
Disaat orang lain dah lama menulis mengenai erti kemerdekaan di blog mereka, baru hari ini aku tergerak untuk menulis. Sebenarnya sahaja aku tunggu sehingga ke hari ini dikala saat aku sudah memasuki umur 19 tahun. Baru la aku pun merdeka sama! Hari ini genap umur aku 19 tahun 3 hari. Yay!!
Kalau ditanya kepada aku apa makna kemerdekaan, rasanya jawapan aku sama sahaja dengan orang lain. Contoh jawapan membosankan yang selalu kita dengar seperti kita bebas dari jajahan, kita boleh mengikut acuan kita sendiri dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku, semua itu memang betul cuma aku teringin sangat nak lihat rakyat Malaysia kita ni bebas dari segala propaganda. Contohnya, kau sendiri pun tahu harga internet di Malaysia ni sangat mahal berbanding negara maju lain. Internet di negara kita dua kali ganda lebih lembap dari negara luar tetapi dua kali ganda lagi mahal dari negara luar? siapa nak jawab? Bukan itu sahaja, malahan terdapat pelbagai lagi perkara yang ternyata membuatkan kita hidup dalam penipuan. Aku juga ingin melihat Malaysia bebas daripada rokok. Bukan dengan menaikkan harga rokok yang ternyata tidak mendatangkan effect kepada si perokok malahan mungkin memberi kesan negatif dalam masyarakat kita sendiri. Harga rokok naik siapa yang kaya dan siapa yang sakit? kau sendiri pun tahu.
Selain itu juga, aku sangat berharap Malaysia akan bebas daripada kretiviti yang tiada nilai. Contohnya, lihat sendiri animasi dari tangan anak Malaysia. Sampai sekarang masih lagi dalam bentuk animasi 2D. Di negara Jepun, animasi 3D mereka dah cukup melambak sampai tak tahu mana satu nak layan. Tetapi di Malaysia, hanya RTM sahajalah yang sanggup menerima kartun kita sendiri. Syarikat Swasta seperti TV3 ingin nak siarkan? kirim salam aje la. Apa yang ada di TV3 hanya animasi-animasi Jepun yang telah dirosakkan dengan mengalih bahasa asli’nya ke dalam Bahasa Melayu. Kasihannya. Ye la, sampai bila pengertian merdeka itu masih di tampuk lama. Sampai bila kita nak berbangga yang negara kita dah merdeka 50 tahun sedangkan negara lain sudah lama merdeka dan terus mengejar sesuatu yang dinamakan “Creative Technology”. (more…)
Ditulis pada 6 August '07 oleh KhaiHassan | 1,994 views telah diterima.
Dalam kategori Acara, Istimewa | Promo di Twitter! | 16 Respon

Owh. Malam ni aku betul-betul hilang akal tapi aku masih belum gila. Harini macam-macam masalah yang datang. Lepas satu datang satu lagi. Tak selesai masalah aku, aku kena fikir pula masalah dengan girlfriend. Aiyoo.. memang orang lain tertanya-tanya apa masalah aku ni? Aku nak cerita pun berat tapi takpe la, biar aku tanggung sendiri cuma yang aku harap, orang yang aku sayang akan boleh memahami aku apa adanya. Itu sudah memadai.
All right, oleh kerana ramai yang PM aku secara personal mintak lagu ini dan itu, terus terang bukan aku tak mampu nak tolong, cuma line internet di hostel ini betul-betul membuatkan aku tertekan. Lembap memang tak ingat. Memang Go Light Speed ni sengal seadanya. Mungkin customer mereka makin meningkat, tapi service still macam masa customer 5 orang dulu. Tak pernah nak ber’upgrade. Kepada yang meminta lagu ini dan itu tu, maaf aku pinta kerana bukan sahaja keadaan internet tidak mengizinkan, tetapi aku online di internet bukan sekadar untuk Myspace dan Friendster, tapi banyak perkara lain yang perlu aku utama’kan dari menolong orang mencari lagu.
So di sini aku hanya ingin menyarankan kepada semua untuk mencuba satu cara yang mudah dan pantas untuk mendapatkan sebarang lagu. Tidak perlu menggunakan apa-apa software, yang perlu ada hanyalah satu syarat iaitu kau boleh masuk ke halaman carian Google. Kalau dah boleh maknanya, peluang kau untuk mendapat lagu dengan mudah sangat besar. Ini cara aku mencari lagu selama ini gi Google. Tapi untuk lagu melayu susahlah sikit. Ada rezeki, ada la. Begini caranya..
?intitle:index.of? [extension] [nama artis atau tajuk lagu]
Nampak di atas tu? kau hanya perlu copy dan tukar mengikut apa yang kau mahukan. Contoh jika kau ingin mencari lagu dari My Chemical Romance, kau hanya perlu menukar data-data di atas itu menjadi ?intitle:index.of? mp3 My Chemical Romance dan search gi Google. Kau akan lihat pelbagai senarai index yang akan keluar dan kau hanya perlu right click dan save as file tersebut. Kalau nak cari software, tukarkan sahaja Extension itu kepada exe dan sebagainya.
Begitu mudah bukan? Sebenarnya cara ini dah lama cuma pasti ramai lagi yang tak tahu sebab dulu tak pernah pun nak ambil tahu. Sekarang aku dah kasitahu, hehehe.. so apa tunggu lagi? Cubalah!! Kalau berjaya, kau memang best!
Ditulis pada 5 August '07 oleh KhaiHassan | 1,151 views telah diterima.
Dalam kategori Tutorial | Promo di Twitter! | 13 Respon

Diam tak diam, dah hampir 3 minggu aku memulakan semester 4. Minggu ini bermulalah sesi pembelajaran aku dalam kursus Diploma in Creative Multimedia (dalam borang amik Web Design). Kelas dah mula minggu ni. Lihat pada jadual baru, aku rasa sungguh gembira sekali. Ape tidaknya, kelas aku hanya 3 hari sahaja dalam seminggu. Isnin, Selasa dan Rabu. Ada 6 subjek kesemuanya. Untuk Semester 4 ni, aku rasa subjek dia betul-betul yang aku suka. Bukan macam Semester 2 dulu aku still kene usik pensil dan warna untuk subjek Live Drawing. Antara subjek aku untuk Semester 4 ini adalah..
1. Digital Imaging & Image Manipulation – Isnin jam 0900 hingga 1200
Lihat dari nama subjek pon kau semua sure dah dapat tangkap. Aku dijelaskan dengan lebih terperinci lagi mengenai Adobe Photoshop. Wah gembiranya aku. Kalau sebelum ni semuanya belajar sendiri, kini dah ada pembelajaran formal untuk aku ikuti. Lecturer (Mr. Asrizal) pun sangat Ok. Aku suke beliau mengajar.
2. Writing of Interactive Multimedia – Isnin jam 1300 hingga 1600
Aku didedahkan dengan Adobe Illustrator secara terperinci. Owh aku suka Illustrator juga. Actually, dah guna untuk buat final asingment Poster masa semester 2 lepas. Tetapi baru semester ini didedahkan dengan lebih detail. Lecturernya sama iaitu Mr Asrizal.
3. Interactive Design – Selasa jam 1100 hingga 1400
Aku diajar membina laman interaktif menggunakan Adobe Flash dengan menyeluruh. Nasib aku dah lama layan software ni, so dah tahu basic. takda la sengal sangat. Dulu pun aku pernah membina laman web sekolah menggunakan flash. Page Myspace pun ada. Moga subjek ini nanti membuatkan aku lebih mahir. Lecturernya juga Mr Asrizal.
4. English Language Proficiency 3 – Selasa jam 1400 – 1700
Ini subjek yang masih kekal sejak Semester 1 lagi. Yang lainnya hanya tahap pembelajaran dan lecturer’nya yang berubah-ubah. Subjek ini membuatkan student lebih cekap berkata-kata dalam bahasa English pekat untuk berkomunikasi. Lecturernya cantik, bernama Mrs Ericka Kyrstalyn. Mana dia jumpa da nama berbelit macam tu..
5. Web Publishing – Rabu jam 1400 hingga 1700
Web ini aku di ajar menggunakan Adobe Dreamweaver sehingga berjaya menghasilkan sebuah E-zines untuk final assignment nanti. Lecturer dia cina. Memang tak boleh blah! Loya buruk! naik meluat aku nengok!! kelakar tak sudah. Asalkan dia ajar ok sudah. Kalau ajar pun loya buruk, susah la. haha. Nama beliau Mr SMK. Nama betul dia malas aku nak sebut!
6. Malaysian Studies – Rabu jam 1700 hingga 2000
Subjek ni paling menyemak! dah tua tua camni pun kena belajar sejarah. Aku memang tak boleh blah kalau cerita pasal sejarah. Mengantuk. Kelas dah la dari pukul 5 petang sampai 8 malam. Lecturer plak aduhai, ter’over rajin sampai student dia plak yang tak larat. Nama lecturer, Mrs Haslina Hassan.
Pendek kata untuk semester ni aku lebih di dedahkan kepada aplikasi Adobe. Cuti 4 hari setiap minggu aku gunakan sepenuhnya untuk memahirkan diri dengan Photoshop, Illustrator, Flash dan Dreamweaver melalu segala macam tutorial online yang ada di Internet. Lecturer pun sebenarnya ajar sikit je. Kita yang kene explorer sendiri. Oh ya, Masih ramai yang still salah menyebut bunyi “ADOBE” ini. Bagaimana kau sebut? Adob? adopt? cara sebutan yang betul ialah A – Do – Be. Dalam melayunya “buat” dan “jadi”. So jangan buat malu diri lagi yang konon’nya hebat menggunakan Adobe Photoshop dan lain-lain tetapi sebut Adobe pun salah. Alahai. Jatuh sampai ke bawah kaki martabat’mu nanti.
Neway, thanks kepada semua yang wish besday aku semalam tak kiralah berdepan dengan aku, melalui YM, blog ini, Email dan juga Myspace atau Frienster aku. Aku sangat menghargai setiap patah doa kalian.
Sebenarnya, aku rindukan ajaran lecturer semasa di Semester 2. Semuanya best!!
Ditulis pada 4 August '07 oleh KhaiHassan | 1,887 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 59 Respon