GOM Player Review – Cuba Try Test

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Akhirnya rekod ingin update seharian aku tercalar jua dek kerana masalah salah faham yang melanda antara Scukz dan pihak hosting, Cgyhost. Akhirnya semuanya selesai dan aku boleh ber’blog dengan penuh semangat setiap hari dan pastinya kalian semua yang harus beri sokongan. Mari ke sini dan berikan respon. Tiada satu pun respon yang terlepas dari pandangan aku kerana aku suka baca pendapat pembaca. Rumpun 07 sudah selesai tanpa kehadiran aku dan tiada apa lagi yang menarik untuk diberitahu mengenai dunia blog di Malaysia cuma yang terbaru, orang-orang kuat Advertlets sekali lagi menjadi pencetus semangat generasi muda dengan wujudnya Merdeka.Com. Sertainya untuk menjadi antara 4000 rakyat Malaysia yang terlekat mukanya di bendera. Alamak, Josh Lim (Advertlets Founder) juga sudah pandai menari. Boleh tahan!
Hari ini aku akan menulis mengenai sesuatu yang wajib untuk dikongsi bersama. Ianya baik untuk aku dan aku pasti ianya juga baik untuk kalian. Aku ingin rekomen’kan sebuah software. Kau pernah dengar mengenai Gom Player? Tidak pernah? takpa, teruskan membaca. Aku sebenarnya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan aku di hostel ini kerana memperkenalkan Gom Player kepada aku. Gom Player sama juga seperti Windows Media Player, Winamp, iTunes atau apa sahaja jenis muzik player yang kalian tahu cuma Gom Player satu-satunya semua player dalam satu dan paling penting untuk aku ianya PERCUMA dan aku pasti PERCUMA sangat penting juga untuk kalian. Kurang jelas lagi aku merahkan ayat PERCUMA ini untuk kalian.
Aku memerlukan player berasingan untuk memainkan file FLV sebelum ini. Bukan itu sahaja, aku juga memerlukan Quick Time untuk memainkan file berformat 3gp. Dengan Gom Player, aku tak perlu lagi semua software itu. Gom Player mampu memainkan semua jenis format dari AVI, DAT, MPEG, DivX, MP3, 3GP hingga apa sahaja file yang kalian mahukan. Sebentar tadi aku ingin memainkan sebuah video berformat MP4 menggunakan GOM Player tetapi hanya video tanpa suara yang keluar. Tanpa membuang masa, terus sebuah link diberikan untuk aku mendownload Codec dan hasilnya selepas itu, aku dapat menonton video itu dengan penuh bergaya. Terima Kasih GOM Player. Sebelum ini video itu tidak mampu aku tonton menggunakan apa sahaja player termasuklah VLC Player. Jika sebelum ini kau rasa VLC Player sudah cukup bagus, GOM Player lagi bagus. Aku jamin! kau cubalah. Paling aku gemari, aku boleh memainkan sebarang video dalam Full Screen. Ianya bukan sekadar Full Screen tetapi dilengkapi juga dengan fungsi Full Screen Stretched bermakna jika notebook kau selebar 1KM, bermakna video itu juga akan melebar kepada 1KM sehingga tidak terdapat langsung ruang kosong di monitor kalian. Eh, tak logik sungguh aku ni. Wujud ke notebook selebar itu?
Selain itu, GOM Player menggunakan sepenuhnya keyboard untuk menjanakan fungsi mereka. Untuk nak forward atau rewind video, tekan arrow kanan atau kiri. Untuk kurang dan tambah volume, guna arrow atas dan bawah. Full Screen tekan Enter dan untuk Full Screen Stretched, tekan Ctrl + Enter. Terdapat banyak lagi shortcut lain yang perlu anda explorer sendiri menggunakan GOM Player.
Ingin download? Terus sahaja ke website’nya http://www.gomplayer.com dan lihatlah sendiri pelbagai kelebihan player ini yang tertulis di sana. Cerita pasal Interface’nya, aduhai, sungguh menawan kalbu dek kerana oren warna kegemaranku. Berikan respon anda mengenai player ini. Aku tunggu kerana aku ingin tahu.

















