Meet New Friend, Ali

Aku bengang betul dengan mamat ni. Tiap kali aku online kat Mapley, setiap tu dia kacau aku nak buat kerja. Tak habis-habis suruh letak gambar dia dalam Justkhai. Pastu nak belanja aku air kalau aku letak gambar dia dalam ni.

So letak je la. Kot-kot ada yang berminat, kasi call la yer… Sekadar menunaikan permintaan orang.. Lonely sangat ke dia ni.. Entahlah! hehehe..

Info Tambahan:
Ali berusia 20-an. Bukan warganegara Malaysia. Bekerja sebagai pelayan di sebuah restoren mamak. Kepada anda yang berminat nak berkenalan, boleh ke Restoren Nurin, Desa Pandan KL.

Restoren Nurin ni kalau nak tahu menyediakan Wifi tanpa password secara percuma juga menyediakan plug charger yang menimbun untuk korang online dari petang bawa ke subuh. Restoren Nurin terletak bersebelahan Esso Desa Pandan dan Ramly Burger serta berhadapan dengan Office Blogstarz.My. Oh ya, Desa Pandan lebih dikenali sebagai Kampung Pandan Dalam ye adik-adik. Hehehe..

P/s: Sorry, entri ringkas yang tiada pengisian langsung. Cuma terisi dengan gambar si Ali ni ha! Aduyai!!

Ditulis pada 24 May '09 oleh | 3,531 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 79 Respon

Kenapa anda perlu beli Nokia 5800 XpressMusic berbanding iPhone


Untuk orang yang berduit dan suka buang duit, membeli iPhone 3G adalah pilihan yang baik. Namun bagi anda yang berduit tetapi tak mahu membazir hanya kerana jenama yang mahal berbanding kualiti (seperti Apple), pergi ke kedai dan beli’lah Nokia 5800 XpressMusic.

Ingin dijadikan cerita, semalam Khai ter’beli handphone baru. Hehehe. Punca beli memang tak sengaja. Lepas Khai beli simcard baru, entah camna Khai boleh lupa Lock Code untuk Nokia N73 hadiah harijadi dari Kak Lea tu. Nak tahu cerita pasal N73 tu boleh baca entri ini dan ini. Mesti jeles. Hehehe. Berbalik kepada perihal N73 ni, simcard baru 012 dah beli tapi tak boleh nak masuk pulak. Korek-korek dalam poket, eh! ada duit lah!! Jom beli handphone baru!! Yay! Haha.. (jangan tiru aksi ini ye adik-adik)

Usya punya usya ada satu yang menarik perhatian. Penuh atas meja dia punya fliers. Dari jauh nampak bersinar-sinar laksana bidadari langit turun ke bumi (saja nak bagi cerita best. haha!).


Cerita pasal Nokia 5800 XpressMusic ni, untuk korang yang nak cari handphone touch screen yang berpatutan berbanding kualiti yang menakjubkan, carilah Nokia 5800 XpressMusic. Khai dah pernah guna sehari dua member punya iPhone dan sekarang Khai guna Nokia 5800 milik Khai sendiri.. So dah.. (more…)

Ditulis pada 21 May '09 oleh | 7,213 views telah diterima.
Dalam kategori Gadget, Hidup Khai | Promo di Twitter! | 238 Respon

Aku lebih menderita sebenarnya..


Beberapa hari lepas, sekali lagi Khai menjadi orang tengah bila ada member-member Khai yang gaduh. Before, kalau lelaki dengan lelaki tu gaduh, jadi hero tu biasalah. Tapi bila couple yang gaduh dan ianya melibatkan soal hati dan perasaan, bukan semua orang mampu menjadi hero.

Siapa dan pasangan mana, biarlah ianya menjadi rahsia. Takut-takut kawan Khai tu terbaca pulak artikel ni nanti. Nak dipendekkan cerita yang lelaki ni memang kawan baik dengan Khai. Yang perempuan tu juga kawan Khai tapi kenal-kenal macam tu je la kan. Lebih-lebih nanti takut kena pijak pulak dituduh merampas kekasih kawan sendiri. Hehe..

Nak dijadikan cerita, si gadis menghubungi Khai lepas sahaja bergaduh dengan teman lelaki dia yang juga kawan baik Khai. Sebuat pasal kawan baik ni, Khai kenal sangat siapa dia dan bagaimana sayangnya dia kat si gadis ni. Bila si gadis ni call, suruh Khai jadi watak utama supaya dapat jauhkan lelaki ni dari dia, bukan perkara yang mudah rasanya.

Kata si gadis, dia memang sayangkan si jejaka tapi dalam hatinya terbagi sayang pada lelaki lain. Tapi sayang kepada si jejaka ni tadi lebih dari lelaki yang lagi satu (FYI, lelaki lagi satu tu adalah ex dia yang kembali menagih cinta). Khai potong kata dia sebab kata-kata macam ni tak ubah hanya perangai seorang wanita yang selalunya takkan pernah puas mengejar kesempurnaan. (more…)

Ditulis pada 20 May '09 oleh | 868 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Kisah Cinta | Promo di Twitter! | 72 Respon