Damailah engkau di sana.

Hj. Abdul Manap bin Ahmad .. satu nama yang memang takkan hilang dalam ingatan Khai.. Pagi tadi (takde la pagi kot jam 1.. pagi bagi orang yang bangun lambat cam khai), time tengah nyenyak2 tido, Khai dapat call dari akak Khai dia cakap “dik, atuk dah takde” .. Khai dengan pisat2nye tu rasa terkejut ada, natural ade.. pendek kata takde perasaan.. Then dalam jam 1330, abang Khai dah tunggu kat Plaza Desaria Villa (LUCT student Hostel) untuk bawa ke rumah atuk di Petaling Jaya. Sebenarnya atuk Khai ni dah lama menderita sakit tua.. Umur dah 79 tahun.. Bila dah elok je sakit dia, tak lama kemudian, sakit balik.. Ermm.. itulah yang kita akan rasa nanti bila dah tua.. Dua adik lelaki bawah dia dah meninggal dulu beberapa bulan lepas. Sekarang tinggal 2 orang kakaknya yang masih meneruskan sisa-sisa hidup..
Baru aje selasa lepas kami lima beradik (kecuali angah yang kini berada di Sabah) pergi melawat atuk.. Keadaan dia masa tu dah uzur sangat.. Dah tiga hari taknak makan bubur. But bila Abang sulung Khai yang suapkan dia, laju aje dia makan.. Khai pula urut kaki atuk.. Sambil tu dia sempat nasihatkan Khai supaya belajar bersungguh2.. Sedih lihat keadaan atuk masa tu. But tak boleh buat apa ler kan? Tengahari tadi jam 12 (berkat hari jumaat), atuk menghembuskan nafas terakhir disamping anak2 nya.. Sampai aja di rumah atuk, nengok orang dah agak ramai.. Nenek berada di sisi atuk. Mak saudara Khai ramai yang kelihatan sedang menangis.. Melihat wajah Allayarham, sungguh tenang dia meninggalkan seorang balu, 10 orang anak, 22 orang cucu dan 5 orang cicit.
Dalam jam 1500, Jenazah di bawa ke Masjid Abdul Rahman b. Auf, Jalan Klang Lama untuk dimandikan, dikapan dan disembahyangkan. My mom (anak sulong) dan my dad bergegas dari Negeri Sembilan dan sempat mencium ayahanda-nya. Time tu jenazah dah siap dikapankan. Time tu la air mata Khai dan adik beradik lain tak henti2 mengalir melihat mak mencium atuk seakan-akan sukar merelakan kepermegian atuk buat selamnya. Kemudian hujan gerimis turun dan berhenti sebaik sahaja atuk selesai disembahyangkan selepas solat asar.. Hujan rahmat agaknya.. kemudian jenazah di bawa ke tanah perkuburan Islam Petaling.. Suasana suram melihat atuk sedikit demi sedikit hilang dari pandangan kami ditelan bumi Allah. Damailah engkau di sana Atuk. Jasamu bertahta di hati kami semua hingga ke akhir hayat.
Sahabatku sekalian, sedekahkan lah al-Fatihah kepada Allayarham Hj. Abdul Manap bin Ahmad.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
pssttt: Kalau boleh Khai taknak lalui kehilangan mak dan abah.. juga adik beradik yang lain.. biarlah Khai yang pergi dahulu sebelum mereka..

















