Scukz.Com History
Hi.. ramai yang bertanya kat Khai pasal scukz.com ni. Camana boleh buat scukz.com, mana dapat nama Scukz tu dan macam macam lagi la.. ni khai buat la entry khas pasal Komuniti Remaja Masa Kini, www.scukz.com.. Macam ni ceritanya. Dalam tempoh khai SPM tahun lepas, khai masih lagi online sebab time tu kalau tak online sehari, memang beku otak ni. hehe.. Sebelum nak exam Add Math, malam sebelumnya tu khai Study kat rumah member india. Bila nak tercabut kepala study add math tu, kitorang lepak lepak jap la surf internet..
Dia ni pon bukak la satu portal india ni. Kitorang pon usya la ape ada kat portal tu. Then rasa tertarik plak untuk ada satu. Then nengok kat bawah web portal tu, ade link http://**nuke.com .. then khai register la dan di situlah pertama kalinya khai belajar mengendalikan web berasaskan Php-Nuke. Sebelum ni hanya aktif dalam pembikinan blog jer. Macam macam story la khai letak masa tu.. nama domain dia bukan scukz lagi, tapi wacky.eznuke.net. Tak sampai 10 hari dah 1000 user yang join.. tapi yang menjadi masalah masa tu, user komen portal khai tu lembap sangat. Maklumla, dihostkan secara free..
Nak jaga hati user punye pasal, khai pon tanye la kat member member YM kat mane nak beli Domain & Hosting. Then muncul lah saudara ‘Moghammer’ mengsyorkan khai beli dari CGYhost. Khai pon contact la CGYhost ni.. The beli hosting RM80 setahun. Then terus tempah Domain RM40 sekali.. terus je beli Scukz.Com yang masih available. Sebut pasal nama Scukz.Com ni, actually sebutan dia memang berbunyi ‘skaz’ .. tapi sebenarnye Scukz.Com lebih gemar disebut seperti ‘sucks.com’ yang memberi makna korang leh sedut macam macam secara percuma dari sana..
(more…)

















