All about Myspace

myspace_scukz

Cakap tentang Myspace, semua orang pon tahu kan ape kemenda nye tu.. Myspace ni adalah komuniti yang paling popular masa kini. Menerusinya, user boleh memasukkan foto, blog, profail peribadi, group, sistem email peribadi dan seterusnya membuat rangkaian kumpulan yang membolehkan perkongsian diwujuadkan berdasarkan minat serta kecenderungan yang sama. Majoriti adalah dari golongan remaja seluruh dunia. Myspace pada ketika ini dah berjaya menarik seramai 60 juta orang dan menjadi antara lima laman web paling popular di dunia.

Myspace diketuai oleh Tom Anderson, diikuti oleh Chris DeWolfe dengan dibantu oleh beberapa pengatucara pada tahun 2003. Korang tahu tak Myspace ni sebenarnye dibangunkan untuk ape? Ia sebenarnye diwujudkan sebagai tempat pengkongsian file. sama la macam rapidshare, turboupload dan yang sebagainya. Memandangkan ruang yang semakin besar diperlukan, diorang ni pon tukar jadi portal komuniti maya macam yang ada sekarang nih..

Antara syarikat terkemuka yang sudah lama mengintai populariti Myspace ialah News Corporation yang merupakan satu nama besar dalam rangkaian penyiaran antarabangsa. News Corporation telah membeli Myspace daripada Intermix Media dengan harga USD 580 juta pada tahun 2005.

Ape yang menarik tentang Myspace?

1. Berdasarkan analisis oleh Alexa Ratings, Myspace menjadi rangkaian komuniti paling berpengaruh meninggalkan rangkaian lain seperti Friendster, LiveJournal, Facebook, Bebo dan Yahoo 360.

2. Myspace secara keseluruhannya didominasi oleh remaja untuk menyuarakan pendapat, berkongsi minat yang sama dan mencari kenalan tanpa mengira sempadan.

3. Menjadi platform utama kumpulan muzik atau pemuzik bebas bagi mengetengahkan hasil karya diorang. Maklumla free ye tak.. kira macam promosi percuma je kat seluruh dunia.. korang pon boleh gak promo suara korang kalau sedap.. huhu

4. Walaupon Myspace didominasi remaja, namun penggunanya turut meliputi ahli bisnes yang ingin mengembangkan rangkaian dan juga ahli keluarga yang nak buat gathering dalam satu komuniti.

myspace2.jpg

Add la khai kat myspace yer : http://myspace.com/khai_luct

Modified Profail Myspace Cara Senang : CLICK HERE

Ditulis pada 20 November '06 oleh | 509 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 19 Respon

Bawang Merah Bawang Putih

Bawang Merah Bawang Putih

dah tired actually kalau sabut pasal cerita Bawang Merah Bawang Putih ni.. pergi kat mana2 pon, mesti orang bercerita pasal cerita ni.. tak kurang yang menyumpah-nyumpah si Oma Bertha, Rika Sumanto dan anaknya, Siska especially golongan yang tua tua tu.. Haha.. menjadi betul ye cerita ni.. Malas lah nak komen pasal cerita ni, sebab buat sakit hati je nanti. Kepala otak script writer dia mmg dashat lah.. tak kering-kering idea cari jalan cerita.. lepas satu bala, ade je bala lain yang sampai..

However, khai suke betul ngan lakonan si Helsi Herlinda tu.. walaupon dia membawa watak jaha, Rika Sumantho, tapi suke nengok cara dia cakap tu.. ” sayyannggggggg!! ” time panggil anak dia.. Hahah.. Siska (Nia Ramadhani) yang cun melecun tu, walaupon jahat, tapi khai tetap suke gilee.. Tapi si Alya (Revalina Sayuti Temat) tu memang bengap nak mampos la.. selamat berlakon je.. kalau bebetul ade orang yang lembap macam tu, mmg nak kene HEADSHOT!! paling bengang time dia tak tutup mata bila nak kene pukau ngan Oma Bertha.. kadang2 pandai plak dia tutup mata.. kadang2 tu saje je plak dia buntangkan mata… Hadoi la …

Cerita ni memang melampau sangat ketidaklogikan dia.. Pak Indra yang susah susah ntuk terus idop tu, senang2 je leh mati ngan bantal. Si Rika plak tu yang tutup pakai bantal.. Logik ke Pak Indra tu lembik benar sampai tak dapat nak melawan.. Haha.. Lepas ni bersedia la untuk menyumpah, sebab lebih banyak lagi adegan yang menyakitkan hati.. Lantak le korang.. layan je la lagu dari Ferdi untuk Alya yang lembap ni…

[audio:http://58.65.234.153/~scukz/emp3s/Ferdi_lagu4alya_saapa_curi_mak_dia_pelacur.mp3]
Title : Ferdi – Lagu untuk Alya
Download : Go to Scukz Portal Download Section.

Awalnya sikapku kepadamu
Hanya menggurau mu saja

Tak ku kira kau serius anggapinya
Apa saja akan ku lakukan
Mencairkan marahmu
Padaku…. padaku..
Ooooo… padamu…
Padakuu…

Akan ku katakan pada dunia
Bahawa aku tergila-gila
Akan ku panjat tepi cintamu
Dan ku peluk engkau di sana
Ku cinta… ku cinta…
Ohoooo.. untukmu…
Cintakuu…

Discussion about this story @ scukz forums : Click here

[update : 07 december ’06]
OST Bawang Putih Bawang Merah – melayu/b/bwg_merah_bwg_putih.zip”>Pilihlah Warnamu

[update : 01 February ’07]
Akhirnya hari ni tamat juga cerita ni. Khai now kat hostel. Berlari2 gi cafe.. sampai2 diorang x bukak tv.. so khai ngan handsomenya buat macam tv sendiri je la.. naik atas kerusi then tekan switch tv tu. Har har har… rupanya ending cerita ni bukan mimpi seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. So dengan terang lagi nyata, cerita ni leh dapat anugerah cerita paling mengarut di dunia. Ending-nya, Rika Sumantho dan Siska dua dua mati. Sorang mati jatuh tangga dan sorang lagi mati kene langgar van. Bodo nye polis pegang si Siska pon tak kuat sampai boleh terlepas. Hahaha. Andre pula mati ditikam Siska. Akhirnya, Alya aKa Bawang Putih pun berkhawin dengan Ferdy. Tamatlah ceritanya yang paling bongok sekali di dunia.. Hehe.. ape pon cerita ni just ntuk hiburan. Kata2 cerita ni melekakan dan menyesastkan ternyata meleset sebab itu semua datang dari diri kita sendiri. Pandai2 la tepuk dada tanya iman.

Ditulis pada 18 November '06 oleh | 4,341 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 89 Respon

Cicak Man

cicakman yang gagah perkasa

Akhirnye, muncul juga cerita yang dijangka berkualiti International dari Malaysia. Cicak Man, sebuah action comedy movie yang menampilkan ramai pelakon popular seperi Saiful Apek, Fasha Sandha, Aznil Nawawi, Yasmin Hani, AC Mizal dan ramai lagi. View dia punye Trailer memang best.. Superb!!.. dengan CGI dia, memang dah macam setanding gitu ngan Spiderman. Hehe..

cicakman actor/actress

Film terbitan Johan Lucas dan arahan Yusry Abd. Halim ini akan menyesakkan panggung wayang seluruh Malaysia pada 07 December 2006. Cerita komedi ni akan membuatkan korang pasti bergelak ketawa.. kalau ade anak atau adik tu, bawak la ikut skali ye.. kan cuti skolah.. Jom ramai ramai kasi support untuk KRU dan Cicak Man!!

Offical Website : Click Here
Discussion about Cicak-Man at Scukz Forums : Click Here

[UPDATE 21 DEC 06]

Lambat sket update pasal cicakman ni.. khai dah gi nengok minggu lepas.. tapi late sket buat preview sebab notebook buat hal.. ermm.. takpe la.. Khamis lepas, khai gi TGV, KLCC nengok cicakman ni.. sampai dalam kul 7:30pm gitu.. then gi beli ticket.. aiseh.. kat screen tu tulis cicakman yang pukul 9:30 dah sold out.. tak puas hati nye pasal, tanye bro counter tu ade lagi tak.. dia cakap ade lagi 3 je kosong.. tu pon depan sekali.. aiseh… takpe la .. asalkan dapat nengok.. tak kuasa nak tunggu yang kul 11.. mati kering aku kat KLCC tu kang…

then masuk je panggung, perghh.. penuh & sesak!! budak2 la yang paling ramai.. then start la cicakman.. permulaan yang gempak iaitu diorang kasi preview komik cicakman.. dah macam spiderman daa… Lakonan Saiful Apek, Yusry, Fasha Sandha dan yang lain mmg gempak!! tapi si Aznil tu yang over sket.. gelak ntah ape ape je.. buat sakit telinga.. tapi ok la dia berlakon.. agak menjadi la watak jahat tu.. Khai taknak story pasal jalan cerita cicakman ni.. kot ade yang lom nengok kang, x suprise plak.. tapi khai nasihatkan, pergi la nengok.. mmg cicakman ni cerita paling unique kat Malaysia ni.. buat pertama kalinya..

time cerita dah abis, lepak la dulu.. jangan bangung dulu coz diorang akan tunjuk cara diorang buat cicakman ni.. sapa yang x rasa kagum, mmg giler la orang tu .. hehe … ape pon, anggaran keuntungan KRU ni RM10 juta.. selepas menjual segala macam benda mengenai cicakman.. Syabas!! Hope ramai pengarah lain akan ‘berani’ buat filem macam KRU ni … congrate again!!

Ditulis pada 15 November '06 oleh | 564 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 30 Respon