Agak janggal juga apabila duduk tanpa ditemani N73. Hihihi. Even baru beberapa 2 hari aku merasa memegang N73 Music Edition hadiah dari Kak Lea, aku dah mula merasa bosan. Hah, aku memang seorang jejaka yang mudah bosan tetapi tidak membosankan. Aku yang merasakan begitu, tidak tahu’lah pandangan orang. Sebentar tadi, aku bersahur bersama Nieza. Kalau nak tahu, aku di Limkokwing Hostel, tiap tiap hari ada makanan free, sahur mahupun berbuka. Satu sen pun tak kena bayar. Melihat muka Nieza yang masih sedih dengan kehilangan Sony Ericsson Cybershot’nya, membuatkan aku senang hati menghulurkan N73 yang baru aku terima itu kepadanya. Bukan kasi terus, kasi pinjam je. Haha. N73 ini secara automatik menjadi rakan sehidup semati aku. Apa tidaknya, hari hari aku belai dengan sentuhan, aku bersihkan, aku urut-urut, aku berikan dia makan (charge) dan aku sentiasa bawa ke mana-mana. Mungkin dia lebih mendapat jagaan rapi dari aku berbanding isteri aku suatu hari nanti.
Bermain-main dengan N73 beberapa hari cukup membuatkan aku kagum. Dari beli N70, belilah N73. Kau pasti lebih puas hati. Tapi kalau dah rasa cukup kaya sampai duit berlebih-lebih tak tahu guna, beli saja N95. N73 mempunyai design yang sangat cun bagi aku. Skrin’nya (240 * 320 pixels) jauh lebih lebar berbanding N70 (176 * 208 pixels). Design’nya tidak setembam N70 dan bunyinya juga jangan cakaplah. Jika dulu kita rasakan N-gage mempunyai 3D stereo sound, N73 mempunyai bunyi dua kali lebih kuat. Kebanyakkan view di N73 digunakan melintang. Bererti kau sedang menggunakan handphone widescreen. Aku sukakanya. Aku suka apa sahaja paparan yang widescreen. Terima kasih Kak Lea!! [Lihat perbezaan antara N70, N73 dan N73ME]

N73 Music Edition yang berwarna hitam tersebut, dengan rasminya aku memberikan janjina’nya sebagai lelaki. Aku suka berikan jantina kepada semua barangan aku. Jantina diberi mengikut gerak hati dan apa yang aku rasakan selama ianya menjadi barang milik aku. Perasaan itu susah untuk aku nyatakan kerana aku sahaja yang dapat merasakan’nya. Notebook HP Compaq Presario V2000 yang dah beberapa hari tidak ditutup ini, sejak beli lagi aku anggap ianya lelaki. Mengapa? aku sendiri tidak tahu. Sudah itu kata hati, aku turutkan. N-Gage QD aku yang hilang dulu, dia seorang wanita. Motor Suzuki RGV aku di kampung, dia seorang lelaki. Tapi, mungkin kot melihat dari segi kelasakan, design dan warna. Mungkin kalian juga seperti aku, gemar memberikan jantina untuk barangan hak milik sendiri. Ianya menyeronokkan kerana mendidik kita menjadi lebih efisyen. Contoh jika kau ada seorang kawan lelaki dan seorang kawan wanita. Dua-dua sama level iaitu kawan baik kau. Cukup mudah bukan bagi kau untuk melayan karenah kedua-dua’nya kerana mereka ada jantina. Ah, itu bagi aku la.
Aku juga suka bercakap dengan barang. Tapi jangan cakap bila ada orang, nanti kau dikatakan gila pula. Aku bukan percaya dengan benda-benda karut, tapi kalau kau renungkan, barang yang kau selalu cakap kau sayang kat dia, amat jarang berikan kau masalah berbanding barang yang kau layan acuh tak acuh je. Mungkin mereka juga ada perasaan. Oh, barangan itu tidak hidup! diorang takde perasaan la Khai!! Tapi perkara ini mendidik aku menjadi seorang yang lebih menyayangi apabila sesuatu berada di depan mata, bukan apabila sesuatu itu telah pergi meninggalkan kita.
Oh aku mendapat nasihat sangat berguna dari seorang rakan karib aku, Asri. Dia kata, jika kita mengidam ingin makan cempedak goreng, kemudian terhidang cempedak goreng itu 50 biji di depan mata, tak mungkin dapat dihabiskan. Maknanya cukup mendalam, jika kita dambakan seseorang itu untuk berubah, apabila perubahan itu telah kita dapat, mungkin bukan semua perubahan itu dapat kita terima. Jadi terimalah pasangan kita seada’nya dia.
Ditulis pada 23 September '07 oleh KhaiHassan | 713 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 15 Respon

Hari ini adalah hari yang paling gembira dalam hidup aku. Kegembiraan ini telah aku bawa dari semalam hinggalah kini. Apa tidaknya, aku menerima hadiah yang paling mahal dalam hidup aku sempena hari jadi. Hadiah yang aku maksudkan, adalah Nokia N73 yang aku idam-idamkan selama ini. Kehadiran N73 semamangnya tidak disangka seawal ini. Biar aku ceritakan bagaimana N73 ini boleh dikatakan datang bergolek menemui aku.
Beberapa bulan lepas, jika kau pembaca setia blog ini, pasti tahu pasal kehilangan handphone aku, N-Gage QD. Ya, kalau boleh aku ingin hebah’kan satu dunia kerana aku betul-betul bengang dengan kehilangan handphone pertama hasil titik peluh aku tu dan sesuatu telah berlaku di Myspace.
Kak Lea, seorang ibu dan isteri yang betul-betul baik bagi aku. Beliau pernah memberi bantuan kepada aku beberapa tahun lepas untuk terus memajukan Scukz. Itulah sebab aku sentiasa ingat’kan dia. Aku tidak pernah berjumpa Kak Lea secara empat mata mahupun berbual di telefon, tetapi fikirkan bagaimana ada seorang insan yang sungguh mulia datang menghulur bantuan di saat aku betul-betul memerlukan pertolongan demi Scukz.Com dan semua ahli. Jika portal itu tutup dahulu, aku tahu pasti ramai yang kecewa dikala misi berlumba-lumba jumlah post sedang meriah berlangsung di forums. Bantuan Kak Lea bukan sekadar satu ratus atau dua ratus, tetapi lebih dari yang aku perlukan.
Di Myspace,
Aug 8, 2007 11:16 PM
a’kumm adik kak sayang!!! khai kak minta maaf sebab kak curi lagu khai….kak minta maaf khai
Aug 9, 2007 12:56 AM
kekek.. ooo curi yee. nak kene babab ni akak ni.. hehe.. ala ape khai nye, anggap je akak punye jugak.. okies..
Aug 9, 2007 1:42 AM
trima kasih khai!!! nak hadiah bday tak?? kak belikn phone nak tak khai kak kira 1,2,……. kalau x jwap maknanya tolak rezeki jengggg jenggggg….
Aug 9, 2007 1:54 AM
niru tapak tangan, nokia n73 patik tadahkan… wakakakaka… okies kak.. thanks for wish my besday….. hehe.. kejap je dah 1 tahun ek…
Balasan testimoni yang aku berikan itu sekadar melayan Kak Lea yang aku anggap sengaja mengusik. Kemudian aku menerima sebuah email. Email apa? Email bertanyakan alamat hostel aku? Isk, betul ke akak ni. Ingat gurau-gurau, sekali sampai send email mintak alamat la pulak kan? Sesi berbalas email berlaku selama beberapa hari. Akhirnya tanggapan aku ianya sebagai gurauan hilang dek kerana kesungguhan Kak Lea membuatkan aku nampak yang ianya betul-betul suatu yang serius,
Aug 15, 2007 4:12 PM
mekasih kakkkkkkkkk.. love u love u love uuuuuuuuu!!!! hehehe 😀
Semenjak dari itu, aku menunggu hadiah hari jadi dari Kak Lea dengan penuh debaran. Aku menunggu tetapi bukan dengan harapan yang tinggi. Dalam fikiran aku, ah, mana mungkin aku akan dapat hadiah N73 percuma! Pasti Kak Lea ingin mengusik aku lagi. Oleh kerana kesibukan Kak Lea, kerap kali beliau kirimkan ucapan memohon maaf kerana lewat menghantar hadiah itu. Lihatlah, sudahlah ingin berikan aku N73, boleh pula dia berkata begitu. Aku selalu sahaja menjadi serba salah. Malu pun ada dengan Kak Lea.
Maka semalam, 21 September 2007 jam 2 petang, aku menerima sebuah bungkusan yang dibalut rapi. Aku lihat ianya kiriman dari Ipoh. Tertulis nama Kak Lea di bungkusan tersebut. Oh, aku tersenyum sendiri tidak menyangka. Jika tiada orang, mahu sahaja aku lompat setinggi mungkin. Aku membuka bungkusan kuning itu dengan penuh debaran. Dah buka satu, ada lagi balutan lain yang menggunakan kertas pembalut hadiah bertulis Happy Birthday. Aku buka bungkusan itu dihadapan kawan-kawan dan semua macam tidak percaya, ianya sebuah telefon bimbit Nokia N73 Music Edition. Suasana menjadi kelam kabut seketika.
Terdapat sebuah kertas berwarna PINK di dalamnya tertulis,
Assalamualaikum Khai! Maaf lambat hantar hadiah… Kak bz sikit….. Khai jagalah phone ni baik-baik ye.. sayangkan’lah phone ni macam Khai sayangkan Nieza.. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa.. Kita makan sama2.. Ikhlas dari kakakmu yg taklah berapa jauh.. kat Ipoh je 😛
Malam tadi aku menghubungi Kak Lea. Ini kali pertama aku mendengar suara insan yang aku anggap ‘angel’ ini. Biarpun perbualan kami tak lama kerana Kak Lea sibuk bersiap-sedia menyambut hari jadi anak’nya, tapi dah tentunya Khai dapat mengucapkan terima kasih dan menunjukkan bertapa Khai sangat menghargai pemberian dari Kak Lea itu. Itulah, Siapa kata di Internet susah nak jumpa orang yang baik-baik? ramai sebenarnya.. Terima Kasih Kak Lea!! Kalian cubalah cari “Kak Lea nombor 2”, mana tahu bernasib baik seperti aku mengenali insan seperti itu.
Dalam berita kegembiraan aku menerima hadiah Nokia N73, Nieza pula kehilangan handphone beberapa jam selepas N73 aku terima. Dia keluar bersama kawan sebilik mencari baju raya dan kehilangan handphone berlaku di Pasar Seni ketika sedang berebut menaiki bas. Sungguh pakar si pencuri durjana itu. Bukan sahaja handphone Nieza yang diambil’nya, duit RM100 kawan sebilik Nieza juga lesap tanpa disedari. Dalam hati aku terdetik, mungkin mereka dipukau. Pergi mati’lah sama si pencuri itu dan seluruh keturunan’nya. Nieza menangis semasa menemui aku tadi disaat aku ingin menunjukkan hadiah N73 yang aku terima. Hajat dia tidak kesampaian untuk bertukar-tukar handphone N73 dengan SE Cybershot K700i semasa hari raya nanti. Tidak mengapalah, sabar sajalah sayang. Lihat pada Khai, hilang N-Gage QD dan apa yang Khai genggam sekarang? sebuah Nokia N73. Setiap kejadian pasti ada hikmah’nya.
Pssttt: Kak Lea setia berada di senarai Myspace Top Friends aku. Lihatlah, selepas ini blog ini akan lebih berseri dengan kedatangan gambar-gambar yang aku ambil sendiri.
Ditulis pada 22 September '07 oleh KhaiHassan | 1,576 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Gadget | Promo di Twitter! | 56 Respon
Agak sibuk menyiapkan E-zine. Sebuah final assignment aku untuk subjek Web Publishing. Dah hampir 80% siap. Kalau rasa nak nengok, add’lah aku di YM dan klik status di situ. Setiap kritikan anda amat ditagih untuk menjadikan final projek aku lebih ranggi. Wanita ini telah tag aku dan dengan penuh hormat dan terima kasih, aku akan membalasnya.
Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Errr… kena tanya mak aku la kot. Segan la nak cakap.
Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
Macam tak pernah sebab aku ni anak yang soleh. Ceee…
Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Pernah la. Cakap tak pernah nampak sangat bohongnya. Siap jadi tokan lagi tu dulu.
Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Murtabak. Kampung aku memang glemer ngan murtabak paling lazat dan wajib dibeli setiap hari.
Lagu raya manakah yang anda suka??
Aku suka lagu yang sayu dan pilu. Macam lagi Raihan ft. Mambai tu ke atau dari Siti Nurhaliza, Air Mata Syawal.
Tahun ini anda beraya di mana??
Kalau dah namanya belum khawin, kat mana lagi nak beraya. Kat umah parent terchenta la. Mungkin nanti di Perlis pula. Kalau ada jodoh.
Pernahkah anda bertugas di hari raya??
Belum kerja maa.. tapi bertugas bersihkan rumah tu, memang tak pernah miss. Asib kene paksa je ar. Nak duit raya punye pasal.
Apakah kenangan paling manis di hari raya??
Balik sembahyang raya, sure satu family berkumpul, salam ikut turn. Aku sebagai yang bongsu, paling happy coz satu-satunya yang perlu diberi duit raya. Itulah untung tiada adik! Hihi
Sebarkan tag ini kepada 8 orang sahabat bertuah pilihan anda.
Hefreze dan seluruh blogger Scukz! tak buat kene sekeh!
Kalian mempunyai masalah tak nak apply Super Savers dari Hotlink? Mesti line asyik busy aje kan? tidak mengapa, hubungi aku dan aku akan beritahu cara yang paling berkesan. Dijamin sekali send je terus dapat! Syarat? komen entry ini dan hubungi aku di YM!
Ditulis pada 21 September '07 oleh KhaiHassan | 650 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 21 Respon