Vista Transformation Pack 6.0

Disebabkan dah banyak blog yang dah review pasal Vista Transformation Pack 6.0 (VTP6) ni, so Khai pon rasa nak review kan juga lah.. Kebanyakkan blog yang Khai baca tu banyak memberi info yang salah. Maybe diorang just baca dari sumber lain dan tidak mencuba sendiri. Macam Khai dah mencuba sejak dari VTP3 lagi so boleh la kongsikan pengalaman dengan y’all..
VTP6 ni hanyalah sekadar transformation untuk Windows XP atau Windows Server 2003.. Ianya bukanlah Windows Vista yang baru direleasekan oleh Microsoft baru2 ini. VTP6 ni hanya akan mengubah penampilan Windows XP y’all menjadi 90% Windows Vista dari segi Boot Screen, sound scheme, cursor, icon, interface dan banyak lagi.. Kiranya, y’all akan rasa macam menggunakan Windows Vista tapi masih menggunakan system Windows XP. VTP ini dibangunkan oleh seorang warga Thailand yang menggelar diri beliau sebagai Windows X. Ianya sentiasa percuma untuk semua namun sumbangan ikhlas amat digalakkan untuk membantu beliau meneruskan project ini.
Namun ingat, sebelum melakukan transformation ini, backup dulu segala data yang ada dalam drive C sebagai simpanan sekiranya muncul masalah selepas meng-install VTP itu nanti. Sekiranya y’all belum pernah menggunakan mana2 version Vista Transformation Pack sebelum ini, Khai sangat2 merecommendkan y’all download dan install dulu VTP3 dan kemudian baru VTP6 untuk mendapat full transformation. Lakukan jika y’all betul2 sudah bersedia kerana risiko y’all kene format balik windows sangat tinggi sekiranya berlaku apa2 masalah. Paling penting, login dalam keadaan “Safe Mode” dahulu sebelum meng-install mana2 installation VTP. Untuk login dalam keadaan “Safe Mode”, restart PC anda dan semasa proses boot ingin bermula, tekan F8 berulang kali sehingga y’all diberi pilihan untuk masuk menggunakan mode apa (pilih safe mode).. Bila nak install, baca dulu manual yang diberi.. Jangan main next-next jer macam y’all install software biasa..
Spec system tak perlu risau.. Kalau y’all selesa sekarang menggunakan Windows XP, so tiada masalah untuk menggunakan Vista Transformation Pack ini. Kat bawah ini ada sedikit interface Windows XP yang khai pakai sekarang.. Nampak macam Windows Vista right? tapi XP aje sebenarnye.. Hahahaha.. Oh ye lupa nak ingatkan, lepas aje selesai dengan VTP ni, y’all kene right click dan click propertise kat desktop. Kemudian tekan Appearance dan pilih Aero Style (Vista – Beta 2)..
Untuk mendownload, sila click sini. Keterangan lanjut dan lebih banyak screenshot, sila ke windowsxlive.net
pssttt: Screenshot IE7, Windows Defender dan Windows Media Player 11 yang khai gunakan tu just untuk pengguna XP Genuine (boleh didownload dan diupgrade di Microsoft site). Ianya not include in any VTP installation Pack.
Just Info : Harga Windows Vista (di Lowyat Plaza) kini adalah RM860 untuk Vista Home Basic dan RM1,656 untuk Vista Ultimate. Maklumat lanjut mengenai Windows Vista akan Khai tulis pada masa akan datang..

















