5 website tiny paling vogue!


Jam dah pukul 3 pagi. Pukul 7 dah kene bangun. Masuk kerja pukul 8.30 pagi. Balik kerja pukul 6.30 petang. Arghh tension. Dari pukul 1 tadi Khai pejam mata ni tapi tak boleh jugak tido. Pusing kanan, pusing kiri sampai nak tercabut katil ni, tapi macam tu jugak. Last-last, tak pasal-pasal database blog ni bertambah satu lagi entri. Siapa yang susah? Syia jugak yang susah nak tanggung kos server ni nanti. Hehehe.

Well, hari ni best sikit sebab jap lagi dapat elaun. RM500 je tak banyak lepas tolak harga hostel Limkokwing ni. Bila Khai fikir balik, kalau harga bilik ni (untuk 2 orang) adalah RM580 setiap seorang, so elaun sebenar untuk internship student kat sini adalah RM1080. Not bad at all. Kalau nak tahu ape kerja Khai kat sini, salah satunya adalah maintain official website dia lah. Banyak lagi tapi next time lah Khai story.

Kegilaan untuk Mobwars semakin menjadi-jadi. Kalau korang ada Facebook, add Khai (search: Khai Scukz) kat sana dan Khai akan invite korang untuk kita jadi team dalam Mobwars tu. Mobwars membuatkan korang nak jugak bukak Facebook walaupun bos kat sebelah. Hahaha.

Dan dua hari lepas pilihan raya Permatang Pauh, Anwar Ibrahim menang. So Khai tak nak cakap apa-apa just nak lafazkan, “Alhamdulillah”. Bukan kerana Anwar yang menang tapi kerana masih orang islam yang menang.

Panjang la pulak Khai membebel, sowy.. Hehe.. so Khai teruskan dengan beberapa laman web aplikasi yang berguna untuk semua. (more…)

Ditulis pada 28 August '08 oleh | 854 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 26 Respon

Kenapa Khai tak suka Olympic Games?

Well, ramai antara korang yang membaca ni suka nengok sukan-sukan kat Olimpik tu. Hakikatnya tanpa korang sedari, korang hanya suka melihat sukan tapi tak suka bersukan? Baik jadi macam Khai, dah la tak suka bersukan, nengok sukan pun taknak. Sakit hati bila keluar Mamak, dia boleh bukak Olimpik la pulak padahal time tu ada macam-macam cerita yang best. Kalau ada Malaysia takpe jugak. Ni tunggu punya tunggu, semua negara bukan-bukan. Tapi, ada satu lagi sebab kenapa Khai tak suka Olympic Games ni taw… (more…)

Ditulis pada 27 August '08 oleh | 1,869 views telah diterima.
Dalam kategori Acara | Promo di Twitter! | 30 Respon

10 sebab mengapa Lee Chong Wei kalah


Well, Khai tak berapa nak ikut sangat pun perkembangan Olympic Games kali ni. What to say, busy maa.. Bila dah masuk alam pekerjaan, sampai lupa TV tu apa benda sebenarnya. Astro? Balik kampung je la dapat nengok since takde sapa sudi sponsor Astro kat Limkokwing hostel ni.

And well, semua pun dah sedia maklum Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan untuk final badminton hari tu. Khai bajet, at least dalam sejarah, Malaysia dapat la bawa balik kilauan emas tu kan, tapi apa nak buat, perak juga yang kita dapat. Tak pasal-pasal dah ade dua perak dalam Malaysia. Satu negeri Perak dan satu lagi perak Lee Chong Wei. Hakhak..

Tadi Khai masuk blog one of my lecturer masa semester 2 dulu, Sir Azhari. Ensem orangnya tak tahu la dah ade awek lom. Dan mungkin lah malam tadi dia mimpi pasal Lee Chong Wei kot dan pagi ni terus keluar 10 sebab mengapa Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan. (more…)

Ditulis pada 20 August '08 oleh | 946 views telah diterima.
Dalam kategori Istimewa | Promo di Twitter! | 38 Respon