Hosting apa yang menjadi pilihan anda?

Jika korang mempunyai blog yang di’host’kan sendiri, selalunya satu soalan yang sangat familiar akan korang dengar iaitu hosting apa yang digunakan. Diawal pembabitan Khai, rasanya nama Khai itu sendiri sangat sinonim dengan CGY Host kan? Kini CGY Host dah senyap meninggalkan tanda tanya ramai pengguna’nya yang ternganga kehilangan data website dan blog. Khai juga kehilangan website (scukz.com) 3 kali macam tu je tanpa sebarang backup yang semasa itu jumlah ahli berdaftar dah melebihi 12000 users. Nak mengangis pun tak berguna.

Ya, itulah risiko yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang menggunakan hosting berbayar. Kehilangan data, website down dan lembap selalunya adalah pengalaman ngeri bagi seorang blogger. Kejadian seperti ini selalunya mendatangkan gelak tawa bagi mereka yang masih ditakuk lama dengan ber’blog secara percuma di Blogspot, Thumblr dam sebagainya. Maklumah, walau percuma, tapi diorang tak perlu risau soal down. Di sini sebenarnya, kita perlu bijak memilih hosting yang betul-betul kukuh dan boleh dipercayai. Pengalaman yang menimpa Khai sebelum ini, rasanya dah betul-betul memberi pengajaran agar bijak memilih hosting. Ingat, harga murah dengan bandwidth yang unlimited atau mendapat space yang besar selalunya bukanlah pilihan yang betul-betul bijak. Jangan terpedaya kerana ianya “pancing” sahaja.

Jika ada yang bertanya Khai hosting mana yang patut dipilih, teruskan membaca entri ini. (more…)

Ditulis pada 25 March '09 oleh | 2,839 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 71 Respon

(Pengotor!) Kempen BOIKOT Roti Hi-5

Rasanya sesiapa yang mempunyai kad pengenalan jenis MyKad, pasti kenal sangat dengan jenama ini, Hi-5. Satu jenama terkenal di Malaysia yang menghidangkan kepada kita pelbagai jenis dan rupa bentuk roti dan tak syak lagi, korang boleh jumpa roti berjenama Hi-5 di mana-mana kedai atau pasaraya yang korang pergi. Itulah dia, pihak kuasa kat Malaysia ni memang suka biar kita makan sampai kenyang dan jadi darah daging anak-beranak, baru nak siasat sana sini.

Dan jika anda sedang mengamati kelazatan roti Hi-5 ketika membaca entri ini, sila termuntah!


(more…)

Ditulis pada 23 March '09 oleh | 7,811 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 122 Respon

Down lagi.. Exabytes.. Oh Please…!!!


Hari ini Justkhai dan semua web yang berada di’root’nya down lagi. Dan ini bukan pertama kali aku memaki hamun Exabytes di dalam hati mahupun secara terang-terangan di Twitter. Memang masalah sebegini yang mematikan mood untuk berblog seperti manusia normal yang lain.

Exabytes selama ini sangat luar biasa bagi aku tapi sejak dua menjak ini, maaf! Exabytes bukan lagi hosting yang luar biasa bagi aku. Tiada satu email yang mereka hantar memberi tahu apa masalah yang jadi sehingga web down dalam sehari hampir 3 kali dan kali ketiga lebih dari 1 jam yang membuatkan aku mencari kepala mana-mana orang Exabytes untuk dipijak.

Akhirnya, aku mengalah dengan menghubungi mereka melalui email bertanyakan apa masalah yang terjadi kemudian di balas oleh mereka..

Dear Khai,

We have found a user from shared hosting has been excessively abusing our server usage and caused server overloading. We have caught the processes and will take action suspending the action. Kindly have another try as we have restarted the server services.

If you have any enquiries, please do not hesitate to contact us. Thank You.

Best Regards,
Arren

Dan siapa yang terjumpa perkataan “sorry” di dalam email di atas, aku akan berikan sebiji iPhone 3G dari Maxis.

Pssttt: Susah bila duduk dalam share server ni ye?

Ditulis pada 22 March '09 oleh | 797 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 40 Respon