Yahoo Mail Going Crazy
Hi guyz… i want to tell you what.. Fara Fauzana dah join Scukz.Com .. hehe.. actually dah 4 hari dah.. dia PM khai mintak lagu yang Khai pakai kat page myspace Khai.. ID dia fara_fauzana .. saja tanye awak ni DJ HotFM ek.. then dia reply.. Ye dia memang DJ HotFM.. tapi Khai still tak percaya sebab mana tahu dia punye fan ke.. Khai pun suruh dia add Khai kat YM.. borak2 kat YM.. rupanya, memang betul betul kak Fara daa.. selalu nengok muka dia kat 8TV dan Melodi je.. dapat chat ngan dia memang best.. dia cakap ada 2 orang invite dia join Scukz.. ape pon kehadiran artis dalam empire Scukz amat dialu-alukan.. Kak Fara gak ade komen kat entry Khai ni… thanks kak.. bukan senang nak suruh celebrity join website kita kan? Hope kak Fara Fauzana terus la lepak forums Scukz tu kalau ada masa.. Promo kat abang Faizal sekali k..

Orait.. dulu dah puas story pasal persaingan antara Yahoo Inc. dan para pesaingnya tentang storage email.. Masing-masing nak kasi yang terbesar untuk para penggunanya. Yahoo dulu pada awal penubuhannya pada tahun 2007, hanya menawarkan storage space sebanyak 4MB.. kecik gilee.. Tetapi pada tahun 2004, diorang dah perbesarkan kepada 100MB storage dan setahun kemudian menjadi sebesar 1GB. Persaingan bermula pada awal tahun 2004 dengan kemunculan GMail dari pihak Google Inc. GMail menyediakan user diorang ruang kapasiti email sebanyak 1GB dan buat masa sekarang, dah mencecah 2.8GB pun. Pesaing utama yang lain seperti Windows Live Mail buat masa ini hanya membekalkan 2GB manakala HotMail plak hanya sebanyak 1GB.
Dan oleh kerana persaingan sengit nak tarik user ni, pihak Yahoo secara drastiknya buat ulangtahun kali ke-10 Yahoo Inc ni menyediakan storage infiniti untuk semua penggunanya. Maknanya tiada had untuk email y’all.. Kalau tak caya pergi la usya Yahoo Mail.. hehehe.. nampaknye, lepas ni.. GMail, Hotmail dan semua pesaingnya, kompem mati akal la.. hehe.. paling busuk pun, sure diorang akan kasi ruang storage tanpa had jugak.. so yang untungnye sape? kita yang takde kaitan ni juga..
Tapi untuk Khai, tak payah besar besar pun.. bukan banyak sangat nak pakai storage.. kalau diorang kasi 1GB pon susah nak abis.. Ape pon mungkin ini akan memberi kelebihan untuk company maju dan perseorangan yang memang extreme menggunakan Email sebagai tempat menerima files attachment seharian.
Tahukah Korang, korang dan korang?
Menurut laporan yang dikeluarkan comScore Media Matrix, Yahoo Mail menerima kunjungan lebih 243 Juta pengguna untuk bulan February 2007 manakala pesaingnya seperti MSN Hotmail dan Windows Live berkongsi di kedudukan kedua iaitu dilawati oleh 233 juta pengunjung. GMail menduduki tempat ketiga iaitu hanya sekitar 62 juta orang. So thats mean Yahoo still lagi mendominasi perkhidmatan Email untuk dunia. Ye la orang lama.. Gmail baru nak naik lagi.. Khai ada dua account Gmail but tak berusik pun.. hehe
Oh ye, just nak inform.. Free WordPress Blog under Scukz.Com kembali lagi.. kepada sesiapa yang still belum ada blog tu, boleh la apply berdasarkan beberapa syarat.. masuk page dia ok .. Click Sini
Pssttt: Nieza nak balik KL sabtu ni.. Yeaa!! Khai la orang pertama yang bukak pintu Puduraya nanti.. hehe

















