EviLyrics – Lirik lagu dihujung jari anda.

evil_lyric_scukz_promo.jpg

Dah sebulan lebih rupanya Khai masuk semester dua. Kejap aje masa berlalu. Kalau dikenang balik hari hari sebelum hari ini, memang menyampah la fikirkan pasal assignment yang tak putus2. Lecturer berlumba-lumba nak abiskan silibus tapi diorang maybe tak perasan yang student pun berlumba-lumba untuk siapkan assignment. Kadang2 sampai tak tidur nak siapkan. Tapi nak buat camana, dah namanya lecturer.. kita yang student ni, tawakal aje la.. Ni kat Desaria Villa (hostel Khai) ni, baru2 ni makin melambak pulak artis yang datang untuk sewa/beli rumah kat sini. 1st sekali aritu Zahid ngan seorang pelakon tu (x tahu name). Then nampak plak Iqram Zidane Dinzly (my favourite actor) ngan diorang sekali kat Desaria Plaza tu. Bapak hensem mamat tu.. Dua hari lepas paling tak tahan, Khai duduk kat food court minum ngan member. Then nampak Raja Farah ngan minum ngan family dia. Dia punya cantik, Perghh.. Allahualam.. Then Khai pandang je dia, then dia pon pandang Khai balik (perasan maybe).. Time dia basuh tangan, kat cermin tu dia leh pandang Khai jugak lagi (bukan perasan lagi ok).. Kitorang main tenung-tenung, renung-renung.. Hahaha.. Wow, rasa macam dunia ni ana yang punye.. umur pun sebaya.. sesuai la tu.. harharhar.. rupernye rumah dia satu tower aje dengan Khai. Cuma dia tingkat 3 & Khai tingkat 11..

Harap-harap Lisa Surihani pon akan pindah duduk sini.. Alangkah bahagianya.. Hahaha.. Ermm .. ok kembali kepada topik sebenar entry ini. Khai nak share satu software best gile dengan y’all.. Bayangkan, bila y’all click aje mana2 lagu dalam Windows Media Player, Winamp atau apa sahaja music player, dia akan keluarkan lyric secara terus menerus.. Ok, contoh macam gambar kat bawah ni, Khai bukak aje lagu Empty Decoration, Tadaaa.. terus keluar lyric lagu tu.. Tapi dengan syarat y’all kena la sentiasa connect internet untuk guna software ni.. Kalau tidak camana plak EviLyrics ni nak carikan lyric untuk y’all.. Tapi tiada jaminan 100% untuk lagu yang y’all open tu akan keluar liriknya. Mostly, kalau lagu english & japan, memang akan keluar punye lah.. tapi kalau Melayu, nengok juga la pemes ke tidak lagu tu..

evil_lyric_scukz.JPG

:: searches over 15,000,000 lyrics »»
:: karaoke: create & share timestamps »»
:: stores lyrics for offline viewing»»
:: translates lyrics
:: allows searching for guitar chords, AMG profiles, album covers arts, posters etc.
:: Only 300 kB installation file
:: Free of coz lah kan!!

So boleh la cuba dan lihatlah hasilnya. Selamat mecuba!!

Download: Click Here.
Offical Site: Evillabs

Pssttt: Kalau bukan software best, takde maknanya Khai nak recommend kan untuk korang!! nak turun gi kedai jap.. bye~

Ditulis pada 27 February '07 oleh | 554 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 10 Respon

Vista Transformation Pack 6.0

vista_scukz.jpg

Disebabkan dah banyak blog yang dah review pasal Vista Transformation Pack 6.0 (VTP6) ni, so Khai pon rasa nak review kan juga lah.. Kebanyakkan blog yang Khai baca tu banyak memberi info yang salah. Maybe diorang just baca dari sumber lain dan tidak mencuba sendiri. Macam Khai dah mencuba sejak dari VTP3 lagi so boleh la kongsikan pengalaman dengan y’all..

VTP6 ni hanyalah sekadar transformation untuk Windows XP atau Windows Server 2003.. Ianya bukanlah Windows Vista yang baru direleasekan oleh Microsoft baru2 ini. VTP6 ni hanya akan mengubah penampilan Windows XP y’all menjadi 90% Windows Vista dari segi Boot Screen, sound scheme, cursor, icon, interface dan banyak lagi.. Kiranya, y’all akan rasa macam menggunakan Windows Vista tapi masih menggunakan system Windows XP. VTP ini dibangunkan oleh seorang warga Thailand yang menggelar diri beliau sebagai Windows X. Ianya sentiasa percuma untuk semua namun sumbangan ikhlas amat digalakkan untuk membantu beliau meneruskan project ini.

Namun ingat, sebelum melakukan transformation ini, backup dulu segala data yang ada dalam drive C sebagai simpanan sekiranya muncul masalah selepas meng-install VTP itu nanti. Sekiranya y’all belum pernah menggunakan mana2 version Vista Transformation Pack sebelum ini, Khai sangat2 merecommendkan y’all download dan install dulu VTP3 dan kemudian baru VTP6 untuk mendapat full transformation. Lakukan jika y’all betul2 sudah bersedia kerana risiko y’all kene format balik windows sangat tinggi sekiranya berlaku apa2 masalah. Paling penting, login dalam keadaan “Safe Mode” dahulu sebelum meng-install mana2 installation VTP. Untuk login dalam keadaan “Safe Mode”, restart PC anda dan semasa proses boot ingin bermula, tekan F8 berulang kali sehingga y’all diberi pilihan untuk masuk menggunakan mode apa (pilih safe mode).. Bila nak install, baca dulu manual yang diberi.. Jangan main next-next jer macam y’all install software biasa..

Spec system tak perlu risau.. Kalau y’all selesa sekarang menggunakan Windows XP, so tiada masalah untuk menggunakan Vista Transformation Pack ini. Kat bawah ini ada sedikit interface Windows XP yang khai pakai sekarang.. Nampak macam Windows Vista right? tapi XP aje sebenarnye.. Hahahaha.. Oh ye lupa nak ingatkan, lepas aje selesai dengan VTP ni, y’all kene right click dan click propertise kat desktop. Kemudian tekan Appearance dan pilih Aero Style (Vista – Beta 2)..

vista_khai-1.jpg vista_khai-2.jpg

vista_khai-3.jpg vista_khai-4.jpg

Untuk mendownload, sila click sini. Keterangan lanjut dan lebih banyak screenshot, sila ke windowsxlive.net

DO AT YOUR OWN RISK!!

pssttt: Screenshot IE7, Windows Defender dan Windows Media Player 11 yang khai gunakan tu just untuk pengguna XP Genuine (boleh didownload dan diupgrade di Microsoft site). Ianya not include in any VTP installation Pack.

Just Info : Harga Windows Vista (di Lowyat Plaza) kini adalah RM860 untuk Vista Home Basic dan RM1,656 untuk Vista Ultimate. Maklumat lanjut mengenai Windows Vista akan Khai tulis pada masa akan datang..

Ditulis pada 25 February '07 oleh | 415 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Tutorial | Promo di Twitter! | 21 Respon

Damailah engkau di sana.

Kepermegian Hj. Abd. Manap b. Ahmad

Hj. Abdul Manap bin Ahmad .. satu nama yang memang takkan hilang dalam ingatan Khai.. Pagi tadi (takde la pagi kot jam 1.. pagi bagi orang yang bangun lambat cam khai), time tengah nyenyak2 tido, Khai dapat call dari akak Khai dia cakap “dik, atuk dah takde” .. Khai dengan pisat2nye tu rasa terkejut ada, natural ade.. pendek kata takde perasaan.. Then dalam jam 1330, abang Khai dah tunggu kat Plaza Desaria Villa (LUCT student Hostel) untuk bawa ke rumah atuk di Petaling Jaya. Sebenarnya atuk Khai ni dah lama menderita sakit tua.. Umur dah 79 tahun.. Bila dah elok je sakit dia, tak lama kemudian, sakit balik.. Ermm.. itulah yang kita akan rasa nanti bila dah tua.. Dua adik lelaki bawah dia dah meninggal dulu beberapa bulan lepas. Sekarang tinggal 2 orang kakaknya yang masih meneruskan sisa-sisa hidup..

Baru aje selasa lepas kami lima beradik (kecuali angah yang kini berada di Sabah) pergi melawat atuk.. Keadaan dia masa tu dah uzur sangat.. Dah tiga hari taknak makan bubur. But bila Abang sulung Khai yang suapkan dia, laju aje dia makan.. Khai pula urut kaki atuk.. Sambil tu dia sempat nasihatkan Khai supaya belajar bersungguh2.. Sedih lihat keadaan atuk masa tu. But tak boleh buat apa ler kan? Tengahari tadi jam 12 (berkat hari jumaat), atuk menghembuskan nafas terakhir disamping anak2 nya.. Sampai aja di rumah atuk, nengok orang dah agak ramai.. Nenek berada di sisi atuk. Mak saudara Khai ramai yang kelihatan sedang menangis.. Melihat wajah Allayarham, sungguh tenang dia meninggalkan seorang balu, 10 orang anak, 22 orang cucu dan 5 orang cicit.

Dalam jam 1500, Jenazah di bawa ke Masjid Abdul Rahman b. Auf, Jalan Klang Lama untuk dimandikan, dikapan dan disembahyangkan. My mom (anak sulong) dan my dad bergegas dari Negeri Sembilan dan sempat mencium ayahanda-nya. Time tu jenazah dah siap dikapankan. Time tu la air mata Khai dan adik beradik lain tak henti2 mengalir melihat mak mencium atuk seakan-akan sukar merelakan kepermegian atuk buat selamnya. Kemudian hujan gerimis turun dan berhenti sebaik sahaja atuk selesai disembahyangkan selepas solat asar.. Hujan rahmat agaknya.. kemudian jenazah di bawa ke tanah perkuburan Islam Petaling.. Suasana suram melihat atuk sedikit demi sedikit hilang dari pandangan kami ditelan bumi Allah. Damailah engkau di sana Atuk. Jasamu bertahta di hati kami semua hingga ke akhir hayat.

Sahabatku sekalian, sedekahkan lah al-Fatihah kepada Allayarham Hj. Abdul Manap bin Ahmad.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

Abdul Manap bin Ahmad | Segar dalam ingatan | 01.12.1928 – 24.02.2007

23022007013.jpg 23022007022.jpg 23022007029.jpg

pssttt: Kalau boleh Khai taknak lalui kehilangan mak dan abah.. juga adik beradik yang lain.. biarlah Khai yang pergi dahulu sebelum mereka..

Ditulis pada 24 February '07 oleh | 500 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 22 Respon