Happy Birthday Elisha!!

Just satu je Incoming Link ke blog ni (technorati) selepas aku tukar address blog ni jadi www.justkhai.com daripada www.scukz.com/wordpress .. ermm. bot bot pon still segar masuk ke blog ni.. baru nak cari arah tuju.. Search kat google or Yahoo pon, still keluar address blog lama tu.. Kalau masuk ikut scukz.com/wordpress, aku dah redirectkan ke address baru.. tapi kalau klik link dari search engine yang memaparkan mana-mana entry dalam blog aku ni, jawapnye 12 tahun lagi aje la keluar page tu Ermm.. sebab ape tukar? sebab ini blog encik Khai yang punyaa.. hahaha (baca ala-ala Ahmad Albab punye cerita).. bukan WordPress yang punyaa.. hehe.. so hope korang dapat la tukar URL blog ni yang korang link back tu yer…

Neway agak busy dalam minggu ni.. Last week aku turun Cyberjaya ngan Nieza.. amik surat akuan dari Limkokwing.. Bosan sungguh bila time nak lepak-lepak ngan awek pon, nak kene pandang college tu.. Tapi ada something yang mengejutkan bila sampai sana.. nak tahu ape yang suprise tu? sila usya web The-LUCT.. Hikhik.. then pergi The Mall (SSM) ntuk mintak borang lesen perniagaan pulak.. Itulah hakikat yang perlu diterima semua student Limkokwing for Business planning Semester 3.

Semalam plak busy gile tolong my sis (alang). Dia celebrate besday party yang ke-3 tahun anak perempuan kesayangan dia, Julia Elisha Sofea binti Suhaily atau JES.. Khai dan Nieza ditugaskan bungkus segala jenis hadiah ntuk para jemputan.. Kali ini dibuat secara besar-besaran jugak.. Ramai gile member akak aku, saudara mara, family dan anak murid (my sis tu cikgu Tuisyen sepenuh masa) yang datang. especially member-member myspace dia. Kawan-kawan artis pon ramai gak yang datang meriahkan party.. antaranya The Times & D-va. Apa taknya, ada la dalam lebih kurang 300 orang yang dijemput.. Padahal birthday party je.. Kalau tahun lepas harga cake anak dia tu RM200, tapi tahun ni kurang skit.. only RM150.. Sure ramai cakap nape la nak membazir beli cake mahal-mahal.. tapi bagi aku, takpe la.. cake tu kasi orang makan jugak.. kira sedekah le tuu… ada macam-macam makanan lagi.. ade nasi himpit, laksa, mee goreng, bubur, kuih-muih dan pelbagai jenis buah yang sedap dimakan begitu sajer..

Lepas nyanyi lagu besday untuk Elisya, lepas tu makan2 plak.. dah abis makan, macam2 game untuk kanak-kanak yang ada.. yang dah tua tua plak, Karaoke pon tersedia siot.. hehehe.. To Elisha, Paksu ucapkan semoga panjang umor dan murah rezeki.. Semoga menjadi anak yang solehah..

More Pics?
(more…)

Ditulis pada 2 July '07 oleh | 1,494 views telah diterima.
Dalam kategori Acara | Promo di Twitter! | 11 Respon

Chris Benoit’s death part of a double murder-suicide

benoit_with_guerrero.jpg
“Dua-dua dah rest in peace.. peace la sgt”

What a breaking news.. especially for die hard fans of World Wrestling Entertainment.. huhu.. baru je beberapa haritu writed entry pasal Vince McMahon mati dibunuh dalam letupan limosin nya (Tuhan je yang tahu betul ke tipu), arini dikejutkan ngan kematian Chris Benoit plak (khai la yg baru tahu).. haha.. bunuh diri la plak.. ternampak dari feedback yang si Khairilz tulis kat shoutbox tepi tu.. Lepas satu, datang satu hal plak.. Benoit nye kes ni lagi gila gila.. dah bunuh family dia, dia plak bunuh diri.. wut the heck? ape nak jadi ngan wrestler WWE lagi lepas ni pon tak tahu la.. huhuhu.. bunuh diri aje la… x pon kene bunuh sia sia.. itu la dia.. kapir!!

Benoit’s Profile

benoit.jpg

Height: 5 foot 11
Weight: 220 pounds
From: Atlanta, Ga. (originally from Edmonton, Alberta, Canada)
Finishing Move: Crippler Crossface

Career Highlights: World Heavyweight Champion; 3-time World Tag Team Champion; 3-time Intercontinental Champion; 4-time United States Champion; WWE Tag Team Champion; 2004 Royal Rumble Winner; 2-time WCW Tag Team Champion, 3-time WCW Television Champion; ECW Tag Team Champion

WWE Debut: Jan. 31, 2000Trained By: Stu Hart

Keratan Articles dari beberapa web dan akbar tempatan..
(more…)

Ditulis pada 28 June '07 oleh | 19,347 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 7 Respon

Finallly..

 
nieza-1-9.jpg

Esok Nieza dah nak turun balik KL.. Ermm. ternyata itu adalah satu perkara yang amat menggembirakan Khai.. Dia akan bertolak dari Perlis jam 9 pagi esok dan akan sampai dalam pukul 5 petang macam tu.. kiranya Khai akan menanti Nieza kat Pudu la esok.. kene datang awal, coz kul 5 jalan dah sesak.. Semoga perjalanan dia nanti akan selamat sampai ke Kuala Lumpur. Niat untuk pulang ke kampung Negeri Sembilan Khai batalkan semata2 kerana Nieza nak datang kat KL ni.. macam-macam dia ni.. nak gi nengok wayang la.. jalan jalan la.. tapi itu semua hanya sampingan.. tujuan sebenarnya adalah untuk menyelesaikan semua kerja yang tertangguh untuk Semester 3 ini. Maklumla nak setelkan pasal Entrepeneurship ni bukan mudah.. penat siot!!

4 orang lagi group members Nieza juga akan ke sini esok.. Mereka semua akan menetap untuk beberapa hari di rumah akak Khai. Yang tensionnya, diorang nanti nak kene turun Cyberjaya dulu untuk ambil surat kebenaran daripada pihak Limkokwing University. Nak tunggu surat tu siap ntah bapa lama.. So nak amik borang perniagaan kat SSM, The Mall terpaksa la kitorang tangguhkan sehingga surat tu diterima nanti.. Dah satu kerja plak nak turun Cyber banyak kali.. korang pergi la .. tak nak la khai ikut hai.. hantar kat The Mall tu insyaAllah..

Ahad ini akak khai (kat myspace Khai dia top friend no 2) akan celebrate hari jadi anak dia yang ke 3 tahun. Kejap sungguh masa berlalu. InsyaAllah nak bawa Nieza sekali la kat party tu.. My sis pon ada menjemput dia.. dah terlanjur Nieza kat sini, datang je la memeriahkan majlis.. Hehehe..

Beberapa hari lepas Khai masuk group Limkokwing University kat Myspace. Ada satu posting yang mengatakan ada seorang kawan kami telah kembali ke-Rahmatullah.. Khai tak berapa kenal dengan arwah coz arwah adalah seorang senior kami. Tapi kemungkinan bila nengok muka tu kenal, ada la.. Ape pon semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman. Kesian, baru je nak mulakan dunia praktikal, tak sempat nampaknye nak mengecapi dunia perkejaan.

Ape pon just nak kasitahu kepada semua member Scukz.Com, daftarkanlah diri anda di ScukzFriend..

Ditulis pada 25 June '07 oleh | 968 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 18 Respon