
Tiba-tiba rasa nak buat satu pertandingan. Dah berderet entri berat-berat, kita release tension dulu la ye?. Oleh kerana Oh! Tidak semalam begitu hebat membuat satu contest “OH OH OH”, hari ini Justkhai pula mahu membuat satu pertandingan Teka Choki-Choki.
Pertandingan ni sungguh mudah dan simple. Tiada langsung syarat diperlukan asalkan korang masih mampu untuk menaip di keyboard, dah melayakkan korang untuk join. Apa yang perlu korang lakukan? (more…)
Ditulis pada 26 February '09 oleh KhaiHassan | 1,124 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 113 Respon

Ah mata mengantuk ni tapi dah tak boleh nak sambung tidur. Pagi tadi nengok ManUtd vs Inter Milan kat Astro 812. Pendek kata tak nengok pun takpe sebab memang bosan gila diorang main. Mungkin corak Inter tak sama dengan rentak permainan di Eropah. Diorang main ganas woo.. Siapa nengok tahu lah. Dan Khai tak sempat kira pulak berapa kat kuning yang referee kasi semalam. Bayangkan sampai yang duduk kat bangku simpanan pun boleh kena kat kuning. Alahai Inter. Tapi referee dia pun satu bangang. Rooney yang tak patut kena kad kuning pun, boleh kena kad.
Lagi 10 minit bola nak habis, mata dah ngantuk. Ah takpelah, tunggu lagi 10 minit mana tahu kot-kot ada gol. Sampai la habis bola, takde jugak gol. 0 – 0 beb.. Dalam hati menyumpah habis. Tak guno! Tido je dalam setengah jam, abah dah kejut bangun solat subuh.. alammak?!!
Ok la.. Mukadimah je yang panjang ni. Entri ni ringkas jer sekadar nak tunjuk wajah-wajah pejuang Gaza yang meninggal shahid. Ya, ini bukan kali pertama wajah syuhada ditunjukkan di sini. Wajah pengebom bali pun pernah dipaparkan di sini dan korang boleh lihat sendiri bagaimana manis rupa wajah mereka walaupun maut dengan hukuman tembak.
Berikut adalah wajah-wajah pejuang Gaza yang telah terkorban demi perjuangan menyelamatkan tanah tempat tumpah darah mereka sendiri. Al-Fatihah.. (more…)
Ditulis pada 25 February '09 oleh KhaiHassan | 1,354 views telah diterima.
Dalam kategori Religion, Tergempar | Promo di Twitter! | 37 Respon

Sepatutnya entri ini ada minggu lepas lagi tetapi oleh kerana banyak entri-entri lain yang dah Khai draft menunggu masa untuk di touch-up dan publish, Khai simpan dulu entri ini dan hari ini, Alhamdulillah berkesempatan lagi berkongsikan sesuatu buat korang. Semoga ianya bermanfaat.
Macam entri anak menteri sebelum ini pun, ada yang kononnya berfikiran positif menyeru agar kita memikirkan yang baik-baik. Yang hairannya, apa yang baiknya pada gambar itu yang jelas tidak menggambarkan apa-apa yang positif. So apa kata kalau dah kononnya otak anda tu suka berfikiran positif, fikirlah yang entri itu manfaatnya supaya dijadikan kesedaran buat semua remaja agar tidak mencontohi perangai role-model yang sebegitu. Berfikiran positif sampai menghalal’kan apa yang haram, ape kejadahnye?
Berbalik pada Zone straits ni, ianya adalah sebuah group yang menyediakan free domain hosting. Sebenarnya mereka ni sama sahaja macam co.cc mahupun cjb.net cuma mereka datang dari Malaysia dan domain yang mereka sediakan amat cantik untuk dijadikan subdomain untuk mereka yang masih tidak mempunyai domain sendiri (contohnya pengguna blogspot). (more…)
Ditulis pada 23 February '09 oleh KhaiHassan | 1,554 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 62 Respon