21 Tahun Kehidupan. Selamat Hari Jadi, Khai!


Alhamdulillah. Hari ini 03 Ogos 2009. Masih ada kesempatan untuk Khai hidup pada umur 21 Tahun. Dah besar rupanya. Pada 21 Tahun yang lalu tepat jam 2 pagi, lahirlah seorang bayi yang diberi nama Khai di sebuah negeri di Johor. Siapa anak jati Johor? Give me five! Hehehe. Masa Khai lahir tu, akak Khai cakap, bulan rendah dan terang sangat-sangat. Mungkin kerana menyambut kelahiran anak terakhir dari enam beradik.

Oleh kerana Khai anak yang bongsu, umur dah 21 tahun pun tetap dipanggil adik. Hehe. Dan mungkin 40 tahun akan datang pun, tetap akan dipanggil adik. Itupun kalau dilanjutkan usia lah. Khai ada seorang abang sulung dan diikuti empat orang akak berderet. Semua dah kahwin kecuali akak atas Khai, yang akan bernikah pada bulan Disember ini, InsyaAllah. Lepas tu, masanya akan tiba! HAHAHA!! (gelak jahat). Paham-paham aje lah.

Bila sebut pasal kahwin, Khai teringat akan seseorang. Insan yang Khai ingat akan menjadi ibu kepada anak-anak Khai suatu hari nanti. Ku sangka’kan panas ke petang, rupanya hujan di’tengah hari. Setahun yang lepas pada waktu yang sama ketika artikel ini ditulis, kami masih bersama. Tepat jam 12 dia kasi seutas jam tangan Polo dan kad ucapan buatan sendiri. Khai baca kad tu sampai menangis sebab terharu sangat-sangat. Esoknya, kami ke Pc Fair, kemudian bercanda di Taman KLCC dan Tasik Titiwangsa. Tapi tidak untuk tahun ini.

Jika dia masih ada sekarang, pasti kami insan yang paling gembira di dunia ini. Khai ingat lagi, pagi sebelum kami meraikan hari jadi bersama tahun lepas, Khai bawak si dia jumpa keluarga Khai. Khai cakap dengan bonda Khai yang dia bakal ada menantu dari Perlis. Confirm ni mak! Mak Khai cakap, isk! kenapa jauh sangat dik? Seorang utara seorang selatan. Khai pun jawab, dah jodoh orang mak, ape nak buat. Kemudian mak Khai senyum.

Mak, nampaknya mak takkan dapat menantu bongsu yang jauh-jauh. Orang cari yang dekat-dekat ye mak? Yang boleh bahagiakan hidup orang. Dan yang menerima diri orang seadanya. Thanks Nieza for everything. Hanya artikel setahun yang lepas sahaja yang tinggal dalam lipatan sejarah kita bersama. Kita memang sangat-sangat bahagia dulu dan mungkin kerana takdir, segalanya berubah dalam sekelip mata. Siapa pun kau pada pandangan keluarga’ku, sehingga kini kau tetap No 8 dalam hidup ini (1 hingga 7 adalah family Khai). Apapun, sekali ku meludah, adalah kotor untuk dijilat semula. Semoga ada insan yang mampu membahagiakan kau. Aku tak mampu.

Jika hari ini ulang tahun kelahiran Khai yang ke-21, (more…)

Posted on 3 August '09 by , under Hidup Khai. 241 Comments.

Bukan mudah menjadi seorang Blogger

Tik Tok Tik Tok Tik Tok…. masa terus berjalan..

Dengan hensemnya masa terus meninggalkan kenangan yang lalu. Sekaligus tanpa disedari, meng’iktiraf Khai sebagai seorang blogger Malaysia sejati. Blogger yang tidak kenal penat menulis sesuatu buat sesuatu. Menulis dan terus menulis selagi kedua belah tangan kurniaan ilahi ini masih terus berfungsi dengan baik. Alhamdulillah.


Dan ini entri blog Justkhai yang ke-400. Melalui stat dashboard di atas, boleh dikatakan blog ini berfungsi dengan sangat baik. Register user terkumpul sebanyak 986 orang dan menerima kunjungan lebih dari 4000 manusia seluruh dunia setiap hari. Saat ini blog ini beraksi di tangga 179,473 website paling popular di dunia. Note, Ini blog berbahasa Melayu dan bukannya blog artis seperti Oh! Artis yang kini berada di tangga 99,365 menurut Alexa.

Blog dan Khai boleh diibaratkan bagai nyawa dengan badan. Tanpa blog, malam menemaniku. Sepi memelukku. Malam jangan biar siang. Biar alam ini kelam. Biar ia sepi, sepertiku! Hahaha! Apejadah masuk puisi sepi pulak ni.

Kawan-kawan, akak-akak, abang-abang dan sahabat-sahabat’ku. Semua orang mampu menyebut “blog” dengan mudah. Semua orang juga mampu membina blog dengan mudah melalui Blogspot. Tapi bukan mudah menjadi seorang blogger sejati. Tahukah anda, beribu-ribu rakyat Malaysia diluar sana setiap hari mendengar perkataan blog. Setiap hari mereka membaca blog dan setiap saat mereka berfikir tentang blog. Malangnya, mereka tidak tahu dari mana patut bermula. Jika anda telah mempunyai blog biarpun hanya seorang dua yang baca, berikan tepuk’kan untuk diri sendiri. Anda berada di dalam golongan elit yang amat low profile. Fikir-fikirkan mengapa.

Bagi Khai sendiri, menjadikan blog sebagai hobi. Dari hobi berkembang sebagai pendapatan tambahan. Kehidupan Khai adalah tidak normal berbanding remaja lain. (more…)

Posted on 31 May '09 by , under Blog, Tutorial. 112 Comments.