Trip to Taman Negara, Malaysia

Dua hari aku tak menghadap komputer. Itu adalah satu perkara yang jarang-jarang terjadi dalam kehidupan harian aku. Dua hari lepas seperti yang aku war-warkan, aku bercuti ke Taman Negara, Malaysia di Jerantut, Pahang. Tolonglah, aku rasa ini kali pertama dan terakhir aku menjejakkan kaki ke sana. Mengapa?

Aku, Nieza dan dua orang member lain bertolak dari Cyberjaya jam 8 pagi menaiki RapidKL ke Puchong Utama. Kemudian menaiki satu lagi bas ke KL Sentral. Di sana, sempat aku keluarkan duit RM100. Aku rasa ianya lebih dari cukup kerana kata member aku yang seorang tu, jangan risau sebab tunang dia kerja kat situ so RM50 pon dah cukup. Mati-mati aku dan dua yang lain percaya. Dalam hati aku, wah! best nya. Dari KL Sentral, aku menaiki Komuter pula ke Masjid Jamek. Kemudian ambil tiket ke Jerantut di Perhentian Pekeliling. RM13 harga tiket itu. Bas ekspres ke Jerantut itu bertolak jam 11 pagi dan sampai di Jerantut pada pukul 3 petang. Di Jerantut, kami menaiki satu bas lagi untuk masuk ke Taman Negara. Bus Sekolah, buruk dan berhabuk, itu yang boleh aku katakan mengenai bas rasmi untuk masuk ke Taman Negara. Malu beb omputeh nengok!

taman-negara-trip-2.JPG
Sampai di sana, puas mencari bilik untuk tidur. Semuanya penuh dan sudah ditempah awal. Akhirnya jumpa dan sempatlah bermalam di Dakili Hostel. Satu kepala RM10 sahaja satu malam. Sangat murah bukan? Ya, memang murah kerana di dalamnya pun hanya terdapat satu plug untuk kipas kecil yang uzur. Menyesal aku bawa notebook. Buat penat badan bukannya boleh pakai nak charge handphone pun susah! Tapi si Zul (member aku) nak main game punya pasal, dia cabut je plug lampu ganti dengan plug notebook. haha. Pengusaha melayu di situ juga terbukti hanya memikirkan keuntungan semata-mata apabila tidak kira jika bilik lelaki dicampurkan dengan pelancong perempuan asalkan setiap bilik penuh dan duit mereka masuk. Melihat dari keadaan bilik itu, aku yang tiada pilihan hanya menghulurkan duit. Ye la, takkan nak tidur bawah pokok rambutan kot?

taman-negara-trip-3.JPG
Keesokkan harinya, sempatlah juga membuat sedikit research mengenai kampung tersebut. Baru aku tahu Taman Negara rupanya hanya sebuah perkampungan Felda yang mempunyai sungai dan hutan simpan yang menarik. Aku dan yang lain menaiki bot ke seberang sungai yang tidak sampai 30 Meter dan harga yang dikenakan adalah RM1 untuk sekali perjalanan. Harga yang sangat tidak berbaloi untuk perkhidmatan yang diterima. Sampai di seberang, tanpa dirancang, aku dan yang lain tiba-tiba terus memulakan aktiviti Jungle Trekking untuk ke Titian Kanopi iaitu sebuah jambatan gantung yang tinggi.

taman-negara-trip-4.JPG

Siapa sangka aku yang ber’seluar jeans dan tshirt mampu berjalan hampir 2KM meredah hutan untuk ke sana. Dalam perjalanan tekak aku dan yang lain betul-betul rasa dahaga. Ialah, perkara tak dirancang, sebab tu air pun tak bawa. Cari punya cari, akhirnya jumpa sebuah restoran minuman di sana. Aku dengan penuh rakusnya, meng’order Coke dan diorang pun order 100Plus dan Coke. Minum punya minum bil pun sampai. Terkejut bagak aku bila nengok air coke satu tin berhara RM6.50. Oh!! patut ke? (more…)

Ditulis pada 12 August '07 oleh | 869 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 41 Respon