
Pelik betul bila nengok iklan kat TV. Sekarang dah ada Kopi Janda la pulak. Iklan tak boleh blah siap nyanyi-nyanyi lagi. Macam la takde nama lain. Hahaha. Lelaki tua yang miang-miang, mesti akan lariskan Kopi Janda lepas ni. Bising tak bising la mak korang kalau bapak korang beli kan? Hahaha, padahal kopi aje. Tapi bahaya tu, psiko pada jenama. Setiap kali iklan tu keluar, Mak khai mesti membebel cakap takde jenama lain ke?!! hehehe.
Dua hari ni PC Fair kat KLCC, haram Khai tak pergi. Seronok dengar cerita member-member je kat Twitter. Nak buat camna, sekarang ada kat kampung. Last usya PC Fair, bulan Ogos tahun lepas. Pergi dengan si dia yang dah takde lagi dalam hidup ni. Hehehe, kenangan yang mampu buat diriku tersenyum.
Entri kali ni nak berkongsi dengan korang website yang membolehkan korang create tag-tag macam kat bawah ni. Teruja tak?
Smart tak? Jangan risau pasal Photoshop kalau korang nengok tag kat mana-mana macam kat atas ni. Buang Photoshop jauh-jauh. Nak tahu caranya? (more…)
Ditulis pada 11 April '09 oleh KhaiHassan | 870 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 38 Respon

Sejak putus chenta ni, lama tak bercerita soal chenta dalam blog hodoh ni. Well, setiap manusia normal pasti mempunyai sekelumit cinta dan harapan di dalam hati mereka. Khai pernah kenal ramai orang yang dengan sedap mulut kata diorang taknak kahwin sampai tua. Bagi diorang couple atau ada pasangan ni membuang masa. Diorang lebih rasa macho hidup seorang diri. Inilah contoh manusia yang memutuskan keturunan nabi Allah, Adam AS. Takde beza dengan Gay dan Lesbian. Kita ada pun kerana cinta.
Khai terima email dari gadis bernama Zafirah berceritakan mengenai kisah cinta seorang pelajar Malaysia di Korea bernama SOPHIA SURAYA BT RIDZA ABDUH. Kisah cintanya gadis bertuah ni pasti akan buat korang tersenyum atau mungkin cemburu gile bagi korang yang perempuan. Boleh dikatakan, kisah cinta seperti Sophia hanya satu dalam sejuta, atau mungkin inilah satu buat selama-lamanya. Bertuahnya gadis melayu ni ya? (more…)
Ditulis pada 7 April '09 oleh KhaiHassan | 6,032 views telah diterima.
Dalam kategori Kisah Cinta | Promo di Twitter! | 108 Respon
Sekali sekala Justkhai juga mahukan entri santai. Takkan asyik di Oh! Tidak je kan korang bantai gelak guling-guling dan belasah komen melalut. Hehehe. Tertarik betul dengan ke’unikkan pada mouse pad yang dihantar oleh seorang pembaca Oh! Tidak ni di email Khai.



ada lagi yang lebih seksi.. (more…)
Ditulis pada 7 April '09 oleh KhaiHassan | 732 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 40 Respon