Scukz Cloner yang melampau!!

Harini hati Khai sakit sangat. Tak pernah2 khai kacau hidup orang, tiba2 ada orang tak kenal yang kacau hidup khai. That not fair ok!! Petang tadi Khai dapat satu sms dari orang yang tidak Khai kenali..
“Awak Scukz kan? sy x sk awk. awk tiru org len. hrp awk blaja untk hormat org laen. jgn mengutuk lebeh2 orang len. peace!!”
Dalam hati Khai.. Ermmm.. ni mesti ada kene mengena dengan scukz.com la ni.. Tapi heran juga apesal la tiba2 plak ni sebab tak pernah pulak Khai meniru dan mengutuk orang lebih2.. So tadi khai online YM ni, ade seorang user scukz.com ni online. Dia pon cerita tentang sebuah web ni. Sebenarnya Khai malas nak condem web2 dari anak melayu sendiri tapi kalau dah kurang ajar sangat sampai mengganggap khai ni dah mati selain tak abis2 buat fitnah dan menyimbah minyak petrol ke atas api, takkan nak nengok je kan..
Semua ni terjadi sebab Khai tulis kat homepage scukz.com tu…
“Kami langsung tidak mempunyai apa-apa hubungan, affiliates, crony atau sebarang hubungkait dengan sebuah portal remaja lain yang menggelar diri mereka “myscurz”. Mereka adalah “Scukz Cloner” yang banyak meniru segala apa yang dipaparkan di website ini. Nama admin mereka juga “khai”. Sudah tentu ianya bukan orang yang sama dengan admin “khai” di website ini. “He look stupid without own identity. Pity him”
Untuk pengetahuan semua, “KHAI” yang khai maksudkan adalah root admin di website tersebut. Dia ni dulu pakai username “Khai”, tapi lepas je nampak apa yang tertulis kat homepage scukz tu, terus dia PM khai. Marah2 suruh khai padam. Bila khai taknak padam, terus aje dia tukar nickname dia jadi “KHAIRUL” balik. Kemudian tiba2 timbul satu admin lain kat sana yang bernama “KHAI” pulak (maybe orang yang sama dengan “khairul” tu). Tujuan khai kasitahu dihomepage tu semata2 taknak member scukz terkeliru dengan mengatakan myscurz tu adalah website Khai juga.
nak dijadikan cerita, myscruz ni memang tak abis2 nak cari pasal dengan Khai sejak dari dulu lagi. Kegiatan plagiat dia kalau ade yang tak perasan, memang buta la.. Plagiat yang Khai maksudkan bukan dari segi themes, system dan sebagainya.. tapi dari segi penulisan adminnya di website tersebut. Bulat2 memang copy dari scukz dan yang ditukar hanya nama site dan adminnya sahaja. Sapa yang tak kenal ayat tulisan diri sendiri kan? Memang sejak hari pertama site tu ditubuhkan pun khai dah noticed sebab dia bulat2 copy file php homepage scukz.com kemudian terus je upload jadi web (baru2 nak belajar buat web kot). Masalah otak dia untuk copy bulat2 dari scukz.com langsung Khai tak kisah sebab itu hak dia (walaupun bukan sebenarnye) tapi kalau dah sampai tahap mengutuk lebih lebih sampai dah anggap khai ni mati, rasa tu dah terlebih kurang ajar.. Ok jom kita mengenali dengan lebih dekat mengenai website ini.
ADMIN – sekejap “KHAI”, sekejap “KHAIRUL”
dia ni suka main tukar2 nickname dia kat sana. Umurnya masa dia buat web tu (2006) ialah 17 tahun. Tapi berlagak nak mampus macam pandai bab-bab website ni. Tak percaya boleh search dekat portal komuniti php-nuke Malaysia. Kemudian ada juga join forums Scukz.Com tapi tak habis2 menghanjing. Sambil menghanjing, sambil plagiat kot. Boleh kecoh2 yang dia kononnya belajar luar negara. Macam la orang tak tahu umur dia. Bila check IP, terang-terangan guna TMnet. Hahaa!! Dia ni juga adalah webmaster yang teruk. Dia sanggup delete terus ID member sitenya sendiri dengan alasan orang tu kasitahu rahsia web dia dekat orang lain. Rahsia nye bukan ape pon tapi rahsia kerja plagiat dia la..
DOMAIN – myscurz.net
Jangan hairan kalau Khai boleh ceritakan asal usul domain web ni.. Ermm.. sebab masa diorang ni nak beli domain tu, Yazrie (CGYhost Chairman) sendiri ade PM khai cakap ade budak nak tiru nama web ko.. yazrie tu cakap dia nak beli domain name “scurz.com” .. so si Yazrie ni noticed yang budak tu memang nak nama domain lebih kurang dengan nama Scukz.Com. so yazrie tu just kasi budak tu beli domain name myscruz.net. Benda ni kalau y’all tak percaya, boleh tanya sendiri dengan yazrie. Kalau nama Scukz.Com korang tanye camana dapat, dah lama pun Khai jelaskan kat Homepage scukz.com tu kan.. tapi cuba korang tanye plak mana dia dapat nama domain myscurz.net.. Scurz? ape tu? even scukz kalau diterbalikkan jadi suck, tapi kalau dia terbalikkan jadi sucr. ape tu??
SLOGAN – portal remaja masa kini
Dia punya slogan hampir sama dengan slogan scukz.com yang dulu iaitu Komuniti Remaja Masa Kini. Pada mulanya dulu dia mmg guna Komuniti Remaja Masa Kini pun, tapi sebab dah ramai perasan, terus tukar slogan lain.. lain sket jer…
POST FRAME – border frame
Kalau korang noticed, dia cuba nak tiru border yang sebijik macam kat blog ni. Khai cakap ni ada bukti coz tadi baru je seorang user Scukz yang ada join kat sana try tegur dia melalui YM yang dianye frame tu meniru macam scukz.com tapi BURUK!! kemudian dia terus marah dan mencaci maki scukz.com secara tiba-tiba.. Ermmmm.. apesal nak maki scukz.com tetiba plak yer? dan yang sedihnya, Keahlian budak tu kat website tersebut sudah pun di padam.. Apa punye admin daaa..
HOMEPAGE – ayat2 dan susunan block
Memang semua portal yang menggunakan sistem php-nuke dapat dilihat hampir kelihatan sama namun ada yang masih tidak sama iaitu penulisan di homepage tersebut. Percayalah ayat yang y’all dapat lihat di sana adalah dicopy bulat2 dari scukz.com version terdahulu yang ditukar hanyalah nama web tersebut sahaja. Mungkin jika y’all masuk sekarang, banyak artikel nye dah ditulis sendiri.. Maklumla, takut orang ramai tahu tembelangnya..
FORUMS – topic2nya
Dulu memang 100% sebijik dia meniru dengan apa topic yang ada di forums scukz.com. Tapi bila Khai dah tegur terus dia tukar jadi lain but still takde identiti tersendiri.
Admin di website tersebut macam orang sakit mental bila dia beranggapan yang Khai dengki dengan website dia. Wut the Heck?!! sampai sekarang masih menjaja yang Khai ni dengki dengan website mereka padahal apa yang Khai tulis di homepage scukz.com tu semata2 untuk memberitahu yang Scukz.Com tiada kaitan langsung dengan web dia. Salah ker? Dengki ke tu? Korang boleh nampak admin mereka kucar kacir menggelabah bila ramai yang tegur web diorang tu meniru scukz.com.. Just pergi nengok kat forums mereka. Search “SCUKZ” kat forums tu ok.. atau click link kat bawah ni. Tapi y’all kene la register dulu kat sana kalau sudi.. (khai melawat2 web diorang pun guna seorang member scukz punye username).
CLICK HERE
Itu je la.. Khai malas nak cakap benda2 crap macam ni.. Ramai member yang nasihatkan takyah dilayan budak2. Tapi kalau ada yang sampai nak hentam melalui SMS tu, dah tahap melampau.. Apa pun Khai maafkan je mereka tu sebab mereka tu mangsa keadaan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran website tersebut. Kalau ada jugak yang sudi join website macamtu, tak tahu la nak nasihat apa haiii… kepada moderator2 kat sana yang kurang ajar tu, bawak2 lah bersabar.. korang x kenal siapa myscurz @ khairul tu sebenarnya..

















