Ramainya suka ais krim.
Aku menulis lagi. Syukur, internet akan expired esok jadi boleh’lah aku lenjan internet ni puas-puas sampai esok meskipun kelembapan betul-betul membuatkan hati aku dicarik-carik. Sebentar tadi aku keluar makan bersama teman di sebuah gerai mamak hampir 200 meter dari hostel ini. Wah! ramainya orang. Rupanya filem Charlie’s Angels sedang ditayangkan di Astro. Seluar dalam sana sini dan bikini melambak sana sini. Mungkin itulah cerita terbaik dari Astro sempena bulan kemerdekaan ini. Tahniah Astro kerana mengajar kanak-kanak di negara ini betul-betul merdeka menonton apa sahaja di Televisyen. Cayalah Astro!
25 Ogos ni, Rumpun 2007 dah nak berlangsung. Ramai yang dah daftar kehadiran di bawah nama aku atau ScukzdotCom. Tunggu aku di pintu masuk Pelita Nasi Kandar nanti tau. Bagaimanapun, aku masih belum betul-betul sure samada dapat pergi atau tidak tetapi keinginan untuk memeriahkan majlis betul-betul di tahap 100%. Moga aku ada kelapangan waktu pada hari tersebut tanpa kelas tambahan atau apa-apa exam dan duit tak kering pada hari tersebut. Boleh’lah aku jumpa rakan-rakan blog yang selama ni kenal dikenali melalui penulisan mereka sahaja. Aku tiada transport jadi mungkin aku akan menaiki LRT ke KLCC dan berjalan sahaja ke Pelita Nasi Kandar. Ada blogger yang duduk area Cyberjaya atau Puchong? Bawa’lah aku ke sana bersama. Hehehe. Oh ya, aku menukar lagi tagline untuk blog ini. Ya! aku semakin berminat untuk mengubahsuai blog ini kepada 100% bahasa Malaysia kena dengan penulisan aku di blog ini. Basmilah bahasa penjajah sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-50 ini. Martabatkan bahasa sendiri seperti apa yang dilakukan Indonesia dan Jepun. Mereka sangat bagus! Oh, ada kelainan sedikit di siderbar blog ini. Mana perginya iklan dari Nuffnang? Naluri aku telah memaksa aku untuk membuang iklan mereka yang menyakitkan mata tetapi habuk pun tiada. Kau pun patut nyah’kan iklan yang tak menentu ketinggiannya itu.
Alamak! Jepun sekali lagi buat hal. Tidak puas dengan kehebatan memperkenalkan fashion baru yang over, mengeluarkan alat untuk wanita kencing berdiri dan pelbagai hal lagi, kini ada aiskrim istimewa di jual di sana. Aku mesti dapatkannya bila pergi ke sana nanti! Booyah untuk Jepun!! Maju dalam segala hal! Mungkin’kah ais krim seperti ini akan diperkenalkan di negara ini? halal dari segi kandungan tetapi haram dari segi bentuk? mungkin JAKIM akan bertindak! Gambar ini aku dapat di Forums Scukz. Di sanalah tempat kau perlu pergi jika kau kekeringan idea untuk berblogging. Percayalah cakap aku. Ke sana sekarang dan daftar sebagai ahli untuk ke forums.

“Ianya aiskrim! jangan fikir bukan-bukan. Ya, Kretif tapi bodoh”
Jangan amalkan memakan ais krim seperti di atas dan sudah tentu, jangan beri pada anak-anak kalian. Esok pada pukul 12:05 pagi, kau mesti masuk blog ini, kerana aku dah tulis mengenai segala jenis Eye yang ada di dunia. Jika kau rasa Eye on Malaysia dah cukup bagus, ada lagi bagus.. tunggu esok ok!! Aku dah tuliskan dahulu kerana esok aku takkan dapat update kerana internet expired! Ingat tu.. Kita jumpa esok…
Eh! ada budak tercucuk garpu!! (more…)

















