
10 Hari terakhir sebelum menjelang tahun 2009 dah pun tiba. Yay! Secara tak rasminya, umur korang semua pun bertambah la satu lagi. Umur Khai baru nak masuk 21.. Muda lagi… lambat lagi nak kahwin tu.. Leh enjoy-enjoy dengan chick-chick yang ada (takde maknanya Khai).
Tadi masuk satu blog ni. Blog adik Nurfarahin. Comel budak ni. Kalau rasa nak ada pakwe mitahli, call Khai eh? Hahaha. Sebab apa Khai boleh termasuk blog dia yang cute tu? Kalau dah dia puji Khai melambung-lambung sampai ke bulan, Pakcik Google pun laju je la index. Hehehe. Thanks ye Adik Nurfarahin. Nanti raya 2009 nanti Khai kasi duit raya eh? buat beli aiskrem.. Taknak? Taknak sudah, Khai je la makan.
Dalam kepala Khai sekarang ni terasa macam nak sambung belajar. Well, Khai rasa nak masuk Uitm, Shah Alam. Tadi tanye budak Uitm sorang ni, dia cakap next intake bulan 5 ni. Khai rasa nak study bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat. Rasa ilmu yang ada sekarang ni sangat-sangat la tak cukup. Thanks to Sir Rozhan yang sedikit-sebanyak beri Khai semangat untuk sambung belajar. Kalau ikutkan nak kerja je terus. Tak sabar nak jadi kaya-raya kan? BMW sebijik. Hehe. Apapun bulan 5 tu lama jugak tu. Sempat la kalau nak kerja kat mana-mana. Still tunggu status kat sebuah kompeni hosting ni. Approve je, terus masuk kerja je lah. Atau kalau korang ada offer untuk Khai, kontek-kontek la insan hina ini yer.
Ah sudah. Mana tutorial’nya ye tak? ok ok.. (more…)
Ditulis pada 22 December '08 oleh KhaiHassan | 2,021 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Tutorial | Promo di Twitter! | 53 Respon

Hari ni rasa hati senang sangat. Rasa dah lepaskan sebijik batu belah batu bertangkup yang dah lama terletak kat bahu. Harap dia pun sama la. Dengan ‘bersih’nya background blog ni, melambangkan betapa bersihnya jiwa owner blog ni jugak. Siapa la owner blog ni ek? Hurm, orang kata lelaki baik untuk perempuan baik. Betul ke? Apa pun Khai sedar jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Sekuat mana pun kita cuba dan mencuba, kalau dah bukan jodoh tu, banyak aja babi melintang duk menyebok. Berakhirnya sebuah kisah Cinta Batu Belah. Wallahualam.
Entri kali ni agak penting untuk mereka yang rasa sayang dengan Islam. Ianya mengenai kekeliruan mengenai Masjid al-Aqsa.. MasyaAllah. Ini kali pertama Khai tahu dan before tak pernah nak amik tahu pun. So dah tahu ni, better kalau Khai kongsikan bersama dengan korang. Mana tahu nanti kalau bukan kita yang tertipu, mungkin mak ayah kita, nenek atuk atau mungkin juga member-member yang berkesempatan mengunjungi Masjid al-Aqsa. (more…)
Ditulis pada 20 December '08 oleh KhaiHassan | 1,420 views telah diterima.
Dalam kategori Religion, Tergempar | Promo di Twitter! | 70 Respon

Google Zeitgeist mengumpulkan apa yang Khai, korang, dan mereka semua dah search di Google. So rasanya Google Zeitgeist amat penting untuk mereka yang gilakan hits dan populariti di blog. Bila korang tahu keyword-keyword yang selalu orang search, bolah la korang menyelam sambil minum air dengan menulis apa-sahaja yang berkaitan dengan keyword yang menjadi top 10 di Google. Understood?
Jom usya apa yang majoriti orang Malaysia search di Google pada tahun ini. (more…)
Ditulis pada 20 December '08 oleh KhaiHassan | 869 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 19 Respon