Happy birthday to me & Justkhai

Tibanya tarikh 3 Ogos setiap tahun bagi aku, adalah satu tarikh istimewa di mana pasti berlakunya penambahan angka dalam usia aku samaada rela atau tidak. Bila menjelang tarikh tersebut pada setiap tahun dan ketika aku masih mampu bernafas, antara perkara utama yang rajin aku lakukan adalah membaca semula artikel hari jadi sendiri yang aku tulis pada tahun-tahun sebelumnya. Melihat komen-komen dari pembaca blog ni, memberikan aku semangat dan membaca artikel aku sendiri, memberikan aku gambaran apa yang aku tertinggal dalam hidup. Itu bagusnya ada blog yang boleh dianggap sebagai diari untuk diri sendiri. Untuk entri kali ni, aku cuba tulis sependek mungkin dan kata ganti diri “aku” digunakan atas sebab tertentu.

Beberapa artikel yang dikeluarkan pada 0308 terdahulunya:
Blog post birthday 21 tahun (2009)
Blog post birthday 20 tahun (2008)
Blog post birthday 19 tahun (2007)

Alhamdulillah, 22 tahun lepas tanggal 03 Ogos 1988 jam 2 pagi,susah payah mak aku keluarkan aku dari perut untuk aku melihat bumi. Harapan aku, apa sahaja yang aku lakukan hari ni dan esok, sentiasa memberikan kesejukkan kepada perut dia yang melahirkan dan mampu membalas setiap keringat Abah yang gugur ke bumi bagi mencari nafkah membesarkan aku dan menjadikan aku seperti aku yang sekarang. Untuk abang dan akak-akak yang sentiasa aku sayangi, terima kasih atas jasa korang selama ni. Dari masa kecik (basuhkan kencing berak. lalala) sampailah ambil berat masa study dan sampailah kini sentiasa berada di belakang aku memberi aku gambaran jelas mengenai erti kehidupan sebenar yang akan aku tempuhi.

Tahun ni agak istimewa buat aku mungkin kerana ditemani insan yang kini benar-benar aku sayang. Insan yang lebih menghargai dan menerima aku seadanya, seadanya aku menerima dia sebagai teman sehidup semati, InsyaAllah. Cinta kami hadir bagai satu anugerah yang tak pernah terduga. Terlalu besar dan beharga anugerah Allah kali ini untuk aku jaga dan pupuk ke tahap seterusnya (pernikahan). Empat tahun lalu dia seorang teman tapi kini dia orang yang paling dekat di sisi aku. Insan yang memahami aku, mengambil tahu soal kesihatan, soal kerja dan soal kebajikan, layaknya layanan seorang isteri buat suami tercinta. Senyumannya adalah “made my day” bagi aku.

Berbeza dengan “cinta mati” aku sebelum bertemu dia sehinggakan aku pun tak menyangka kehadiran dia benar-benar memadam kenangan 3 tahun bersama kekasih sebelum ini. Sungguh! sungguh aku tak sangka, dialah kekuatan pada aku. Terima kasih kerana hadir di diri ini, Nur Irfah Mohd Raflie. Kamu adalah hadiah hari jadi dari Allah yang paling bermakna dan berharga. Setiap senyuman yang masih mampu aku ukirkan ketika ini, semuanya kerana kamu.

Pernah sampai satu tahap di mana aku gave up dan tak rasa akan sempat sampai tarikh hari ni. Tapi Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk terus hidup. Melangsaikan perkara-perkara yang masih belum selesai mungkin. Allah hadiahkan aku ketenangan, Allah hadiahkan aku kawan-kawan yang terlalu supportive dan best. Sahabat sejati (geng BFF) yang bukan sekadar kawan hadir meminta tolong ketika perlu (susah) sahaja dan senyap ketika kita tidak diperlukan. Terlalu besar hadiah dari Allah ini untuk aku terima. Terasa kerdil diri ini jika dibandingkan apa yang Allah hadiahkan pada aku berbanding sumbangan tanggungjawab aku pada agama dan padaNya.

Kepada rakan-rakan blogger, followers, Stalkers, almost 30k Oh! Media’s suppoter, dan yang mengenali diri ini, terima kasih untuk sokongan berterusan korang sampailah ke hari ini. Kepada yang membenci (haters), pun bagus juga korang ni wujud. At least tak semua orang menyokong. Jadi, seimbang right?

Mohon maaf pada sesiapa sahaja yang pernah terasa hati selama 22 tahun ini. Aku cuba menjadi seorang “kawan” kepada sesiapa’pun tidak kiralah di blog atau di dunia nyata dan cuba menyenangi perasaan orang ketika bersama aku adalah keutamaan penting. Jika ada yang bolos, anggaplah keterlanjuran diluar normal aku sebagai manusia yang penuh khilaf dan tidak pernah sesempurna yang diinginkan. Sama juga seperti korang dan yang lain’nya. Nobody perfect kan?

When people disappoint you, it’s not their fault. They’re just being who they are. Your expectations are at fault.

Soal rezeki dan pencapaian, Alhamdulillah. Usia 21 tahun, banyak merubah kehidupan aku dari sebelumnya. Allah berikan aku rezeki yang tak pernah putus setakat ini membalas keringat dan keikhlasan aku atas sesuatu yang dipanggil pilihan, keinginan, instinct, dan minat selaras dengan kegigihan bersengkang mata hampir setiap hari dalam kehidupan seorang “Khai”. Tak semudah yang orang lain lihat dan sangkakan kerana tiada siapa yang ada ketika aku ber’seorangan membentuk disiplin dalam diri mengenai kerja dan pendapatan mencari rezeki yang Allah sediakan. Disiplin memang penting bila kerjaya korang adalah bekerja sendiri. Koranglah bos, koranglah kuli. Takde siapa yang nak menggesa sementara deadline. Lagi kuat usaha dan pengorbanan, lagi tinggi pendapatan. Itu sahaja kunci’nya. Kalau dah duit memang tak jatuh dari langit kan? hehehe.

Syukur Alhamdulillah dan semoga melangkahnya aku ke usia 22 tahun ini, aku akan menjadi lebih matang dari sebelumnya dan terus gigih berusaha dan dipermudahkan Allah untuk mengejar “impian terancang” aku dalam masa terdekat ini. Amin ya rabbal alamin. Selemat Hari Jadi Khai! Jadilah seorang anak, adik, kekasih dan sahabat yang baik. Itu sahaja. Happy birthday juga buat Ieyra. Aku tua 7 jam je dari dia sebab tu dia kena kasi hadiah awal dari orang lain. Hehe. Thanks Ieyra!

Pssttt: Artikel ini sengaja dikeluarkan awal pada petang 2 Ogos 2010 sebab kejap lagi sampai la ke awal pagi 03 Ogos, aku mungkin sedang bersama dengan si dia yang tercinta. Dah kena tempah awal-awal. Teehee! Much Love!

Errr, entri birthday tahun ni takde contest pun macam 2 tahun lepas. Tapi ada macam entri tahun lepas kot. Untuk 5 pengirim komen yang bertuah, korang dapat duit raya awal dari Khai. Oh ya, 0308 juga adalah hari jadi blog ini. Tahun ni tahun ke empat kewujudan blog ini (dengan domain Justkhai) dalam dunia blogging tempatan.

Ditulis pada 4:42 PM 2 August '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,745 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

63 Comments »

Comment by joe
2010-08-02 16:45:32

semuga panjang umur..

..
 
Comment by microdyt
2010-08-02 16:49:47

may Allah blessed you~

..
 
Comment by Anarm
2010-08-02 16:50:24

happy hari lahir bro.. kawen2 la cepat.. jgn lupa jemput aku.. huahahaha.. :o:

..
 
Comment by Hafidz
2010-08-02 16:51:04

semoga pnjang umr d murah rezeki…
smoga hubungan awak berdua berkekalan…isyaallah…:)

..
 
Comment by ariff
2010-08-02 16:53:54

happy birthday lah bro!
semoga terus maju!

..
 
Comment by myadlan
2010-08-02 16:54:18

selamat hari lahir esok..

..
 
Comment by cuz
2010-08-02 17:00:40

hepi birthday khai..semoga apa yg di impikan menjadi kenyataan..semoga bertambah lagi panjang umur dan ditambahkan lagi rezeki dan terus menulis untuk kami yg sentiasa membacanya..

..
 
Comment by aizuddin
2010-08-02 17:03:25

happy birthday bro..moga panjang umur n murah rezeki..amin πŸ˜€

..
 
Comment by Riza
2010-08-02 17:03:33

my bro!

Congratz and semoga happy menempuh hidup baru akan datang, insyAllah..

Semuanya datang dari Allah, dan jangan sesekali lupakanNya.
πŸ˜‰

..
 
Comment by eyra
2010-08-02 17:03:38

selamat tahun kelahiran buat abang kembar 7 jam. 2 pagi nanti i wish lg hahaha.

semoga menjadi anak yang solehah, menjadi kekasih yang baik, dan jugak bakal suami yang mithali. *ecehhh doa ni tau!*

eh ade contest lg? hikhikhik. simpan duet raya tu utk 8 anak sedara. duet raya utk i jgn lupa. lalalaa

thanks 4 ur gift also. i jaga ros tu elok2. hahaha and i mmg sgt tak puas hati bunga ferrero kat atas tu mcm senget sebab tak cukup selotep hahahha! hadiah tu sila kongsi ngan eifa sebab i tak ckup bajet nak beli hadiah asing2 hahaha.

to Nur Irfah Mohd Raflie, jaga abang kembar ku elok2. kang i sekeh u kang terpatah lagi gelang hahahha πŸ™‚

err tatau nak spam ape lg ni. nanti i dah update blog, u komen pulak k? oh ye, nanti kita potong kek depan webcam hahahaha. zaman teknologi kan? see ya later and do take care. πŸ™‚

..
 
Comment by ejam
2010-08-02 17:04:06

semoga pjg umur, murah rezeki dan cepat2 naik pelamin…
best tau kawen nie…tak cayer tanya aku…hehe

..
 
Comment by faiezesa
2010-08-02 17:06:48

semoga panjang umur, murah rezeki… cepat kahwin ngan miss eifa… ahaks… πŸ™‚

..
 
Comment by star
2010-08-02 17:12:44

kalau dah mampu, jgn lambat2 kawin ye πŸ˜‰

..
 
Comment by Shibli
2010-08-02 17:16:03

happy birthday khai… semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki… πŸ™‚

..
 
Comment by nabilpotter
2010-08-02 17:16:07

happy bithday khai. πŸ˜›

..
 
Comment by stormz
2010-08-02 17:16:39

happy birthday khai!

..
 
Comment by Liyana L
2010-08-02 17:18:27

phewiitt, berbunga bungaa lah dapat jumpa cik bunga lepas tu celebrate pulakk lepastu (err, sebenarnya nak cakap happy birthday πŸ˜› )

and and cptt2 la kawinn, nk tgk korg :love:

..
 
Comment by menteil
2010-08-02 17:21:09

semoga panjang umor..

duit dah ada, calon dah ada tunggu apa lagi.. naik pelamin ar.. =)

..
 
Comment by fieqa
2010-08-02 17:34:10

happy 22nd bufday khai.
have a blast in ur life keh πŸ™‚
atb oways in ur oh!media n also in ur r/ship πŸ˜€

..
 
Comment by landax
2010-08-02 18:00:56

alhamdulillah..selamat hari lahir..ucapkan terima kasih juga untuk mak anda yang melahirkan anda..kerna pada saat itulah dia terpaksa bertarung nyawa melahirkan anda..
anyway..happy 22nd!

..
 
Comment by Lea Ooi
2010-08-02 18:19:27

Hepy Burfdayy Khai ?

..
 
Comment by Lea Ooi
2010-08-02 18:20:54

Hepy Burfdayy Khai :8

..
 
Comment by Affan
2010-08-02 18:22:05

HB bro.
Moga panjang umur dan murah rezeki yg diberkati
Amin πŸ™‚

πŸ™‚

..
 
Comment by aminto
2010-08-02 18:25:46

smoga pnjag umur mura rezeki khai…

..
 
Comment by syafieq
2010-08-02 18:26:04

salam…’bro khai….
epi advnce birthday ek!!hahah….

moga2 bbhagia slamnya khndaknya dengan kak eifa!!heehe
AMIN……

..
 
Comment by wazy
2010-08-02 18:29:03

Happy Birthday bro
Semoga Panjang Umur Dan di Murahkan Rezeki

Kalau dekat leh gak ajak ko sambut besday kita sama-sama ,hehehe πŸ™‚

..
 
Comment by azahgta
2010-08-02 18:30:18

selamat hari jadi.. semoga lebih matang dan berjaya pada masa akan datang.. ALL the best.

..
 
Comment by azra
2010-08-02 18:31:45

Happy Burfdayz Khai…
May Allah Bless U & ur Family πŸ™‚

Long-time-Stalker
Miahaahaa 8)

..
 
Comment by ReD
2010-08-02 18:41:11

selamat hari lahir.semoga sentiasa dirahmati Allah swt

Entri Hari Ini : Why Vampires Suck? dan Makan & Menang RM 5,000! Hanya Di McDonalds

..
 
Comment by Lynn
2010-08-02 18:59:21

tahniah

..
 
Comment by lanunsepet
2010-08-02 19:08:23

happy bday khai
semoga ko jd lagi hebat!! n aku pun nak tumpang gak jadi hebat.. he3

..
 
Comment by hazwan
2010-08-02 19:25:42

happi besday broo..smoga cepat kawen

..
 
Comment by Noridah
2010-08-02 20:27:48

semoga panjang umur dan murah rezeki…

..
 
Comment by syahirul
2010-08-02 20:31:24

cis, ko publish entri ni waktu aku keluar plak.. nak gak duit raya πŸ™ gyahahhaa.. ape pon happy birthday to u esok.. ko dah kene tempah awal2? biar betik? adoi tak dapat la nak lepak ngan ko kalo dah kene cop ngan eifa.. sedih aku.. takpe2..

khai, ko dah 22 tahun malam ni.. sila renung balik nasihat2 yang pernah aku dan crew2 bff bagi pada ko.. ingat balik satu2 patah kata dari mulut kami.. ia untuk kebaikan ko.. seperti yang aman ckp, walau ape pon keputusan ko, kami tetap di belakang ko.. yeah, kwn2 ko syg ko khai.. hahahha… tetiba aku rasa gay plak.. gyahhahaah~

tentang ko ngan eifa, moga berbahagia la kalian.. moga takde masalah menimpa nanti.. kalo ada masalah, rujuk kawan2 minta nasihat, insyaAllah leh setel.. yg penting ada sifat memahami, setia, jujur, percaya, bertolak ansur dan lain2 yg akan jamin hubungan korang.. jgn lupa doa pada Allah.. cemburu tu kalo leh letak jauh2 tepi longkang okey..

All da best in ur life mate! chill up! take care.. see u soon…

Happy 22nd birthday Mohd Khairulnizam bin Abu Hassan.

..
 
Comment by Azizwan
2010-08-02 20:44:59

happy birthday 2 u encik khai.. aku doakan semoga kau sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik, dijauhkan dari sebarang malapetaka dan sentiasa dipermudahkan segala urusan yg bakal kau laksanakan lebih2 lg β€œimpian terancang” kau tu. Amin ya rabbal alamin..

..
 
Comment by Cik Nass
2010-08-02 20:50:20

Happy 22nd bufday!

Jaga si dia baik2.

Ingat pesan Rasulullah di dalam khutbah baginda yang terakhir: ‘Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.’

Jadi jika tidak ingin merasa disakiti, jangan menyakiti terlebih dahulu. Kadang2 kita tak perasan kita membuatkan orang lain sakit hati. Tapi, apabila hati kita disakiti, baru kita terasa betapa sakitnya.

Hargai orang yang menyayangi kita. kerana sesungguhnya kasih sayang mereka sentiasa melebihi kasih sayang kita. Jangan terlalu mengejar orang yang kita sayang kerana orang yang kita sayang belum tentu mampu membalas kasih sayang kita.

Take care, may Allah bless u.

pssst: tah bila encik tunang nak pegang muka aku macam kat atas tu.ahahaha.~ dah kawen nanti kot gamaknya.. =( sabo..sabo..ahaha.. m0ga k0 dan epal, eh silap! Epa..cepat2 nikah dan dpt anak2 yang comel cam epa jugak. πŸ˜€ takmo sepet2. πŸ˜€

..
 
Comment by AMIRA AMIR
2010-08-02 21:33:20

hi Khai….!!!!Hepi buffday to u….& meeeee!!!!!hahaha.Yup…we share the same date and if I’m not mistaken same labor time too…huhu but I keluar dlula.heee….anyway,good luck to both of us.I hope you find your true love.me still waiting…putus n sambung.maybe my jodoh with him.dunno.my biz is my 1st priority now.wish me luck…da xlrt keje ngan org.hmm…gotta go.kang mcm2 jd kt my staff.hehe…bye.see ya!

..
 
Comment by mfirhanjasni
2010-08-02 22:02:23

selamat hari lahir bro..
semoga dipanjangkan umur, dan dimurahkan rezeki..
manfaatkan lah kehidupan nie sepenuhnya..

may Allah bless u..

harap2 lepas nie makin bertamabh maju ke hadapan..

=)

..
 
Comment by zakaria idres
2010-08-02 22:16:47

selamat hari tua khai~.. ahahahaha.. ceit.. aku lagi tue dari ko.. haahahaha.. semoga diberkati umur dan rezeki ko yang mendatang k.. ingatlah hidup hanya sementara, akhirat jualah yg kekal selama2 nya.. maka,, cpt laa kawen.. hihihihi.. πŸ™‚

..
 
Comment by rizzar
2010-08-02 22:20:24

Alhamdulillah dah 22 tahun.. gner kan 22 tahun seterusnya dgn sebaik2nya.. moga justkhai pon bertmbah2 umur nya dan bertmbah2 rezeki nya.. bygkan khai 11 tahun dr sekarang.. arap2 menjadi seorg insan dan blogger yg berguna utk agama, keluarga, bangsa dan negara.. byk kan sumbangan bkn ajer tenaga tp ilmu yg positif… justkhai sgt cool!..

..
 
Comment by Rjuna
2010-08-02 23:34:36

Selamat Hari Lahir Khai, sebagai seorang Leo jangan lupa, 4 hari lagi turn aku pulak

sejak kenal blog ni dan khai, aku dapat banyak ilmu dari justkhai ni, semoga sukses bro, mungkin ko kawin nanti, kita dapat berjumpa πŸ™‚

..
 
Comment by denaihati
2010-08-03 00:01:44

Hepi besday semuga terus sukses

..
 
Comment by adha
2010-08-03 00:06:46

selamat hari jadi..makan ubi kayu lala πŸ™‚ hehe..happy besday bro..sukses2 gitu πŸ˜‰

..
 
Comment by Amsama Revolve
2010-08-03 00:07:28

May Allah bless you ( =

..
 
Comment by Rara
2010-08-03 00:19:50

Salam.

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 22, Khai. (walaupun kita sama baya tapi i belum 22 lagi, nanti 10 september which is hari raya pertama, adalah birthday i, jadi duit raya untuk i mesti ada tau?) *buat muka kesian T___T

Alhamdulillah dan tahniah sebab dah ada orang baru dalam hidup, yang Khai rasa layak, itulah yang selayaknya, insyaAllah. Semoga anugerah terindah dari Allah SWT buat Khai itu adalah beliau, dan semoga beliau sentiasa memberi sokongan dan sentiasa menyayangi Khai. Empat tahun berkawan, dan baru bercinta, mesti sudah faham hati budi masing-masing kan? Semoga berbahagia selalu, itu yang i doakan buat kalian berdua. Amin..

Tahniah juga kerana JK sudah empat tahun dan semoga rezeki Khai semakin melimpah, mendapat kerahmatan dariNya, dan sentiasa diberikan ketenangan dalam kehidupan. Manusia ni takkan dapat lari daripada masalah kan? Tohmahan dan cacian daripada orang lain tu, kita anggap sebagai lumrah kehidupan.

Akhir kata, semoga Khai bertambah-tambah seri dalam hidup dengan adanya Eifa, semoga dimurahkan rezeki, melimpah-limpah bak air sungai (cewah), dan semoga sentiasa menjadi anak yang soleh, mendoakan kedua orang tua, keluarga & kawan-kawan. πŸ™‚

..
 
Comment by e-liex
2010-08-03 00:20:35

hepi bday khai~~~ πŸ™‚

..
 
Comment by Melz
2010-08-03 00:38:11

happy birthday bro πŸ™‚
moga terus success
and moga terus berblogging
heh πŸ™‚
enjoy!

..
 
Comment by iZwaN
2010-08-03 00:38:41

Selamat menyambut ulangtahun ke-22 khai…
semoga pjg umor dan dimurahkan rzki..
smoga apa yg dicapai bekekalan hingga akhir hayat…

..
 
Comment by MK
2010-08-03 00:59:15

Selamat hari lahir.
Aku tua ko sebulan. Ngahaha.

..
 
Comment by Kay
2010-08-03 01:01:18

Alhamdulillah… Dah 22 tahun rupanya Khai bernafas di bumi Allah ni.. Cepat sungguh masa berlalu kan? Diharap agar sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki supaya blog JustKhai (one of my feveret site time online) ni terus hidup… Seronok baca setiap entry Khai…

Happy birthday dan semoga ceria selalu… (ayat poyo plakss..Ahaha..)

Den sentiasa support lu Khai!!! Hohoho…

..
 
Comment by deennasour
2010-08-03 01:20:12

baju biru atas tu sah2 si man.

..
 
Comment by Jihan
2010-08-03 02:27:07

happy ari tua bro.
moga lebih matang dan murah rezeki..

..
 
Comment by Aunty Yin
2010-08-03 04:05:20

sayang Khai… Moga apa juga yg Khai lakukan sentiasa diberkatiNYA… Tabahkan hatimu menempuh setiap dugaan yg byk mengajar erti kesabaran… Chayok!!

..
 
Comment by nur hidayah isa
2010-08-03 05:15:08

happy besday khai..muda lagi rupenye ek..baru 22..smoga pnjg umur dan dimurahkan rezeki.. πŸ˜‰

..
 
Comment by FiNΓͺ
2010-08-03 05:20:17

Selamat Ulang Tahun ke-22 (dua puluh dua) kpd Encik Khai (bukan sprti nama di dalam IC) πŸ™‚
Semoga anda panjang umur..panjang akal utk memajukan blog anda ini..dan pape yg bleh panjang la.
Murah rezeki..Dan dapat apa yg anda hajatkan.

..
 
Comment by Bro Nagos
2010-08-03 05:57:18

Tahun ni nampak ISTIMEWA…. πŸ™‚

..
 
Comment by sha myheart
2010-08-03 15:22:00

salam..

happy birthday, b-day boy…

smga kebahagiaan itu milikmu..
hidup bknlah pnjg utk kita persiakan dgn hal2 yg meremehkn n xhappy..

so, happyknlh hidup anda… sb anda yg berhak tntukn apa yg anda mahu dlm hidup…

lgpn, dh ada gf baru ni, smga lbh bhgia.. πŸ˜‰

..
 
Comment by rosmerah
2010-08-03 16:34:41

Selamat ulang tahun sayang… πŸ™‚

..
 
Comment by rosmerah
2010-08-03 16:53:29

Dear cik nass, thanks utk doa kamu… semoga segalanya di restui dan di rahmati Allah..dan hubungan kami kekal bukan setakat ke anak cucu tp hingga ke akhir hayat insyaAllah…

Epa juga doakan kamu dgn ur hero(syah) will belong together forever… Seronok nya dapat kawan2 mcm kalian saling mendoakan yang terbaik sesama kita..tiada dengki tiada cemburu tapi hanya kasih sayang… Alahamdulillah..

Epa sayang all!! hehee <3

..
 
Comment by Anip
2010-08-08 18:35:23

salam..selamat ari jadi khai..
semoga panjang umr dan murah rezeki..
aku wish agak lambat sikit..hehehe… πŸ™‚ πŸ™‚

..
 
Comment by Aunty Yin
2010-08-17 08:45:13

Epa syg Khai smp bile2 taw… sesuai sgt tgk kamurang niiiii….. mg epi2 j selalu… kalo khai ade wat pape yg epa x ske.. ngadu kat kami k… nnt kami ngadu kat ma… haha…
jadikan keperitan yg lalu sebagai pengajaran yg bisa membawa kowang berdua ke arah kebahagiaannnnn yg berpanjangannn… ameen~~

..
 
Comment by TAUHUSUMBAT
2011-08-07 04:21:27

terbaek… ur my idol :bloody: appy bday

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post