Siapa cakap Blogspot itu sampah?

Salam. Aku tak pernah sampai hati nak cakap sesiapa pun bebal, tapi dalam kes ini, perangai mereka-mereka yang bebal ini memang banyak menyusahkan aku. Entah bila pernah aku cakap yang Blogspot tu sampah pun aku tak tahu. Yang aku ingat, “aku labelkan blog plagiarism dan copy paste sebagai blog sampah dan kebanyakkan blog sampah (blog plagiat) itu datang dari blogspot“.

BUKAN AKU CAKAP BLOGSPOT TU SAMPAH. DAN BUKAN BERMAKNA TIADA BLOG PLAGIAT YANG MENGGUNAKAN ENGINE SELAIN BLOGSPOT!!

Aku sendiri tanpa pengetahuan sesiapa, mempunyai 44 buah blog di Blogspot yang tidak pernah diketahui sesiapa kerana tidak pernah aku promosikan. Nilaikanlah sendiri.

Kepada yang tak pernah kenal blog ini atau yang tak pernah baca artikel-artikel di blog ini, tak perlu nak dengar sebelah pihak atau korang sama-sama juga bebal tak faham bahasa melayu seperti mereka. Jelas, ayat tersebut sengaja dimanipulasi bukan hanya kerana mereka itu bebal, tetapi juga mempunyai maksud yang terselindung.

Lagi satu apa-apa artikel yang korang baca tak kisahlah di blog mana pun, bacalah sampai habis dan fahamkan kemudian barulah bersuara. Ini baca serangkap dua kemudian buat penilaian. No wonder makin ramai orang melayu jadi haprak sebab baca sunnah dan hadith separuh-separuh. (more…)

Ditulis pada 20 June '10 oleh | 680 views telah diterima.
Dalam kategori Blog | Promo di Twitter! | Respon Anda

Ada Apa Dengan I-City?

i-city shah alam

Ni kali kelima rasanya pergi I-City, Shah Alam ni. Pendek kata ingatkan pergi kali ke-lima ni, takut-takut muntah kedarah. Maklumlah pergi tiap-tiap kali pun sama je pun takde apa-apa yang berubah. Tapi nampaknya pergi kali ni teruja jugaklah sebab banyak benda-benda baru diorang tambah. Lagi-lagi ada 2 skrin besar (HD lagi) diorang bukak World Cup. No wonder bukan main jem lagi jalan nak masuk siap ada eksiden kaw-kaw lagi kat simpang masuk dia tu.

So kalau korang pun dah naik muntah darah pergi I-City ni, boleh lah pergi balik sebab dah ada macam-macam. Paling terkejut, gerai-gerai kat situ dah tak ubah macam Uptown nor Downtown dah. Makin ramai yang meniaga. Siap ada open table lagi tu. Nice nice. Since ada I-City ni, baru la nampak apa yang menarik dengan Shah Alam ni. Good job kerajaan Selangor.

Dan berikut gambar-gambar yang sempat di-snap menggunakan Miss Satio. So anggap je lah ni gambar-gambar contoh yang korang nak nengok sangat tu (gambar Satio time malam). Ada 30 gambar ye semuanya. Saiz kecik je tapi kalau korang guna berukband, redha je la sikit..

i-city shah alam

Lagi gambar.. (more…)

Ditulis pada 19 June '10 oleh | 1,307 views telah diterima.
Dalam kategori Hiburan, Hidup Khai | Promo di Twitter! | 71 Respon

Akhirnya: WordPress 3.0 “Thelonious”

Hampeh siot WordPress ni. Dua jam lepas penat-penat upgrade semua blog ke WordPress 3.0-RC3, tiba-tiba diorang release WP3.0.. Sigh. Baik punya terbuang masa tadi. Tapi kalau korang tanya Khai update melalui cara apa, Khai lebih suka buat clean install dan import balik database melalui MySQL.

Anyway before update tu, faham-faham sendiri lah untuk backup kerana korang kena ingat, setiap detik dan saat, sebarang kemungkinan boleh terjadi. Jadi jangan cakap masa korang nak upgrade WP ni je korang buat backup tapi buatlah backup hari-hari. Untuk yang berminat dengan WordPress 3.0 ni, boleh lah download sendiri dari website diorang.

Khai memang follow (test) dari RC1 sampailah RC3, memang nampak perubahan yang diorang buat bukanlah sekadar melepas batuk di tangga. Nak tahu apa perubahan yang dilakukan, kenalah cuba sendiri. Erm, guna Blogspot? Jom la try WordPress pulak. Hehe.

(more…)

Ditulis pada 18 June '10 oleh | 818 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 31 Respon