Murtad

b23caf81d5d6b383.jpg
Blog oh blog. Sehari tak menulis blog membuatkan hidup aku rasa tidak kena. Terima kasih kepada mereka yang memberi inspirasi kepada aku selama ini. Petang tadi Nieza dah bising. Katanya aku dah jarang menulis tentang hubungan kami di dalam blog ini seperti dulu. Aku katakan yang aku terlalu cintakan dia dan tak perlu aku tunjukkan pada sesiapa. Asalkan dia tahu betapa aku mencintai dia sepenuh hati dan insyaAllah, suatu hari nanti, akan ada kad jemputan berbunga-bunga aku pamerkan di blog ini menjemput kalian hadir ke majlis kami. Kalau teknologi semakin canggih, mungkin kad tersebut akan mengeluarkan wangian juga nanti.

Aku terlalu penat. Banyak sangat kerja yang perlu aku lakukan. Baru tadi aku selesai design T-shirt untuk student yang mengambil course Creative Multimedia. Simple sahaja baju tu kerana aku perlu minimakan kos tempahan. Lihat design tersebut di sini. Tidak lama lagi jika kau ke Limkokwing University, pasti kau akan melihat ramai pelajar yang pakai dan hati kau akan terdetik, pasti itu kawan Khai. Oh, sebut pasal kawan, teringat aku kisah seorang sahabat wanita aku ni yang dah convert agama ke agama Kristian. Alahai, namanya aku rahsiakan tetapi apa yang aku tahu dia bukan lagi seorang yang beragama Islam. Dia dah ke Gereja dan paling aku kesalkan, ibu-bapanya tidak mampu berbuat apa-apa kerana sudah terlambat. Kami yang sahabat ni apa lagi. Harapan aku agar perkara ini dijauhkan dari hidup aku dan kawan-kawan aku yang lain. Biarlah siapa pun kita, asalkan mati di dalam Islam. Bukan agama lain kerana Syurga sememangnya sudah dijanjikan untuk mereka yang beragama Islam. Siapa pun kau baik atau jahat, kau pasti akan merasa juga nanti. Kepada sahabat aku yang dah murtad tu, kembalilah ke pangkal jalan. Ingat asal-usulmu.

Hari ini tiada apa info yang mahu aku kongsi bersama. Mungkin esok. Jadi datang kembali ke-rumah mayaku ini. Ianya percuma. Eh, esok Rumpun 07 di Ampang. Aku masih di sini. Mungkin aku tidak dapat ke sana esok di atas urusan yang penting. Maafkan aku, mungkin beberapa orang yang mendaftarkan diri atas nama Scukz.Com akan mewakili aku di sana.

Ditulis pada 24 August '07 oleh | 682 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 18 Respon

Khinzir, Sucikah ia?

year_of_the_pig_vii_by_temabina-2.jpg
Dua hari Khai tak update mungkin kerana Khai terlalu sibuk dan penat untuk mengarang artikel. Cukuplah, tiada lagi najis untuk entry terbaru ini. Lupakan Fear Factor Japan yang kalian baca sebelum ini. Ianya terlalu kotor untuk dikenang kembali. Bukan begitu? Hehe. Semalam pelbagai perkara menarik berlaku. Di kampus berlansung hari patriotik. Khai sebagai pelajar yang mengambil course Creative Mutlimedia terpaksa datang ke kampus se’awal jam 8 pagi bagi memeriahkan majlis tersebut. Tapi biasalah, janji orang Malaysia (Khai tak mahu tujukan kepada melayu lagi kerana semua bangsa pun sama sahaja) kata sahaja jam 8 pagi, tapi mulanya tetap pukul 10 pagi. Akhirnya kedatangan Timbalan Menteri Pelajaran tiba disambut dengan paluan kompang dan permaidani merah. “Eh, mana Pak Lah, kata beliau juga datang. Ah, mungkin terlalu sibuk”, hati ni berdialog bersendirian. Tak perlu Khai ceritakan lebih lanjut mengenai majlis ini kerana Khai akan ceritakan di TheLUCT sahaja nanti. Habis sahaja majlis, Khai ke kelas pula. Habis pukul 8 malam. 12 jam Khai berada di kampus, ianya sebuah rekod baru untuk diri Khai.

Entri apa ingin Khai tuliskan kali ini. Ah, Khai terlalu penat. Baru pukul 2 pagi Khai dah mengantuk. Ini bukan suatu yang normal bagi diri Khai tapi mungkin sesuatu yang sangat normal bagi kalian. Tapi ada satu perkara yang sangat tidak normal untuk kita semua iaitu menyentuh Khinzir also known as Babi dengan tangan. Ianya najis!! Najis Mughallazah, peringkat najis paling berat. Khai tahu kita boleh menyentuh anjing apabila tangan dan bulu anjing tersebut kering. Ianya di izinkan. Tetapi bagaimana pula dengan menyentuh Khinzir? Khai kurang arif bab-bab begini. Mungkin gadis bertudung di bawah boleh menjawabnya kerana beliau terlalu arif. Mungkin juga dia doktor haiwan tapi kalau Khai ditakdirkan menjadi doktor haiwan sekalipun, Khai pasti menggunakan sarung tangan kerana Khai lebih arif mengenai perkara-perkara mudah.


khinzir_gadis_tudung_1.jpg khinzir_gadis_tudung_2.jpg
khinzir_gadis_tudung_5.jpg

khinzir_gadis_tudung_3.jpg khinzir_gadis_tudung_4.jpg

Dia terlalu ‘bijak’ untuk menjadi doktor pakar bedah atau doktor gigi. Doktor haiwan’lah paling sesuai bagi yang menyangka Khinzir itu suci! Kalian di belakang Khai atau tidak?

Via: Scukz Forums

Ditulis pada 23 August '07 oleh | 9,333 views telah diterima.
Dalam kategori Acara, Religion | Promo di Twitter! | 214 Respon

Japan Fear Factor – Prize 1 Billion Yen

Sekali lagi ingin bercerita pasal Jepun, sebuah negara termaju di Asia dan mungkin juga di dunia. Dua hari lepas aku bercerita mengenai kegilaan jepun merekacipta bentuk ais krim menjadi seakan-akan kemaluan sang lelaki, apa pula kali ini. Entri kali ini mungkin akan membuatkan kalian berasa nak termuntah dan tak lalu nak baca. Tapi takpe la.. gambar je pun, bukan ada bau. Hehehe.. Aku ingin menunjukkan beberapa gambar extreme sebuah rancangan terhangat seluruh dunia iaitu Fear Factor. Tapi kali ini bukan versi english, tetapi versi jepun iaitu Japan Fear Factor. Ganjaran mereka juga lebih tinggi iaitu 1 billion Yen. Kalian tukar’kan kepada mata wang Malaysia, sampai mati pun belum tentu mampu kita habiskan.

Kena dengan ganjaran, cabarannya bukan lagi lompat bangunan, terjun helikopter atau apa sahaja aksi extreme yang biasa kita tonton di kaca televisyen, tetapi Japan Fear Factor betul-betul membawa satu cabaran yang tersangat-sangat extreme sehingga jika aku menjadi pesertanya, aku lah orang pertama yang berambus tanpa berkata apa-apa.

makan-taik-1.jpg

Gambar seterusnya, (more…)

Ditulis pada 20 August '07 oleh | 6,640 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 129 Respon