Special Entri: Tempahan Baju Scukz


Salam.. Tempahan ni dah seminggu Khai open di Forums Scukz.Com, dan sehingga entri ni ditulis, dah lebih 50 orang ahli forum yang dah menghantar borang tempahan dan dah beberapa orang dah buat pembayaran penuh. So reserve untuk 50 helai baju untuk user Scukz dah tercapai. Dan entri kali ni, Khai nak jual lagi 50 helai kepada pembaca setia Justkhai. Kalau korang kenal Justkhai dan Khai, mesti la korang kenal Scukz.Com.. Sebuah brand yang Khai create beberapa tahun lepas. Usyalah! www.scukz.com

Harga baju adalah seperti berikut:
RM25 – Untuk lengan pendek
RM27 – Untuk lengan panjang

* RM2 terpaksa dikenakan untuk korang yang bersaiz XXL ke atas.

Harga termasuk kos penghantaran. Detail boleh korang baca di www.scukz.com/baju atau jadi ahli berdaftar di Portal Scukz dan boleh tanya macam-macam soalan di thread tersedia.

Download borang tempahan: DOWNLOAD

* Sila buat pembayaran dan kemudian hantar screenshot atau copy paste transaksi pembayaran serta borang tempahan ke email khaixy@gmail.com

Ditulis pada 24 January '09 oleh | 627 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 26 Respon

Bila mana lelaki menjadi DAYUS!


Entri ini agak menarik untuk dikongsikan. Makna dayus seperti yang semua orang tahu adalah lelaki yang takut pada perempuan. Contoh seperti si suami yang takut kepada bini. Hurm, harap Khai nanti takde la jadi macam tu. Taknak tidur kat luar weii.. Hehehe.

So dalam entri kali ni, Khai nak menyampaikan apa yang Khai tahu kepada korang semua. Sama-sama kita berpesan-pesan kepada kebaikan. Untuk panduan diri Khai sendiri dan mungkin juga korang semua. Apapun ingat, Saidina Umar RA pernah berkata yang sehina-hina lelaki adalah lelaki yang tunduk pada wanita. Jika ada lelaki-lelaki yang takut pada bini kat luar sana, mahukah korang menjadi lelaki yang hina. Dan tahukah korang bahawa lelaki dayus, tiada ruang’nya untuk bau Syurga Allah Swt. Nauzubillah..

Apapun dayus bukan saja bermaksud untuk lelaki yang takut kepada isteri atau lebih mudah lelaki yang takut kepada kaum wanita. Khai cukup benci bila dengar orang perempuan kata yang diorang ni setaraf je dengan kaum Adam. Agaknya mereka sedar atau tidak, mereka hanya dijadikan dari tulang rusuk Nabi Allah, Adam. Hanya tulang rusuk. Bagaimana boleh dikatakan setaraf. Jangan cakap korang setaraf dengan lelaki bila mana korang tak pernah mampu kencing berdiri. Hahaha. Gurau je wei.. Jangan marah yer coz entri ni bukan nak ‘down’ kan kaum wanita ke ape, cuma nak beri sedikit kesedaran.

Berikut adalah sebab-sebab bila mana jatuh dayus kepada seseorang kaum lelaki seperti yang di sampaikan oleh seorang ustaz:

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. (more…)

Ditulis pada 23 January '09 oleh | 1,331 views telah diterima.
Dalam kategori Religion | Promo di Twitter! | 62 Respon

Sehari di Puduraya

Puduraya, tak perlu diperkenalkan. Selain dipenuhi dengan bas lalu-lalang yang entah datang dari mana. Kadang-kadang ada tahap yang pelik namanya. Takpe tu tak penting. Beberapa jam Khai menunggu seseorang di Puduraya, sempat jugak untuk nengok pelbagai ragam manusia. Hurm, memang Puduraya satu tempat yang penuh warna-warni ragam manusia pelbagai rupa. Penyangak pun tak kurang ramai kat situ. Kalau rasa macam nak kene “POW” tu, pandai-pandai la simpan duit backup dalam stokin. Hahaha. Kalau perempuan, paham-paham je la tempat apa paling strategik kat bahagian kolar baju tu.. ehehe..

Polis berdaya kreatif


Dua orang polis trafik yang berada di tempat yang amat strategik. Dalam tempat parking kereta stage 2 kat Pudu tu, Khai nampak dua orang lelaki berbaju putih atau tak perlu Khai perkenalkan lagi, mereka adalah Polis Trafik. Dari jauh tanpa berkelip Khai perhatikan apa yang diorang buat ni. Mata penuh sayu lagi kesian (ala-ala kucing dalam cerita Shrek) merenung jauh ke depan dan kemudian menulis ke bawah. Lama Khai perhatikan mereka. Oh, sekali diorang tengah seronok menulis surat saman. So lepas ni bila korang park kereta atau motor kat depan Puduraya tu untuk ambil orang, hati-hati kerana dengan meletakkan kereta di situ dengan harapan selamat kerana tak nampak kelibat polis or DBKL, rupanya diorang ada dicelah-celah bangunan daaa.. Sekali lagi, hati-hati.

Peluk-peluk di’khalayak ramai


Well, ini perkara dah macam “lumrah” kat Malaysia ni apa lagi di Kuala Lumpur. Kalau nak sebut peluk-peluk tu, kat mana-mana aja korang boleh nampak kan. Lagi-lagi mereka yang datang dari luar negara. Cuma apa yang Khai nampak kali ni pelik sikit. (more…)

Ditulis pada 20 January '09 oleh | 766 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 44 Respon