Archive for 'Gadget'

Saya Memerlukan Sebuah Netbook!

Memandangkan skop kerja Khai dah makin meluas dari sebelum ni, dalam sehari dua ni, maybe Khai akan angkat satu netbook baru kot untuk tujuan khas blogging dan email. Netbook ye bukan Notebook so tentu-tentulah netbook yang comel tu. Hehe. Since Miss Merlot ni Khai dah kasi heavy duty kat dia, rasanya untuk mendapatkan mood dan feeling ber’blogging balik macam dulu, perlukan satu device yang lebih ringan dan selesa di bawa ke mana-mana terutama untuk menulis di atas katil. Habis menulis, terus boleh tolak ke tepi dengan satu tangan tak pun dijadikan bantal terus. Hehe.

Khai rasa lepas ni kalau lepak McD atau Old Town, memang netbook akan sentiasa Khai bawa sebab dia tak leceh. So bila idea tu datang, boleh terus blogging dengan bebas. Bukan tak boleh nak blogging guna Miss Satio, tapi kalau nak masukkan content yang berjala-jela dan bermaklumat ni, kena ada keyboard untuk menaip kerana idea tu datang selaju taipan jari di atas keyboard. Kalau tekan keypad, rasanya idea dah ke Perlis, jari baru nak sampai Penang. Hehe. Got it? Kalau nak bawak Miss Merlot (HP Probook) ke mana-mana, agak leceh since Khai pun malas nak letak dalam beg semua. Kalau netbook ni, anggap je la macam bawak buku nota. Kepit kat pinggang sudah.

So, netbook apa yang nak Khai grab nanti ni? (more…)

Posted on 16 August '10 by , under Blog, Gadget, Hidup Khai. 47 Comments.

Ada Apa Dengan Sony Ericsson Satio

Peringatan awal kepada pembenci Justkhai di luar sana yang selama ini tak habis-habis memberi fitnah kata Khai nak berlagak la, apa la dengan gadget-gadget baru dia, lantak korang la. Pesanan untuk kamu, syuh syuh. Pergi main jauh-jauh kerana artikel ni sekadar akan menceritakan mengenai gadget baru yang baru dibeli. Berkongsi dengan mereka yang berminat untuk mendapatkannya. Benda baik kita kongsi la kan? Kepada yang nak baca, teruskan pembacaan kerana insyaAllah perkongsian ini memberi sedikit pengetahuan berguna untuk kita bersama.

Guys, meet my very new girlfriend, Miss Satio.


Motif utama kewujudan entri ini dibuat adalah untuk peringatan Khai sendiri mengenai apa yang pernah Khai beli. Dan kerana itu apa sahaja akan tertulis di Justkhai mahupun Oh! Khai dan kedua-dua blog ini tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk membaca. Kalau suka baca boleh teruskan dan jika tidak, anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Actually Satio ni Khai beli 2 June 2010 lepas dan terus diberikan nama Miss Satio. Macam nama awek jepun lak kan? Hehe. Warna yang dipilih, semata-mata kerana ingin sama dengan warna Miss Merlot dan Miss Merlot Junior iaitu warna merah hati atau maroon (merlot). Satio dipilih selepas menitik-beratkan enam jenis keperluan utama untuk diri Khai iaitu; (more…)

Posted on 3 June '10 by , under Gadget, Review. 130 Comments.

Apa Apa Dengan Sony Playstation 3?

Fuh! Penatnya baru habis lawan Winning Eleven 2010 (PES 2010) dengan member. Bukak internet kejap layan blogging. Hehehe. Tapi tadi layan game special sikit lah sebab dekat PS3 dan bukan kat Miss Merlot. Eh eh, Khai dah beli PS3 ke? Jeng jeng jeng.. Hehehe.

Mulanya taknak buat artikel pasal PS3 ni maklumlah orang lain dah bertahun ada PS3 tapi dah jadi kebiasaan kat blog ni kalau Khai beli apa-apa gadget yang macam menarik dan baru untuk diri Khai (duit hasil titik peluh sendiri), insyaAllah Khai buatlah sedikit review apa yang Khai tahu dari something yang dah Khai cuba. So kalau korang nak baca entri ni terima kasih sebab manalah tahu esok lusa korang nak beli so mungkin ada sedikit maklumat baru yang korang dapat. Dan kalau nak komen pula, harap sangat jangan ada komen-komen yang berbentuk pujian like “banyak duit takpelah Khai”, “orang kaya bolehlah”, “Khai berlagak poyo nak mampus” atau yang sebagainya. Berilah komen yang mendatangkan faedah bersama seperti wujudnya entri ini. No more puji-puji okey.

Khai sebenarnya tak pernah rasa senang dengan sebarang pujian. Keep low profile in mind forever, InsyaAllah. Itu tips murah rezeki yang mak Khai ajar secara percuma. Khai lahir dulu sebagai anak kepada keluarga yang serba sederhana. Tak susah dan tak terlalu senang. Dan kehidupan Khai 2 tahun yang lalu, bila orang cerita pasal PS3, macam perkara yang mustahil sangat untuk Khai beli dan tak pernah terfikir Khai ternlintas untuk beli PS3 ni memandangkan harga yang agak tinggi dan sekadar untuk main game aje kan?

Kalau anak orang kaya lain lah kan? Mintak mak bapak je jangan cakap dapat PS3, nak Lamborghini sebiji pun insyaAllah. Tapi apa guna kalau hidup hanya menumpang titik peluh orang lain. Pakai Fairlady buat muka kerek kat traffic light, tapi kereta bapak yang belikan. Lepas tu bawak duit berkepok-kepok layan perempuan kat Zouk. Satu malam habiskan 2 3 ribu pun no problem! Kononnya anak lord. Sedarlah, bapak kau yang kaya, bukan kau. Kau perabis duit penat lelah mak bapak je kot.

Anyway, Kalau korang nak cakap something pada Khai yang berbentuk personal, pujian, kritikan atau kutukkan, email pada Khai secara personal dan profesional kan senang. Ini nak tulis nama dan email sendiri pun takut ada hati nak sound orang lain. Aiyaa!!

Tamat Mukadimah (panjang tak hengat). Ok jom masuk part PS3 pulak.. (more…)

Posted on 11 February '10 by , under Gadget, Hidup Khai, Istimewa. 110 Comments.