
Hari ini aku agak gembira. Kain baju yang sudah seminggu terkumpul tidak dibasuh, sudah aku selesaikan tadi. Dengan bayaran RM2, aku boleh basuh dengan sesuka hati aku berapa banyak pun. Terima kasih untuk semua pelajar rumah sebelah yang berkongsi duit beli mesin basuh separa automatik tu. Pergilah mati sama basuhan tangan. Kau tidak diperlukan lagi di saat aku sedang ‘pressure’ menyudahkan assignment yang tak pernah sudah.
Pinky kembali lagi. Aku begitu rindu dengan theme bewarna merah jambu ini sebenarnya. Ramai juga antara pengunjung yang mahukan theme ini. Jadi hari ini, aku kembali menggunakan’nya. Memang betul, hati aku pun sebenarnya terasa senang sedikit melihat warna yang menggambarkan kelembutan ini. Girlish gitu. Sungguh menambat kalbu sesiapa sahaja yang mempunyai hati seindah merah jambu. Kembalinya theme lama ini, membuatkan iklan dari Nuffnang kembali menyemak. Akan ku nyah’kan iklan yang tidak bermakna itu. Esok saja..
Bagaimana puasa anda semalam? ada lagi yang masih curi-curi makan atau merokok di dalam tandas? Hantuk’kan saja kepala di dinding. Sungguh tak malu masih berpijak di bumi Allah. Bagi aku, puasa tahun ini sama peritnya seperti tahun lepas. Waktu yang sama di mana aku sedang berhempas-pulas menyelesaikan tugasan dengan perut yang sedang lapar. Ikutkan nafsu buas aku yang meronta-ronta ini, mahu sahaja aku menyantap sebotol Coke tapi apakan daya, assignment bukan alasan untuk aku dan aku sedar, bukan aku saja yang melaluinya. Ramai lagi pelajar yang lain, di sini dan di seluruh dunia.
Oh, aku suka mengingati benda yang lalu tetapi bukan memandang ke belakang. Itu perkara yang perlu aku lakukan untuk aku terus menjadi lebih cemerlang dari yang sebelumnya. Begitu juga internet yang sudah sebati dalam kehidupan harian aku. Aku selalu melihat bagaimana rekaan sebuah website itu dulu dan kini. Kita bezakan. Melihat website sendiri dulu dan kini, membuatkan aku dapat mengenang kembali masa silam. Kau mahu lihat bagaimana ‘simple’nya Scukz.Com semasa kali pertama wujud di dalam maya ini pada 17 December 2005? Tekan butang tetikus belah kiri kau di sini dan lihatlah bagaimana ianya berubah dari masa ke semasa.
Jika kalian juga mempunyai website atau mahu lihat bagaimana buruknya rupa Google atau Yahoo yang dahulu, berkunjunglah ke Internet Archive Wayback Machine. Di bahagian komen nanti, sertakanlah archive website kalian. Aku mahu lihat bagaimana kalian membuat sesuatu pada website atau blog menjadi lebih baik dan sempurna.
Ditulis pada 17 September '07 oleh KhaiHassan | 530 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 9 Respon
Sudah lama website ini berada di alam maya tapi masih ramai yang belum mengetahui. Apa itu GahooYoogle dan bagaimana ingin mengingatinya. Jawapan aku mudah. Yahoo + google kemudian terbalikkan huruf Y pergi ke Google dan huruf G pergi ke Yahoo maka tercetuslah GahooYoogle yang amat pelik bunyinya. GahooYoogle adalah sebuah website yang menyediakan perkhidmatan search 2 dalam 1. Kebanyakkan dari kita menggunakan Google sebagai medium mencari sebarang maklumat. Aku tahu Google mampu mengeluarkan keputusan carian dengan lebih telus dan tepat tetapi tidak bermakna Yahoo boleh diperlekehkan. Dalam beribu-ribu hasil carian Yahoo itu, mungkin hasil terawal yang akan keluar, lebih menepati citarasa kau. Siapa tahu. Dan aku amat menyedari, Google lebih efisyen dalam pencarian teks manakala Yahoo lebih efisyen dalam pencarian images.
Tetapi adalah sangat melecehkan untuk mencari di dalam lain-lain website kerana kemungkinan untuk membuka maklumat yang sama adalah sangat tinggi. Jadi gunakan GahooYoogle sebagai medium pencarian utama anda. Ianya menggabungkan mesin pencarian Yahoo dan Google dalam satu window yang membuatkan kerja pencarian anda menjadi lebih mudah dan lebih efisyen.

Lihat sahaja website’nya, jangan dipandang rendah. Aku tahu logo website itupun seperti hasil ‘save’ menggunakan paint akan tetapi, ianya ternyata lebih berguna untuk aku kerana mampu beroleh pelbagai maklumat yang diingini dalam masa yang singkat. Aku pasti, ianya sebuah web yang wajib di bookmark! Lupakan laman utama Yahoo dan Google kerana kini, kita ada GahooYoogle. Terus sahaja ke sana: Click!
Selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh sabar.
Ditulis pada 15 September '07 oleh KhaiHassan | 545 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 10 Respon

Ku mengharap’kan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..
Sedikit petikan dari lagu nyanyian Raihan bersama Manbai ini cukup membuatkan aku betul-betul ingin melakukan tugas sebagai seorang muslim dengan cukup sempurna. Alhamdulillah, aku bukan’lah seorang Muslim yang lengkap dari segala aspek tapi mengenai bab berpuasa, aku cukup menitik-beratkan ibadah dalam rukun Islam ke-3 ini. Hari ini, hari ke-dua berpuasa. Alhamdulillah, semalam aku dapat melaluinya dengan penuh rasa tanggungjawab. Ini adalah kali ke-2 aku berjauhan dari keluarga pada hari menyambut bulan seribu makna ini. Keadaannya sama, masih berhempas pulas menyudahkan assignment untuk pulang beraya seminggu sebelum Aidilfitri tanpa perlu datang kembali ke hostel seminggu selepas raya. Ini juga yang aku lakukan pada tahun lepas ketika masih di Semester 1. Berbuka puasa pada hari pertama tidak’lah terlalu hambar. Berbuka puasa bersama rakan-rakan sedikit sebanyak dapat mengubat rindu berbuka bersama keluarga. Semalam, aku berbuka dengan pelbagai juadah percuma. Ada lauk ayam, sayur, kuih muih, bubur, kurma, tembikai susu dan air yang enak-enak.
Bagaimana puasa anda? Ya, kalian mampu menahan lapar sehingga hampir 12 jam. Adakah itu sudah cukup membuat anda merasakan bahawa sudah berjaya menjalankan tugasan sebagai seorang Muslim. Kau sibuk bercerita kepada kawan-kawan yang tahun ini akan cuba berpuasa penuh. Bukan seperti tahun-tahun sebelum ini. Tetapi cuba kita renung balik, adakah ianya cukup sekadar menahan lapar untuk berpuasa. Bagaimana dengan mata, tangan dan anggota badan yang lain. Adakah ianya turut berpuasa. Sejauh mana’kah diri kalian kepada al-Quran. Aku juga berpesan kepada diri aku. Dalam kesibukan duniawi sebagai seorang pelajar, berapa kalikah aku membaca al-Quran dalam setahun? Jadi apakata kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai masa yang paling sesuai untuk kita membacanya. Imam-imam besar seluruh dunia meng’khatamkan al-Quran sebanyak 2 kali dalam sehari. Ini bermakna mereka telah khatam sebanyak 60 kali dalam tempoh masa sebulan berpuasa. Ramai antara sahabat aku di sini yang berpuasa. Tahniah kepada mereka yang tidak pernah berpuasa pada tahun-tahun sebelum ini. Ada yang kaki botol sudah melangkah ke Masjid mengerjakan Solat Terawikh. Namun masih ada yang berpuasa tetapi masih dengan tabiat kuat mengumpat, mengeluarkan kata-kata yang kurang elok di dengar. Aku sangat heran dengan orang sebegitu.
Di sini ada slideshow yang sangat indah jika didownload oleh kita semua. Baca dan cuba ikuti apa yang ada di dalamnya. Ianya mungkin bukan sebuah jadual harian yang lengkap untuk seorang muslim dalam bulan Ramadhan ini, tetapi ianya cukup untuk kita menjadi seorang muslim yang berjaya di bulan penuh syafa’at ini. Dunia kita sudah tua. Sedar-sedar’lah kepada mereka yang terus sesat. Hindari dunia penuh kehancuran dan pergilah mencari sesuatu bekalan untuk akhirat kelak. Berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kepada sesabaran.
Download (right click & save as)
Ehsan dari saudara Azmie.
Oh, aku rindukan suasana bulan ramadhan di kampung. Mungkin ramai antara kalian juga dapat merasakannya. Ayah ibu, sabarlah menunggu kepulangan anak-anak’mu di hari lebaran nanti.
Ditulis pada 14 September '07 oleh KhaiHassan | 501 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 10 Respon