Hotlink Super Savers for RM2

hotlink_viamaxis_super_saver_by_khai.png

Aku sungguh kecewa. Ya sungguh kecewa kerana aku memang tak mampu nak update blog ini sehari-harian walaupun hati aku kuat untuk meng’update juga. Kalau diikutkan soal assignment seorang pelajar seperti aku, blog ni silap haribulan boleh tumbuh rumput dan lalang. Aku cari juga masa untuk ber’blog kesekian kalinya di blog ini. Pagi tadi, aku dihubungi buat kesekian kalinya oleh Syazwan. Tetapi perbualan kami tidak lama kerana aku dalam perjalanan masuk ke kelas. Apa pun terima kasih Wan kerana ingat untuk call Khai. Seronok berbicara dengan Wan. Pagi tadi juga aku diberitahu oleh Nieza mengenai Hotlink Super Savers. Aku membuat sedikit analisa secara rambang dan aku dapat rasakan di sini yang Hotlink sudah gila dengan mengenakan hanya RM2 untuk SMS atau call yang ‘unlimited’ dari 12 pagi hingga 12 petang. Adakah ianya benar? Hati aku kuat mengatakan yang Hotlink tidak gila tetapi makin kaya.

Aku cuba bertanya pada kawan-kawan. Ramai yang sudah tahu dan masih ramai lagi yang “hah, hah, betul ke?!!”. Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Sorang kawan aku cakap yang dia sudah mencuba. Katanya, RM2 untuk 400 SMS. Aku bertanya bukan ke Hotlink cakap Unlimited. 400 itu bukan angka yang nampak unlimited tetapi cuma hanya sekadar lebih dari keperluan. Kawan aku tu hanya sempat menggunakan 100 sms pada pagi itu dan 12 tengahari kemudian, 300 SMS lagi lenyap begitu sahaja. Jika dia bermain sms dengan aweknya (Active5), 100 SMS kali dengan 1 sen, baru RM1. Di situ Maxis sudah untung RM1. Bukan mudah ingin menghabiskan 400 SMS dalam satu malam melainkan kau seorang yang malas tidur seperti aku.

Sebentar tadi, Nieza pula cuba meng’apply’ Hotlink Super Savers untuk membuat panggilan pula. RM2 untuk hampir 15 minit aku berbual dengan’nya di telefon dan kemudiannya, habis. Agak berbaloi untuk berbual hampir 15 minit dengan hanya RM2. Tapi ianya masih belum Unlimited seperti yang dicanangkan Hotlink. Baru sahaja aku berangan ingin berbual sampai 12 tengahari nanti. Jadi, apa yang boleh aku simpulkan di sini, ianya dusta. Tiada sebarang ‘Unlimited’ melainkan hanya sebuah janji palsu dari Hotlink. Mungkin anda akan untung sedikit atau rugi banyak. Aku tiada kredit untuk mencuba, jadi kalian cubalah. Beritahu pada aku kalian untung atau rugi.

UPDATED 07 SEPT:
Kelmarin dan semalam, aku berbual dengan awek aku menggunakan Super Savers lagi dan aku terkejut bila kali ini, ianya ternyata benar. So maafkan aku dengan artikel di atas tu. Kelmarin dan semalam aku berbual dengan girlfriend aku hampir 2 jam. Ianya ternyata murah dan boleh berbual lagi sebelum jam 12 tengahari. Tetapi ingat, ianya hanya untuk satu nombor sahaja. Maknanya bila dah beli Super Savers ni, boleh buat panggilan pada orang yang sama sahaja buktinya girlfriend aku dah terkena bila dia call member dia yang juga pengguna Hotlink tiba-tiba kredit pun habis. Thanks Hotlink!

hotlink_viamaxis_super_saver_by_khai_4.jpg

Ingin mencuba, dail *100# dan tekan call kemudian pilih nombor 2. Ianya tidak lama, sehingga hujung Septermber 2007 ini sahaja. Untuk syarat-syarat wajib baca, (more…)

Ditulis pada 5 September '07 oleh | 853 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 39 Respon