Sepi~

[audio:sepi.mp3]
Play audio sambil baca entri pun best.. Hehe

Tak banyak lagu di dunia ini yang mampu buat air mata ini berlinang dan mengalir deras. Tetapi lagu dari Soundtrack Sepi di atas ni betul-betul menyentuh jiwa. Menusuk ke kalbu hingga memadam kejantanan yang ada pada diri aku. Biarlah orang nak kata aku pondan sekalipun, dah memang aku jenis lelaki yang teramat-amat sentimental. Lelaki yang punya jiwa yang teramat-amat lembut seperti tisu.

Aku punya duit, aku punya keluarga yang sayangkan aku, aku punya handphone canggih, aku punya laptop canggih, aku punya kawan-kawan yang baik dan aku punya segalanya. Syukur Alhamdulillah. Cuma satu, aku kehilangan sesuatu yang dulunya menjadi pelengkap dalam hidup aku.

Kehidupan harian aku kini berubah. Jika dulu setiap pagi pasti ada seseorang yang akan kejutkan. Begitu juga sebelum tidur. Dulu aku sering menerima SMS yang amat jarang aku balas. Aku pernah katakan yang aku bosan pada dia. Bila dia memerlukan aku, aku tak pernah ada di sisi dia. Bila dia ada masalah, aku sering memberikan alasan banyak kerja dan jarak jauh untuk aku ke sana. Padahal Cyberjaya ke Klang bukanlah jauh mana. Bila dia call aku, aku seringkali memberikan macam-macam alasan untuk memutuskan talian. Aku lebih senang bila berbual dengan wanita lain berbanding dia di telefon. Dalam masa yang sama dia yang paling aku sayang. Aku sendiri pun tak faham.

Kini dia dah tiada. Tak mungkin kembali dalam hidup ni. Betul’lah kata orang. Sayangi seseorang itu seadanya. Sayangi semasa dia masih ada. Bila segalanya seakan-akan sudah terlambat, tiada kata lagi yang mampu untuk dilafazkan. Apapun aku tetap bersyukur biar di mana pun aku dan dia berada, kami masih dapat melihat Bulan yang sama. Alhamdulillah.

Satu lagi personal entri di Justkhai. Maafkan ku…

Ditulis pada 4 May '09 oleh | 2,126 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Kisah Cinta | Promo di Twitter! | 65 Respon

Kesundalan warga Indonesia yang semakin terserlah!


Krisis antara Malaysia dan Indonesia kembali hangat. Apa peduli serumpun atau tidak kata mereka. Ini semua gara-gara kes pencolekkan konon-kononnya yang dilakukan pembesar negeri Kelantan. Boleh baca berita lanjut di di sini. Hakikatnya, media Indonesia dilihat sengaja mahu meng’api-api’kan kemarahan rakyat Indonesia sendiri. Bertapa bangang’nya media-media di sana. Pemerintah pun dua kali lima bangang!

Malaysia sememangnya dikenali sebagai negara yang warganya baik dan berbudi-bahasa. Satu dua yang busuk tu biasalah. Dalam seguni beras, mesti banyak antah’nya kan? Kebaikkan warga Malaysia yang boleh bergaul baik dengan kebanyakkan warga Indonesia di negara ini dilihat diperlekehkan. Kebaikkan di balas dengan kejahatan. Perlukah rakyat Malaysia hanya melihat mereka mengeji Malaysia dengan sewenang-wenangnya? Darah merah yang mengalir di badan orang melayu sampai bila-bila adalah darah pahlawan yang berjuang memerdekakan negara ini dulu.

Akibat sakit hati dengan nama panggilan “indon” bagi rakyat-rakyat mereka di Malaysia, Malaysia pula diberi gelaran sebagai Malingsia. Maling adalah bahasa jawa yang membawa maksud “pencuri”. Indonesia tidak putus-putus claim yang Malaysia ni tiru mereka punya bendera la, budaya la dan macam-macam lagi. Siap keluarkan petisyen agar rakyat Indonesia tidak sesekali berkongsi adat budaya mereka dengan Malaysia. Ape ko ingat, Malaysia ni heran sangat dengan budaya kamu tu? Ceh!

Ni video kat bawah ni siapa nak jawab? Bila Ahmad Dhani menyanyikan lagu kebanggan kami kepada Allayarham Tan Sri P Ramlee? Ada kami bising-bising cakap kamu tu pencuri lagu kami? Fikiran warga Malaysia nyatanya lebih luas dan terbuka. Seni adalah seni jangan semua isu mahu dijadikan isi yang boleh menjejaskan hubungan baik kedua-dua belah negara.


Ahmad Dhani – Madu Tiga | Video yang sama ada di’fetured’kan di Oh! Artis

Oh! jangan tak tahu, mereka siap ada buat lagu khas lagi untuk kita semua warga Malaysia dengar. Perangai mereka ni boleh disamakan dengan babi yang menyondol membabi buta. Bila difikirkan, ada ke warga Malaysia sebelum ni buat website mengutuk Indonesia? Tidak pernah. (more…)

Ditulis pada 3 May '09 oleh | 1,688 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 181 Respon

Aku, Kau Berbeza.. Aku, Kau Istimewa

OIAM3: Tahniah Tomok!!


Maaf kerana update agak slow. Khai sibuk sikit dengan dunia pekerjaan dan pemindahan web web ke dedicated server tajaan Server Freak. Semua pun dah tahu kan? So Khai terima satu artikel ni dari email dan artikel ni memang terbaik untuk dikongsikan. Membuka mata bertapa untungnya kita tercipta sebagai lelaki atau mungkin juga sebagai perempuan. Dua-dua pun sama loo… Baca ye jangan nampak panjang je, korang taknak baca. Mentang-mentanglah takde apa yang lucah. Biasalah manusia. Hehehe..


LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. (more…)

Ditulis pada 2 May '09 oleh | 800 views telah diterima.
Dalam kategori Motivasi, Religion | Promo di Twitter! | 69 Respon