TAG & Dedicated Server?

tag_dedicated_scukz.jpg

Dah tiga hari tak dapat masuk blog ni or memana scukz network.. Dua hari ade masalah database. Bila masalah tu dah setle, still tak boleh masuk gak sebab DNS kat tempat Khai ni belum resolve.. Jeles je nengok budak2 ni dapat masuk scukz. Hehee.. Alhamdulillah, bangun pagi ni je dah dapat masuk.. sapa yang tak tahu cara nak resolve DNS cache kat PC tu, ini cara dia. 1st, start then run .. tulis cmd dan enter.. pastu isikan ni ipconfig/flushdns ..

Banyak benda terbaru yang Khai nak kasitahu kat y’all ni. Dua hari lepas Khai ade beli satu hosting baru dari Shinjiru Hosting. Beli package yang RM199. Dapat percuma satu domain .com .. so lepas khai fikir masak2, Khai pun beli domain e-magetunes.com yang maybe akan khai buat seperti website photobucket atau imageshack.. Alhamdulillah, ade seorang brother ni nama dia faizal yang sponsor Khai semuanya. Dan semalam khai macam tak percaya yang dia nak sponsor scukz.com guna dedicated server plak. Harga dedicated tu dalam RM2000/month. Campur dengan bandwidth tambahan semua, dia akan bayar RM12,100 untuk bayaran 6 bulan sekali. Khai macam tak percaya akan jumpa orang yang baik sampai macam ni sekali even Khai sendiri tidak mengenali dia. Hanya mengenali dia 3 hari lepas. Hope insan macam dia ni, akan terus dimurahkan rezeki dari Allah S.W.T

Berbalik kepada post hari ni, tak pasal2 pagi ni masuk je blog ni, terus ternampak satu ayat kat shoutbox tu. Khai kene TAG?!!

apis : bro, ko kene tag!! huhuhu..datang la blog saya ni untuk maklumat lanjut~.. ๐Ÿ˜€

Dari Apis.. Hehe.. ape mimpi ntah dia pergi tag Khai. Neway its ok.. i’ll do that for you apis.. Kalau yang lain nak baca pun takpe.. tapi bukan penting pun..

6 benda pelik tentang Khai yg maybe y’all x tahu:

Internet Addicted – Tak tahu nak cakap camne, tapi kegilaan dia terhadap dunia internet ni sangat tinggi. Maybe dah parah. Sebab bagi dia, computer dan internet adalah no 1 dalam hidupnya. Kerana itulah dia tak berminat nak kuar dating cam orang lain, semata2 sebab ada je benda yang dia nak buat kat internet ni. Hahaha.. So kepada awekku, nasib lah dapat pakwe camni.. nak cari pakwe yang happy go lucky, just do it!!

Imsomniac – Incik Khai kita ni takkan dapat tidur sebelum pukul 5 atau 6 pagi. Dia ni bukan saja2 taknak tido, tapi mmg tak boleh tido. Dah banyak kali cuma. So dia dengan hensemnya, telah mengklisifikasikan dirinya sebagai imsomniac yang membawa maksud penghidap penyakit tak boleh tido. Tidur 3 jam sehari sudah memadai bagi dia.. Nak nampak dia tidur petang? oh!! dem no!!

Mulut Laser – Banyak comment dan email khai terima yang mengatakan Khai ni laser sangat.. tak takut kena saman ker.. hehe.. honestly, Khai di internet dan di luar, berbeza sangat karekternya. Kalau kat internet suka sangat sound orang, tapi di luar, dia ni pendiam sangat orangnya. Pendiam dia memang dah sampai tahap kritikal.. Kalau makan kat restoren, jangan harap la korang akan nampak dia panggil waiter. Kalau y’all makan ngan dia, y’all la yg jadi mangsa. Kalau kat college plak, bila lecturer tanye ade soalan ke tidak, dia ni takkan cakap satu patah pun. Tapi kalau lecturer tu cakap, ” Khai, do you have any question? ” , so akan kedengaran suara yang jarang sangat didengari dalam class sedang berceloteh panjang.. Hehehe..

Pendiam – Dari sekolah dulu sampai la kat college ni, ramai cakap dia ni sombong. Oh please la.. dia ni sebenarnye langsung tak sombong. Tapi dia ni cuma tak reti nak mulakan perbualan tu dan dia ni low profail. Kalau orang tegur dia dulu, sure dia akan layan orang tu macam dah kenal lama. Memang nampak dia ni tak campur orang, itu sebab dia tu anti social.. tak suke melepak borak2 kosong.. so please la, saya tak sombong cuma pendiam semulajadi ok.. Kat internet ni je mulut tangan dia tak berhenti2 berceloteh..

ape ek lagi dua ni .. ermmmmm …

Tak hebat langsung!! – Ramai orang ingat yang khai ni memang otai dalam dunia pembikinan web ni. Hehe.. actually, Khai takde la reti segala2nya tentang website ni cuma alhamdulillah, khai memang cepat belajar. Sekali orang tunjuk, insyaAllah, terus dapat.. Sampai sekarang pun khai still belajar dan akan terus belajar sampai bila2. Khai tak pernah pun belajar secara official tentang website & design ni cuma Khai berani mencuba benda baru. Baru sekarang ni je lebih tinggi skit coz dah masuk Limkokwing University. Kita semua bermula dari ZERO dan hari ke hari, dan tentu angka tu akan bertambah kan? Pasal design mendesign plak, honestly, kali pertama Khai sentuh Photoshop pun tahun lepas. So hope takde la sapa2 yang nak mempertikaikan any design yang Khai buat sebab i’m still learning!! orang cakap pratices make perfect.. komen membina memang dialu2kan, kalau setakat nak kutuk or nak memberzakan dengan orang lain, takpe la yer..

License – Hahaha.. segannye nak kasitahu.. sampai sekarang dia ni masih lagi takde license kereta. Bukan takde ongkos nak amik license, cuma masalahnya, dia ni TAK RETI BAWAK KERETA!! hahaa.. kalau dalam Need For Speed dia memang otai, tapi kat dunia nyata, kereta sorong boleh la dia. Untuk motor plak, sampai sekarang still license L sebab haritu failed untuk dapatkan license P.. #%$& JPJ perut buncit!! dan dia belum lagi tampal pelekat L kat motor dia sebab muka “nerd” dia membuatkan polis menyampah nak tahan. Wahahaa….

Fuh!! setel pun. Tulisan kat atas ni ditaip secara spontan tanpa membaca semula. So.. kalau banyak nero tu, pepaham jer la.. dan diingatkan, banyak lagi menda pelik2 pasal Khai yang tak tersenarai (dah 6 jer dia mintak) tapi takkan nak kasitahu semua plak .. so ini masanya Khai nak TAG orang lain pulak (revenge!! revenge!!) .. kalau yang dah pernah kena dengan orang lain tu, x payah la ngade2 nak buat lagi yer!!

1. Amanz (blog aku selalu masuk coz domain dia mudah ingat dan info, superb!!)
2. Neutronics (budak MMU.. so Khai suke dengar cerita rakan seperjuangan. hehe)
3. Syazwan (dah lama kenal. Suke dengar cerita member yg study abroad ni)
4. Shadow_x (dan semestinya.. member aku yang sorang ni!! hehe)
5. Man (suke nengok entry dia. Cara penyampaian dia sama cam style khai.. har3)

Pssttt: jangan lupe baca pasal LUCT di The-LUCT

Ditulis pada 12 March '07 oleh | 417 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 24 Respon