari polis.. camne anak aku nak jadi mat rempit berjaya ni? Aku kan bapak yang mithali..
Khai kata:
– Ke polis join rempit skali?
Orang kata:
– Diorang guna kereta ni untuk escort VIP-VVIP kot…?
Khai kata:
– Tanye aku pesal.. tanye la diorang.. tapi kalau betul la untuk escort VIP, itu satu keputusan yang paling bijak pernah dibuat polis.. Nape tak escort pakai jet pejuang jer? Lagi mahal dan laju kan lagi bagus. Rakyat gak yang papa kedana.
Orang kata:
– Ah sudah la ko Khai. Gi lantak depa la nak guna kereta apa pun.. Ko ni aku cakap bangang kang ko marah. Tapi ko memang bangang pun.. Hahahaha :p
Khai says:
– Alhamdulillah… =.=’

Haha. Inilah dia Evo yang dikhabarkan ingin dibeli PDRM dan kini dah pun boleh digunakan. Ramai yang kata kereta ni bertujuan untuk kegunaan “under cover”. Mungkin korang takkan nampak lambang PDRM melakat dekat Evo 10 tu nanti. Tapi Khai wonder, kalau nak under cover, habis buat ape letak siren? (more…)
Ditulis pada 9 February '09 oleh KhaiHassan | 3,025 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Tergempar | Promo di Twitter! | 77 Respon

Geng: Pengembaraan bermula! Dan ini adalah satu-satunya entri yang pernah wujud di sini yang mewajibkan korang untuk turun panggung! Kasi pecah panggung beb! Animasi Malaysia, Wajah Malaysia. Ini yang kita nantikan selama ini. Ramai yang melihat kata-kata yakin pengarah Geng ni, Mohd Nizam dalam Melodi untuk mengaut kutipan RM10 juta sebagai satu yang mustahil. Bagi Khai orang bodoh dan tak tahu menghargai hasil anak Malaysia je yang cakap macam tu.
ni, katakan tidak untuk filem-filem lain lagi-lagi yang datang dari negara luar. Ong Bak 2? Pink Panther 2? Saus Kacang? Street Fighter? Ah persetankan! Sifu & Tongga? Haha, lagi la pergi mampos dengan cerita melayu paling slapstik atas muka bumi ni. Awek/pakwe ajak dating? Anggap je la korang single. Tak pun ajak dating nengok wayang. Segalanya adalah hanya untuk Geng: Pengembaraan bermula! Khai pernah tulis satu entri di Oh! Cun mengenai pandangan Khai sendiri untuk animasi Geng ni.
Well, tak perlu diperkenalkan lagi dengan dua budak tak tumbuh rambut, Upin dan Ipin. Cuma apa yang perlu diperkenalkan, adalah movie bagi mereka yang bertajuk Geng: The Adventure Begins… atau dalam melayunya, seperti title entri ni.
Sila bookmark tarikh berikut. 12 Februari 2009.. Sama-sama pecahkah panggung menyokong animasi 3D pertama Negara. Tahniah buat Les Copaque kerana berjaya menerbitkan sebuah movie tu bagi animasi tempatan.. Bagi aku, inilah animasi tempatan yang baru boleh dikatakan “CUN!â€.
Masih ingat akan Usop Sontorian, Kacang, Keluang Man dan pelbagai lagi animasi tempatan yang nyatanya seperti melepaskan batuk ditangga. Masih ditakuk lama tanpa berani berbuat sesuatu seperti apa yang Les CopaQue buat. 1001 salute setinggi langit buat crew Les Copaque.
Berkata tentang animasi tempatan yang ditayangkan di layar perak, aku teringan sebuah animasi yang pernah menggegar panggung dulu. Tajuknya Putih. Menggunakan suara Erra Fazira, M Nasir, Wan Maimunah, Raja Azura, Jalaludin Hassan dan ramai lagi mereka yang popular.
Nyatanya, mereka bukan menjual animasi, cuma menjual suara mereka yang ada nama di negara ini. Lihat animasi’nya, ternyata tidak layak langgung untuk masuk panggung.
Korang boleh teruskan pembacaaan di Geng: Pengembaraan Bermula…
Dan bila melihat disebalik tabir Geng: Pengembaraan Bermula ni, pasti akan membuatkan tahap keinginan korang untuk ke panggung betul-betul sampai ke tahap klimaks paling tinggi! Sampai terpancut beb. Uhuk-uhuk. Terpancut air liur.. :beurk: (more…)
Ditulis pada 8 February '09 oleh KhaiHassan | 2,976 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 48 Respon
Mungkin ini adalah entri yang terkotor pada kelasnya yang pernah tertulis di Justkhai.Com. Walaupun ianya tak sekotor mana (mahupun sekotor hati manusia), tapi kalau tengah makan tu, sila habiskan dulu.

Bila ditanya jamban cangkung dan jamban duduk, mana satu menjadi pilihan hati.. mesti ramai yang tersenyum sinis membayangkan gaya diri sendiri membuang bahan terlarang tu kan? Ada yang sambil tersenyum, ada yang muka macam Fasola, ada yang sambil cakar dinding (kritikal terlebih minum tongkat ali ni), ada yang sambil baca newspaper sedar-sedar je dah setel dan ada pula yang berak sambil berdiri (ah, ini melampau.. hahaha)..
Oleh kerana itu, wujudnya satu entri di Oh! Tidak melalui entri bertajuk, Oh! Jamban mana satu?
Beberapa komen di situ membuatkan Khai ketawa geli hati tak ingat dunia. Antara beberapa komen yang menjadi pilihan untuk ada di entri khas ini…
Cangkung, sbb memilih itu kerna lg senang ‘bijih timah’ itew kluar. klu duduk cam x feel la. klu jumpa tnds duduk pun cangkung gak atas tu. tak kira.
– Dari Deliciously
ntahlaa.. aku dah biasa tnds duduk.. tnds cangkung mmg org kata best nak feel.. tp kaki aku jenis senang sakit.. so kalaulah aku cangkung, masa dah bangun tu time jalan mesti kaki aku nye tuh pergh sakit die ‘baek punyee’..
– dari Amy Amira
Secara benarnya jamban cangkung lebih baik kerana bila kita mencangkung maka segala najis yang ingin di buang akan tekeluar.
Jika kau memilih jamban duduk, apabila kau buang najis, maka najis 2 xkan 100% keluar dan najis yang tinggal di usus kau 2 akan jadi kudis dan boleh menyebabkan radang usus (Kansel)
Tp ramai yang pilih jamban duduk sbb dia mudah begitu jua aku..
– dari Ahmad Kasam
Begitu tulus komen-komen diorang kat sana. Yes, entri pasal jamban ni ramai yang sangka sebagai entri lawak atau mungkin juga entri bodoh. Tapi mari kita sama-sama nengok siapa yang kurang bijak sebenarnya.. Beberapa fakta yang wajib korang tahu mengenai jamban cangkung dan jamban duduk. (more…)
Ditulis pada 7 February '09 oleh KhaiHassan | 2,307 views telah diterima.
Dalam kategori Istimewa | Promo di Twitter! | 58 Respon