Ramainya suka ais krim.

Aku menulis lagi. Syukur, internet akan expired esok jadi boleh’lah aku lenjan internet ni puas-puas sampai esok meskipun kelembapan betul-betul membuatkan hati aku dicarik-carik. Sebentar tadi aku keluar makan bersama teman di sebuah gerai mamak hampir 200 meter dari hostel ini. Wah! ramainya orang. Rupanya filem Charlie’s Angels sedang ditayangkan di Astro. Seluar dalam sana sini dan bikini melambak sana sini. Mungkin itulah cerita terbaik dari Astro sempena bulan kemerdekaan ini. Tahniah Astro kerana mengajar kanak-kanak di negara ini betul-betul merdeka menonton apa sahaja di Televisyen. Cayalah Astro!

pelita.jpg25 Ogos ni, Rumpun 2007 dah nak berlangsung. Ramai yang dah daftar kehadiran di bawah nama aku atau ScukzdotCom. Tunggu aku di pintu masuk Pelita Nasi Kandar nanti tau. Bagaimanapun, aku masih belum betul-betul sure samada dapat pergi atau tidak tetapi keinginan untuk memeriahkan majlis betul-betul di tahap 100%. Moga aku ada kelapangan waktu pada hari tersebut tanpa kelas tambahan atau apa-apa exam dan duit tak kering pada hari tersebut. Boleh’lah aku jumpa rakan-rakan blog yang selama ni kenal dikenali melalui penulisan mereka sahaja. Aku tiada transport jadi mungkin aku akan menaiki LRT ke KLCC dan berjalan sahaja ke Pelita Nasi Kandar. Ada blogger yang duduk area Cyberjaya atau Puchong? Bawa’lah aku ke sana bersama. Hehehe. Oh ya, aku menukar lagi tagline untuk blog ini. Ya! aku semakin berminat untuk mengubahsuai blog ini kepada 100% bahasa Malaysia kena dengan penulisan aku di blog ini. Basmilah bahasa penjajah sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-50 ini. Martabatkan bahasa sendiri seperti apa yang dilakukan Indonesia dan Jepun. Mereka sangat bagus! Oh, ada kelainan sedikit di siderbar blog ini. Mana perginya iklan dari Nuffnang? Naluri aku telah memaksa aku untuk membuang iklan mereka yang menyakitkan mata tetapi habuk pun tiada. Kau pun patut nyah’kan iklan yang tak menentu ketinggiannya itu.

Alamak! Jepun sekali lagi buat hal. Tidak puas dengan kehebatan memperkenalkan fashion baru yang over, mengeluarkan alat untuk wanita kencing berdiri dan pelbagai hal lagi, kini ada aiskrim istimewa di jual di sana. Aku mesti dapatkannya bila pergi ke sana nanti! Booyah untuk Jepun!! Maju dalam segala hal! Mungkin’kah ais krim seperti ini akan diperkenalkan di negara ini? halal dari segi kandungan tetapi haram dari segi bentuk? mungkin JAKIM akan bertindak! Gambar ini aku dapat di Forums Scukz. Di sanalah tempat kau perlu pergi jika kau kekeringan idea untuk berblogging. Percayalah cakap aku. Ke sana sekarang dan daftar sebagai ahli untuk ke forums.

aiskrim.jpg
“Ianya aiskrim! jangan fikir bukan-bukan. Ya, Kretif tapi bodoh”

Jangan amalkan memakan ais krim seperti di atas dan sudah tentu, jangan beri pada anak-anak kalian. Esok pada pukul 12:05 pagi, kau mesti masuk blog ini, kerana aku dah tulis mengenai segala jenis Eye yang ada di dunia. Jika kau rasa Eye on Malaysia dah cukup bagus, ada lagi bagus.. tunggu esok ok!! Aku dah tuliskan dahulu kerana esok aku takkan dapat update kerana internet expired! Ingat tu.. Kita jumpa esok…

Eh! ada budak tercucuk garpu!! (more…)

Ditulis pada 18 August '07 oleh | 652 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 27 Respon

Advertlets & Mobile88

Pelbagai perkara menarik terjadi dalam hidup aku hari semalam. Seperti biasa aku tidur pada pukul 6 pagi dan terjaga pada jam 11. Lewat pula hari ini mungkin kerana terlalu penat kelmarin. Pukul 4 petang aku ke campus gara-gara pensyarah mahukan kami menonton filem sebagai kesinambungan assignment untuk menulis movie review. Meskipun hari ini sepatutnya aku tiada kelas, tapi dengan berat hati, aku pergi juga menonton cerita Jeeper Creeper 2 itu. Menyampah aku nengok pelajar perempuan terjerit sana, terjerit sini. Tahu la seram tapi cara mereka menjerit itu, aku tahu tidak lain tidak bukan sekadar menarik perhatian sang lelaki untuk mengurat. Aku menyampah lihat orang seperti itu. Di dalam panggung wayang Limkokwing tu, ada satu perkara yang aku tidak sangka-sangkakan kerana aku terjumpa sesuatu. Alhamdulillah. Habis menonton filem dalam pukul 8 malam aku terpaksa menunggu bas pula dihadapan Limkokwing University. Dalam kebengangan menanggung kelewatan bas sampai, aku duduk berborak bersama Nieza dan rakan-rakan. Tiba-tiba datang sebuah Produa Kancil putih meluncur laju ingin membuat aksi ‘drift’ dihadapan kami semua yang lebih dari 100 orang ni. Tiba tiba terbalik la pulak. Berlari aku dan beberapa pelajar lain ingin membantu. Kereta yang terbalik itu kami tolak sehingga normal semula. Mereka bertiga yang kesakitan + malu terus naik kereta dan berambus pergi tanpa sebarang ucapan terima kasih. Tidak mengapalah sekurangnya butiran cermin kereta mereka yang pecah tu tetap bersama kami menunggu bas. Haha. Nasib tak sempat nak ambil gambar dek keadaan huru hara sangat. Kalau sempat, tentu menarik entry aku hari ini.

thanks-advertlets.png

Aku menjenguk lagi ke akaun Advertlets. Alhamdulillah, permohonan aku dah pun diluluskan. Terima Kasih Advertlets. Kepada yang mempunyai blog atau website tidak kiralah dihostkan sendiri atau yang percuma, jangan segan-segan pasang iklan advertlets kat blog atau web kalian kerana ianya betul-betul tidak merugikan even pendapatan tak seberapa pun, siapa nak kasi kau duit senang-senang macam tu je? Dalam banyak-banyak advertising campaign, Advertlets adalah yang paling mendatangkan hasil untuk aku. Nuffnang? sehingga kini baru beberapa sen dek bahana cost per click campign yang mereka perkenalkan 😛

Aku juga ingin memperkenalkan sebuah website handphone preview kepada kau semua yang menghimpunkan semua jenama handphone di dunia dan ianya dari Malaysia. Aku tak tahu di mana kau mencari info dan maklumat mengenai sesebuah handphone yang kau minat. Almost i think di official website mereka bukan? tetapi bagi aku, Mobile88.Com adalah tempat paling sempurna pernah aku jumpa. Mungkin aku sukakan angka 88 di penghujung nama website itu kerana itu adalah tahun kelahiran aku. Kalian cubalah dan pastinya, aku tak sabar menanti hadiah N73 dari Kak Lea tu. Betul kata Kid, aku ni lucky guy kerana aku juga merasakan begitu kerana aku memang bertuah mengenali seorang insan yang sungguh baik hati seperti Kak Lea. Semoga beliau terus sukses dalam kerjaya’nya. InsyaAllah.

Psstt: Internet aku esok dah expired tapi tak boleh nak topup lagi coz pihak management membekukan penjualan topup prepaid broadband. Mungkin kerana ingin memboikot Go Lightspeed Broadband kerana servis taik mereka. What can i do now, go to Cyber Cafe to make a research for my assignment and update this blog or just kill myself in boring mood without internet. Nak nengok gambar hantu yang member aku tangkap? (more…)

Ditulis pada 17 August '07 oleh | 541 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 20 Respon

Semut Phobia

ant_by_alexbalix.jpg
Aku ada buat sedikit research mengenai semut. Tapi hanya di Wikipedia saje lah sebab tak banyak masa sangat. Kalian boleh lihat dan baca sendiri jika minat. Klik di Sini. Sebenarnya nak kasitahu yang aku ni sangat berani orangnya. Luaran nampak aku ni macam pendiam, penakut, pengecut dan bermacam-macam lagi andaian ke-arah kesopanan gitu, haha tapi aku sahaja yang tahu siapa aku. Aku akan tegas pada siapa yang kurang ajar pada aku tak kiralah tua atau muda even family aku sendiri. Aku berani kerana benar dan aku berundur secara terhormat kalau aku tahu aku salah. Itu prinsip aku! dan seberapa berani aku pun, aku takut pada serangga kecil ni. Ianya Semut. Tidak kira lah apa jenis semut pun samaada warna, berbisa atau saiz tapi kalau ianya dipanggil semut, secara automatik bulu roma aku akan naik seberapa banyak kali apabila hati aku terdetik tentang semut sambil otak menggambarkan semut yang sedang berjalan mengikut laluan mereka dengan penuh setia. Bukan bulu roma sahaja berdiri tetapi aku rasakan seluruh saluran bulu yang ada pada aku akan menegang yang menyebabkan aku beraksi seperti geli-geleman. Ianya termasuklah juga bulu yang sedang kau fikirkan sekarang ni. hehe. Nakal!! Ini semua kerana Semut! Ya SEMUT!! bukan lipas, lipan, unta, cipan, cicak, rama-rama, kucing mahupun apa jenis serangga dan haiwan pun. Harimau pun aku tak pernah takut tapi aku terpaksa takut sebab kalau aku lawan dia, dah tentu aku kalah nye kan?

180px-antsdismemberingbigbug.jpgAku sering menjadi bahan ejekkan member dek kerana semut! Mereka selalu ambil seekor semut dan baling atau letakkan secara senyap kepada aku dan kau tahu apa yang akan terjadi? aku tak pernah kira apa akan terjadi pada semut tu mahupun rakan aku selepas itu. Nasib la kamu berdua. Dulu hidup aku bahagia apabila datang ke hostel ini kerana ini bangunan baru dan susah sekali aku ingin melihat semut walaupun seekor. Tetapi kini aku susah sekali nak jejakkan kaki ke lantai apabila duduk di kerusi gara-gara semut makin membiak pula di sini. Aku takkan merelakannya. Kalau ada kamera, aku dah snap apa yang ada di sebelah aku ni. Kau rasa apa yang ada? Ya, ianya se-tin Ridsect pembunuh semut yang sentiasa menjadi senjata aku menentang serangga kecil ini. Aku tak tipu, sebut pasal hantu, cerita seram atau apa sahaja yang membuatkan bulu roma manusia normal berdiri, aku takkan begitu cuma semut yang membuatkan bulu roma aku berdiri dengan penuh bangga. Aku rasa jika suatu hari nanti ada pertandingan bulu roma siapa paling cepat berdiri atau paling banyak kali boleh berdiri dalam sejam, akulah juara’nya. No doubt about it!!

405px-the_ant_bully-_poaster.jpgAda nengok filem The Ant Bully arahan John A. Davis? aku memang tak boleh terima animasi tu apabila manusia boleh berbaik-baik dengan semut. Iskk.. Seram-nya. Apakah perkara yang boleh menyebabkan bulu roma kalian berdiri dengan megah? adakah ianya sama seperti aku dek kerana gara-gara seekor semut? Oh semut, minggirlah kamu dari dunia-ku. Aku tertanya-tanya, mengapa aku jadi begini? Hati aku kaut mengatakan, ini bukan penyakit keturunan kerana family aku sendiri ketawakan aku. Adakah mungkin pernah terjadi sesuatu antara aku dan semut semasa usia kecil aku dulu yang menyebabkan aku begitu menyampah dengan serangga paling comel di dunia ini. Kau tahu berapa kali bulu roma aku dah naik semasa aku menulis artikel ini? Kau kiralah berapa banyak perkataan “semut” di dalam artikel ini, dan itulah jumlahnya! Boo-Yah!!

Pssttt: ya, aku bercerita mengenai semut, bukan hantu! Oh, satu rahsia terbesar aku telah terbongkar.

Ditulis pada 16 August '07 oleh | 579 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 25 Respon