10 sebab mengapa Lee Chong Wei kalah


Well, Khai tak berapa nak ikut sangat pun perkembangan Olympic Games kali ni. What to say, busy maa.. Bila dah masuk alam pekerjaan, sampai lupa TV tu apa benda sebenarnya. Astro? Balik kampung je la dapat nengok since takde sapa sudi sponsor Astro kat Limkokwing hostel ni.

And well, semua pun dah sedia maklum Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan untuk final badminton hari tu. Khai bajet, at least dalam sejarah, Malaysia dapat la bawa balik kilauan emas tu kan, tapi apa nak buat, perak juga yang kita dapat. Tak pasal-pasal dah ade dua perak dalam Malaysia. Satu negeri Perak dan satu lagi perak Lee Chong Wei. Hakhak..

Tadi Khai masuk blog one of my lecturer masa semester 2 dulu, Sir Azhari. Ensem orangnya tak tahu la dah ade awek lom. Dan mungkin lah malam tadi dia mimpi pasal Lee Chong Wei kot dan pagi ni terus keluar 10 sebab mengapa Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan. (more…)

Ditulis pada 20 August '08 oleh | 846 views telah diterima.
Dalam kategori Istimewa | Promo di Twitter! | 38 Respon

Pringles meragukan


Pernah makan Pringles? Korang suka makan? Kalau korang suka makan, Khai pun suka makan. Best kan? Di Petronas, di 7-Eleven atau di mana-mana pasaraya pun, korang pasti akan ternampak lambakan Pringles yang tersusun rapi. Persoalannya di sini, sejauh mana status halal makanan ringan yang terlalu popular ni? (more…)

Ditulis pada 18 August '08 oleh | 3,871 views telah diterima.
Dalam kategori Religion | Promo di Twitter! | 93 Respon

Merdeka 2008 tiada maknanya

Merdeka 2008 tiada maknanya
Hi all. Membaca entri di blog Mohd Ismail membuatkan Khai menyokong apa yang ada dalam kepala Khai selama beberapa minggu ni. Merdeka, korang pon mesti perasan dengan amat-amat ketaranya perbedaan antara sambutan kemerdekaan negara ke-50 dengan yang ke-51 untuk tahun 2008 ni. Alahai, kesian. Sangat kesian.

Ismail menyenaraikan beberapa perkara yang selalunya pasti ada setiap tahun bila tiba bulan kemerdekaan.

1. Iklan kemerdekaan penuh artistik & penghayatan dari Petronas.
2. Kempen kibarkan Jalur Gemilang.
3. Penjualan Jalur Gemilang secara besar-besaran.
4. Pertandingan reka logo & tema hari kebangsaan.
5. Pengumuman logo & tema hari kebangsaan.
6. Kereta Proton penuh dengan Jalur Gemilang.

Masih ingat sambutan tahun lepas, seingat Khai, bulan Februari lagi dah sibuk dicanang mengenai sambutan pada bulan Ogos. Awal tahun dah terasa semangat kemerdekaan tu. Untuk tahun ni, rasanya bahang politik yang paling terasa. Tambah-tambah bila kerajaan sekarang ibarat hidup segan mati tak mahu. Khai tidak menyokong mana-mana pihak tetapi tuhan berikan kita akal fikiran untuk berfikir mana yang baik dan mana yang tidak, ia tak?

Dek kerana harga minyak naik, sambutan tahun ni dikurangkan modalnya dari 4 juta ke 2 juta. Baguslah tu kalau nak elakkan pembaziran tapi kalau penjimatan modal ini berkaitan dengan harga minyak, di mana rasionalnya? Kau kurangkan modal sampai 100 ribu sekali pun atas dasar minyak naik, apa keuntungan yang kami dapat? Isi minyak tetap sama, Mahal!! Lainlah kalau kau kurangkan dari sebab penjimatan sambutan merdeka tu. (more…)

Ditulis pada 16 August '08 oleh | 1,817 views telah diterima.
Dalam kategori Acara | Promo di Twitter! | 26 Respon